Friday, January 27, 2012

The Little Caliph (Pre-school)

Dhia sekarang mama dah masukkan Pre-school.Dhia tahun ni 4 tahun..so dh boleh masuk preschool.Sebenarnya dari tahun lepas mama dah survey school.Macam2 school mama survey.Akhirnya mama dan abah pilih this school.The Little Caliph @Bukit Beruntung.

Program ini memang sangat bagus dimana sebuah program pra-sekolah Islam-Inggeris-Kreatif yang membantu anak-anak pra-sekolah untuk mewujudkan rohani yang terbaik untuk mereka, kognitif, potensi, sosial-emosional dan fizikal.

Tidak seperti program pra-sekolah yang lain konvensional, TLCP memiliki peringkat metodologi kreatif terbukti untuk mengajar anak-anak asas Islam, belajar dan kemahiran hidup secara menyeluruh.

Yang bestnya di TLCP ini mereka mengajar 1 in 1, tidak seperti tadika yang lain mereka mengajar dalam bentuk berkumpulan, apa pun harapan semua sebagai ibu bapa ini adalah yang terbaik buat anak-anak,
Semoga menjadi anak yang solehah, dengar cakap mama,abah dan cikgu.. Insyaallah jadi anak yang berguna :)

Subjects dan Modules!Subjek yg ditawarkan di The Little khalifah Program ini memenuhi keperluan kurikulum pra-sekolah yang dicadangkan oleh Malaysia Kementerian Pendidikan, dan banyak lagi.

Antara subjek yg ada ialah spt:
-Hafazan
-Iqra'
-Islamic Studies
-Islamic Mannerism
-English Language
-Bahasa Malaysia
-Mathematics
-Science
-Art and Craft
-Practical Life
-Physical Education
-Computer Appreciation

Ke semua subjek di atas akn disampaikn dlm bentuk Intgrated module spt dibwh:
-Integrated Module 1: Islam in Practical Life
-Integrated Module 2: Islamic Studies
-Integrated Module 3: Vocabulary
-Integrated Module 4: Fast Reading Technique (BM & English)
-Integrated Module 5: English Skills
-Integrated Module 6: Mathematics
-Integrated Module 7: Science
Aktiviti lain: Swimming and Indoor/Outdoor activities 

Nanti kita sambung lg citer ye..Nak siap masak and then amik kakak balik school pulak..

Saturday, January 14, 2012

Mengatasi Masalah kuat Marah Pada Anak-Anak

Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita…selamat beramal...




Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.



Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.



Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.



1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang sedang kita lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.



2. Sebaik sahaja ibu @ bapa pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.



3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan ibu dan bapa tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan anda sekiranya anda pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.



4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, abah/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa abah/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.



5. Sentiasa ingatkan diri anda dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian anda terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan anda mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang anda inginkan setiap kali anda berinteraksi dengan anak. Boleh juga anda berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya. Misalnya ‘abah/mama sayang kakak, abah/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang anda mahukan. Jangan hanya menyebut ‘abah/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘abah/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Anda juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.


Mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga anda lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan anda cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini. Sekian, semoga Allah mengurniakan
rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

Tuesday, January 3, 2012

No more Pampers n Milk Bottles yeahhhhh


Puteri sulungku,yang kini nak masuk 4 tahun..Alhamdullillah..Kakak skrg ni dh x pakai pampers sepenuhnya..selalu tu bila mlm nak tido je minta pakaikan pampers..so now tidak lg..Lagi satu kakak dh berjaya berhenti menyusu botol..now dia hanya minum milo @ horlick dengan cup sahaja...wah itu cukup menggembirakan mama dan abah cos rasa sebelum ni susah sgt nak suruh dia berhenti minum susu dalam botol...x sangka dia bleh berhenti secepat ini...Well done my dear,mama ngan abah bangga sgt ngan kakak..

cantik tak pic ni?

selipar kesayangan...purple colour lg..

Penutup Cerita Tahun 2011

Cuti-cuti Malaysia-Melaka Bandar Bersejarah
Tarikh : 24/12/2011 hingga 26/12/11

Percutian yg x dirancang langsung,main gamble je turun Melaka wei,dengan hotel x bookingnya..menggagau mencari hotel yg still available...maklumlah tgh peek seasons..Krismas..hihi..giler btuii mama ngan abah ni..Saat2 yg best masa time nk cari hotel seluruh pelusuk ceruk rantau bandar Melaka di redah hanya berpandukan GPS yg kengkadang membantu dan ada masa leh buat kita naik angin...perghhh..akhirnya dapat jgk hotel.... Tempat makan di Melaka x banyak sgt..apa2pun ..Alhamdullilah..Soooo..Happy Holidays...Layan gambar k...




dalam keta..anak2 x leh duk dendiam..esp.si kenit tu...tgh on the way g cari hotel

Dalam bilik hotel

Di hotel


Beca...World...seronok tau naik beca ni..siap ada mp3..lagu best2..
anak2 suka naik beca ni..berkali2 lak nak naik...Masa ni bwk anak2 berjalan mlm...cos mlm happening mlm krismas..bunga api...jalan2 @Jonker Walk,bnyk jualan brangan antik..



A Famosa

Ehhh..tetiba je dh siang..besok paginya turun ke Bandar Melaka River Cruise.Tempat Counter.
Aktiviti pertama menaiki Cruise..
Tiket untuk dewasa- RM 10/-
 kanak2 2 tahun ke atas -Rm 5/-


Dlm Boat River Cruise..menarik lah naik bot ni..


Pemandangan yg sangat indah ketika menyusuri kiri dan kanan River..


dlm boat

Dataran Sungai Melaka




Abah pangku si kenit tido..Masa ni tgh tunggu nak naik Menara Taming Sari..


Q yg sgt panjang....


asyik tgk jet Taming sari mendarat...

huhu...peace no war...ni sape yg amikkan gambo ni..ni lah keja kakak Dhia,
bila mula bosan minta kamera nk take pic..still lum dpt naik...

yehhhhh...dh dapat naik akhirnya...

hehe..Masa ni mama control..
tetiba dtg perasaan cuak saat Jet Taming sari naik ke atas..
takut seiiii...


View dari atas Menara Taming Sari

Dataran Pahlawan dari Menara Taming Sari

@ Dataran Pahlawan



Wednesday, December 28, 2011

Kenangan Manis Penutup kisah tahun 2011



Huh lama seh x update blog...haha..pastu bnyk lak stori yg nk di ceritakan..Mula2 nak citer pasal adik saya yg ke 3 dah pun selamat melangsungkan perkahwinannya pada bln 11 ari tu..Memilih tarikh 11/11/11..sebagai hari pernikahan dan 13/11 hari langsungnya..Alhamdullilah semua majlis berlangung dgn jayanya..Tahniah buat adik tersayang Nurul Shuhada bte Ahmad Badli dan suami Muhammad Abdullah











anak2 dengan 2 pupu mereka

Mak dan abah saya



Majlis Kahwin Adik


Lokasi : Dewan Serendah

Tarikh : 13/11/11







Saturday, December 3, 2011

Hot Baby Photo Contest

my baby photo contest (Dhia Farissa Zahira bte Mohd Rasidi)

Mama saje2 cuba msk baby photo contest kat kasihkusayangku ...facebook..kepada semua yg nk join bleh jgk tarikh akhir contest ni pada 14/12/2011.sape2 yg nak vote my baby dialu-alukan ye..terima kasih

KasihkuSayangku


Contestant: #220

Name : Dhia Farissa Zahira Bt. Mohd Rasidi

Gender : Female

Age : 8 month

DOB : 18 March 2011



Dear Voters,



1. Please become a fan of KasihkuSayangku by pressing the "LIKE" button at



2. Please vote for 2012 New Year Baby by pressing the "LIKE" button if you like the photo

Friday, November 25, 2011

si kenit story

saya dh 8 bulan.......

termenung jauh nmpk........
18.11.genap 8 bulan anak, mama nie.sangat lah lasaknya,x padan dengan kenit.Alhamdulilah mama still  breastfeeding.dan bagi mkn bubur,buah-buahan dan biscuit.Nak cerita tentang perkembangan si kecik ni...mulutnya dh bising sgt.dh ada lah dengar bunyi.mama,baba,dah pandai merangkak,duduk sendiri dan yg terbaru dah pandai nak berdiri beberapa saat dan berpaut dan menari bila dgr lagu..lagi satu yg tak boleh tahan dah pandai mengamuk bila brg kat tangan dia kena amik dik kakak ngan abangnya..kalo dia amik brg kat tgn org x pe plak..hihi..selalu kena pinggir dek kakak ngan abgnya sbb suka kacau org main..bak kata kakak "bdk ni apapun x bleh"....geli hati mama tgk..mengacau org tgh tido..esp.abah,kakak dan abg..apa pun x bleh leh echa ni.....semoga anak mama ni sentiasa sihat dan membesar dengan bijak. mama sayang anak-anak mama...