Tuesday, September 29, 2009

My 2nd baby Muhammad Raziq Hakimi

Gambar-gambar semasa saya di Hospital Bersalin Razif,klang Selangor..baru lepas bersalin..inilah gamba anak bujang saya..Muhammad Raziq Hakimi..my hubby and my lil Dhia.layan gambar jelah yea..

Saturday, September 26, 2009

Salam Aidilfitri(Saya Beraya dalam Pantang)

Salam lebaran,kepada semua rakan taulan di mana sahaja anda berada..lama juga saya menyepikan diri dlam blog ini..hehe..bukan apa saya skrg sgt bz mnguruskan anak kecil saya yg baru nak masuk 3 minggu dan menguruskan diri saya yg dlam proses berpantang..Org tua2 kata proses semasa berpantang lepas bersalin nie sgt penting ianya melibatkan dalaman seorang wanita..dan kesan penjagaan yg baik akan dapat dirasai bila kita dh meningkat 30an ke 40an..kalau x diikut proses berpantang nie,kita para wanita nie akan menyesal seumur hidup..so kalo sygkan rumahtangga dan nak suami sentiasa sygkan kita ikutlah nasihat org tua2 niekan..x rugi..Nak diikutkan nafsu mkanan diHari Raya fuh..x bleh tahan beb..dgn air gas,air tin,lemang,kuah kacang,kuih raya,huhu..bleh amik bau je..dugaan2..hati kena kuat melawan hawa nafsu..Alhamdulilah..saya mmg cukup jaga pmakanan saya..kalo saya rasa nak makan someting saya mst tnya dulu sama ada bleh makan ke tidak makanan tu..ialah takutlah jgk nak main hentam je makan apa2.. Raya tahun ini,saya x dpt beraya sakan..cian jgk kat suami n Dhia..inshaAllah tahun depan kami dpat beraya bersama2..anak lelaki sayapun dh besar masa tu dh masuk 1 tahun..mst sonokkan..

Thursday, September 10, 2009

My New Born Baby..

Alhamdulilah..syukur kepada Allah saya telah selamat melahirkan anak lelaki pada 6.9.2009 hari ahad jam 2.23 pagi seberat 2.05kg..actually my due date is 30.9.09..tp tercepat lak baby kuar..huhu..syukur rezeki dibulan ramadhan dan raya aidilfitri..skrg saya tgh berpantang dirumah mak mentua di Serendah..oklah..setakat nie dulu citer saya..nnt saya akan citer ngan lebih details wif photo..skrg lum ada bnyk masa nk upload gambo..sori erk my frens..sabo nnt aku akan letak gambo..tunggu..

Friday, August 28, 2009

Selamat Hari Kebangsaan

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.. Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini. Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya. Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Selamat hari Merdeka Kepada semua rakyat Malaysia..Tahun ini hari merdeka kita berada dalam bulan ramadhan..Semoga negara kita sentiasa dalam aman damai dan dihindari daripada bala petaka..Amin.. Salam Merdeka dan Selamat berhujung minggu.. Daripada kami sekeluarga..

Wednesday, August 26, 2009

Dhia dah 18 bulan

Alhamdulilah..dah masuk hari ke-5 kita berpuasa..so spanjang i bpuasa syukur sgt i dapt bpuasa penuh..walaupun letih tp alhamdulilah..ahad lepas i dan hubby bwk dhia ke hospt Razif..for 18 Month her injection vaccine.and also i got appointment for my delivery registration with Hosp Razif coz i dah masuk 8 bulan preggy..sampai hosp dlam kul 11.00pg,register and then Dhia kena timbang berat..beratnya x naik banyak sgt about 9.9kg jer..masa last inject 12 bulan..naik 9.1kg..ermm.. Dhia dh masuk 1 tahun 6 bulan nie,pangainyer lain..makin manja ngan i nak berkepit je..kejap2 kang nangis ada je yg x kena..ngan abahnya dh tak nak sgt..maybe dia tahu yg dia nak beradik..makin lasak..waktu bersahur,dhia pun sibuk bangun..huh pastu azab nak tido balik...x dapat mama nak sambung tido..huhu..

Friday, August 21, 2009

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

RAMADHAN KEMBALI LAGI.PADA MASA INILAH UMAT ISLAM MENJALANI IBADAH PUASA SEBAGAIMANA DITUNTUT OLEH AJARAN ISLAM.BAGI IBU HAMIL,MINGGU PERTAMA MENUNAIKAN IBADAH PUASA PASTI MEMBERI KESAN FIZIKAL MAHUPUN MENTAL MEREKA.SUNGGUHPUN DI DALAM ISLAM IBU HAMIL DIBERI KELONGGARAN UNTUK TIDAK MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN SYARAT2 YG TERTENTU,MISALNYA MEMBERI KEMUDARATAN KEPADA IBU ATAU BAYI DALAM KANDUNGAN. Walau bagaimanapun,ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan daripada doktor yg merawat anda terlebih dahulu.Ketika itulah,doktor akan melihat tahap kesihatan ibu,sejarah kehamilan dan lain2 komplikasi yg mungkin dialami seperti darah tinggi,kencing manis,kekurangan darah atau kehamilan berganda sebelum membenarkan anda meneruskan hasrat untuk berpuasa. Ramai ibu hamil yg bimbang sekiranya puasa memberi risiko dalam kandungan.Tapi secara idealnya,wanita hamil tidak digalakkan berlapar dalam tempoh masa yg panjang.Keadaan sebegitu akan menyebabkan wanita hamil berasa kurang sihat sepanjang hari. Pada peringkat permulaan,sesetengah wanita hamil akan mengalami sakit kepala,pening,tidak selesa,bahagian perut menjadi sedikit berasid dan lesu.Sekiranya anda alami keadaan2 sebegini sepanjang proses berpuasa,pergilah berjumpa dengan doktor dan daptkan pandangan daripadanya. Perkara penting yg perlu diingati sepanjang berpuasa 1-Dapatkan pandangan doktor dan pakar agama mengenai hasrat utk berpuasa 2-Sewaktu bersahur,cuba dapatkan makanan yg seimbang dan berkhasiat yg mmbolehkan ibu hamil bertahan hingga waktu berbuka.Misalnya karbohidrat,kalsium dan jgn lupa makan vitamin2 yg dibekalkan oleh doktor anda. 3-Elakkan bersahur dengan makanan ringan dan makanan tinggi kolestrol yg tidak membekalkan tenaga tambahan sepanjang berpuasa. 4-Elakkan mengambil makanan tinggi kandungan gula dan berkafein seperti kek,teh dan kopi.Makanan dan minuman sebegini boleh menggalakkan ibu hamil mengalami gejala pening kepala,letih dan lesu. 5-Ketika berbuka,anda diharuskan mengambil kurma terlebih dahulu.Hal ini kerana,seharian menjalani ibadah puasa tubuh menjadi letih dan lesu.Kekurangan gula dlm badan,menyebabkan tenaga berkurangan.Lebihkan makan buah-buahan dan kurangkan makanan tinggi kolestrol. 6-Pastikan ibu hamil tdk makan terlalu bnyk ketika berbuka puasa 7-Sekiranya cuaca panas,cubalah berada di dlm rumah sepanjang berpuasa 8-Elakkan bekerja atau melakukan aktiviti lasak hingga kepenatan.Cuba dptkan rehat yg cukup.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Alhamdulilah..sabtu nie umat islam akan mula berpuasa..dengan keadaan penyakit H1N1 yg belum ada tanda2 utk reda dan keadaan cuaca yg berjerebu,membuatkan ibadat puasa kita pada tahun ini penuh dengan dugaan..kita sama2lah berdoa agar kita dan negara kita dijauhkan daripada malapetaka yg lebih besar..kita ambil kesempatan daripada bulan yg mulia ini utk memohon doa kepada Allah agar diberi perlindungan daripada segala malapetaka.. Sempena menyambut bulan puasa ini sama-samlah kita membersihkan hati dan jiwa agar menjadi insan yg lebih mulia dan prihatin..semoga Allah berikan kita kekuatan untuk menempuh apa jua dugaan..Amin.. selamat menjalani ibadah puasa.. Salam Ramadhan daripada, Nurul Nadiatul Ulfa Sekeluarga..