Sunday, June 27, 2010

We @ Genting Highland

Day 1 @ Genting~26//06/2010~

Saya skrg berada di Genting Highlands..huhu..saja bawak anak2 bercuti..tgh ujan kat sini..sejuknya x bleh tahan..ujan start masa saya check in td smpai la nie..lum benti2 lg..nasib baik x menjejaskan percutian kami disini coz walaupun hujan still leh ke theme park indoor dan outdoor..lupa nak citer we stay @ Highland Hotel.Rates utuk satu mlm ialah RM465/-super peak season..saya stay here for 3 days 2 nite..not badlah hotelnya..dekat ngan theme park,restaurant dan mcm2 lglah..saya pernah ke Genting nie 3 kali..pernah stay kat Awana Hotel..hotelnya pun not bad jgk ar..



hari pertama di Genting Highland..sesi bergamba dlm bilik hotel..hehe


Friday, June 25, 2010

Pembuangan Bayi

Sejak akhir2 ni, saya dapat bnyk email pasal pembuangan bayi..sedih dan terkedu saya melihat gambar2 bayi yg tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman ibu sendiri...x de perasaan belas langsung kepada anak yg dikandung selama 9 bulan..selepas melahirkan,sesuka hati pula membuang dan membunuh anak yang dihasilkan daripada perbuatan yang tidak bermoral merata2..menambahkan lagi dosa yg memang sedia ada.

Di akhbar dan media massa skrg ni x habis2 dengan kisah pembuangan bayi...boleh dikatakan setiap hari ada je kisah terbaru...Gejala ini amat serius kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan..dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara bayi yang ditemui yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan seperti di tong sampah,lubang tandas,sungai,dan masjid. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

terdapat pellbagai sebab mengapa dan kenapa berlakunya peningkatan kes pembuangan anak.
Sebab kes ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu sosial, spiritual atau rohani dan era globilasasi dan pembangunan teknologi.
Faktor sosial merupakan salah satu daripada penyumbang utama berlakunya kes buang bayi ini.
Antaranya, pergaulan bebas tanpa had terutamanya di antara lelaki dan wanita. Selain itu, terikut dengan budaya barat yang yang mengamalkan seks itu adalah sebahagian daripada proses percintaan. Golongan ini juga percaya alat-alat terkini seperti kondom dan pil boleh mengelakkan daripada mengandung jika melakukan hubungan seks.
Di samping itu, ibu bapa tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka hingga menyebabkan mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa sebarang pemantauan.
Didikan agama yang kukuh adalah dinding terbaik untuk mengelakkan diri remaja daripada sebarang kes jenayah dan salah laku. Namun, ilmu agama amatlah tipis dalam kalangan remaja pada hari ini hingga menyebabkan kes pembuangan anak tidak menjadi satu kesalahan kepada mereka.
Ilmu agama,kurang ilmu agama menjadi faktor golongan ini tidak dapat menilai halal dan haram.
Era globalisasi dan pembangunan teknologi (ICT)
pada hari secara langsung atau tidak telah menyumbang kepada kes pembuangan anak. Jika kita kaji, kemudahan telefon bimbit telah menyebabkan remaja boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa untuk sebagai titik permulaan kepada kes yang tidak bermoral ini. Kesukaran membuat pemantauan oleh ibubapa terhadap penggunaan internet juga menyumbang kepada gejala kes ini.
Secara tidak langsung, kes pembuangan bayi ini mempengaruhi kesihatan sosial pada hari ini.
Dari sudut perubatan, kadar kematian bayi yang lebih tinggi akan menyebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Ini disebabkan kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan sewaktu bersalin.
Selain itu, kes ini turut memberi kesan kepada psikologi dan sosial remaja wanita yang melahirkan bayi tersebut iaitu murung, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah atau gelisah. Bukan itu sahaja, ia akan mewujudkan masalah emosi dan hubungan interpersonal dengan terputusnya hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
Terlalu banyak kesan psikologi dan sosial kepada masyarakat. Antaranya, kemajuan dan kemakmuran masyarakat di masa hadapan akan terjejas.Pesan Iman Al-Ghazali, jika kamu mahu melihat senario masa depan masyarakat dan negara kamu, lihatkan senario remaja masa kini. Jika mereka hebat maka akan hebatlah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan, tetapi jika remaja kini rosak akhlaknya dan lemah mindanya. Maka akan rosaklah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan,psikologi remaja yang terlibat dengan kes tersebut tidak akan tenang dan tenteram.Perasaan bersalah yang datang di kemudian hari akan memberikan tekanan psikologi dan sosial yang berat serta tumpuan kepada kerjaya akan terjelas.
Secara umum, remaja pada hari ini tidak faham dan mengerti secara mendalam erti kasih sayang yang sebenarnya. Justeru itu, jika mereka berkahwin, perkahwinan itu jarang yang kekal lama kerana mereka tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan kasih sayang itu.
Maksud kasih sayang sesama manusia ialah menyayangi manusia lain sama seperti kita menyayangi diri sendiri. Selain itu, meletakkan diri kita dalam diri mereka, jika kita jadi bayi tersebut apakah perasaan kita. Dari segi psikologi, cinta remaja tidak diikuti dengan tanggungjawab,
 teori sosial mengenai cinta di bawah umur 13 tahun, percintaan yang berlaku hanyalah berdasarkan kepada kecantikan. Manakala, umur 13 hingga 25 tahun, percintaan yang berlaku ketika ini adalah berdasarkan trend iaitu orang lain bercinta kita nak bercinta dan jemu dengan pasangan masing-masing, akan dicuba pasangan lain.
Sementara itu, bagi golongan berumur 25 tahun ke atas, percintaan yang sering diikuti dengan tanggungjawab.
Dalam membantu masyarakat pada hari ini untuk membendung kes pembuangan bayi, perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar kepincangan dalam institusi sosial tidak berlarutan.Golongan dewasa juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada golongan remaja kerana golongan inilah yang banyak terlibat dengan isu pembuangan bayi. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan golongan ini terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Selain itu, kerjasama masyarakat dengan kerajaan turut memainkan peranan dalam usaha mencapai masalah sosial ’sifar’. Walaupun ia mungkin sukar dicapai tetapi melalui kerjasama di antara ibu-bapa,ahli keluarga,masyarakat dan pihak berkuasa mampu menyelesaikan gejala pembuangan bayi ini.InshaAllah..
Kesedaran masyarakat untuk membendung gejala tidak sihat ini,misalnya, kerajaan boleh melaksanakan undang-undang terhadap remaja yang berdua-duaan di tempat yang kondusif untuk seks bebas. Selain itu, masyarakat perlu membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda ini. Aktiviti yang mencurigakan perlu dibuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras mereka yang terlibat.
Ibu bapa adalah orang yg bertanggungjawab sepenuhnya keatas anak remaja anda..perlu  peka dan mengambil berat terhadap perkembangan dan apa yang dilakukan oleh anak remaja anda.Walaupun ibu bapa sekarang banyak menghabiskan masa di pejabat janganlah sampai mengabaikan peranan anda sebagai ibu bapa..selalulah bertanyakan dimana anak anda berada,dengan siapa anak anda berkawan,tidak terlalu manjakan anak2 sehingga meletakkan sepenuh kepercayaan serta kebebasan tanpa dipantau..Selain itu, guru juga perlu memantau kehadiran pelajar dalam kelas. Laporkan kepada ibu bapa jika anak mereka tidak hadir kelas. Ini kerana anak-anak sering melencong ke tempat lain walaupun berpakaian sekolah dari rumah.
Jika ada remaja yang pernah terlibat dengan masalah ini, kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan.Golongan ini perlu bertaubat dan menyesal dengan sepenuhnya. Mereka yang pernah terbabit boleh memberi kesedaran kepada remaja lain mengenai implikasi yang dihadapi. Ingatlah, kesilapan hari ini bukanlah kesilapan yang berkekalan. Mohon ampun dan maaf kepada Allah dan ibu bapa.
Kepada remaja-remaja di luar sana,khususnya remaja wanita,jagalah maruah diri anda dan harga diri. Janganlah sia-siakan masa depan anda hanya kerana nafsu dan godaan lelaki semata2..jadilah remaja yg sentiasa berfikiran kehadapan..janganlah sia-siakan masa remaja anda dengan kegiatan yang tidak mendatangkan keuntungan pada anda malahan mendatangkan kesulitan dan kesengsaraan seumur hidup anda...nauzubillah..serahkanlah mahkota anda yang satu itu pada lelaki yang hanya bergelar "suami" anda..bukan teman lelaki @ tunang anda..wallahualam...
Ya Allah,Ya Rahman Ya Rahim kau lindungilah keluarga dan keturunanku daripada melakukan kemungkaran..kau kuatkanlah keimanan..jauhkanlah mereka daripada godaan iblis yang ingin menghancurkan dan menyesatkan kami Ya Allah..aminn Ya Rabbal Alamin..


bayi yang di buang

p/s : sewaktu saya menaip pasal entry nie,sebak hati saya hingga mengalirkan air mata..saya terkenangkan nasib bayi2 yg menjadi mangsa keadaan..nasib remaja2 yang terjebak..serta ahli keluarga mereka...saya mmg emosional kalau bab2 camni..




Wednesday, June 23, 2010

MORE AWARD AND TAG

Alhamdulilah dapat award lg...kali nie dapat award "KAWAII the cutest blog ever" (comei ye blog saya nie??)hehe..anyway  thanks to my dear ASYA  yang cantik manis nie...thanks alot dik asya sayang, 4 the Kawaii Award...mmmuah...luv u...

kawaiikan awardnyer

1. tulis sebuah entri pasai award ni kat blog korang..

kawaii sungguh award nie..nie award saya yg ke 5 kot...terlupa lak bape awards yg saya dh dapat...



2. ceritakan bagaimana usaha korang untuk menceriakan blog korang..

usaha yang x pernah kenal erti jemu,belum pernah jemu yea...surf cari maklumat camne nak gempakkan lagi blog..masih belum puas dengan widget yg ada..



3. tuliskan 5 perkataan yang menggambarkan diri korang..

~lemah lembut~
~penyayang~
~suka wat lawak~
~tabah~
~bersemangat tinggi~

4. tag kawan2 korang yang patut menerima award ni..

INTAN (My follower)

MEKCHU (My follower)

NOR AZWIN (My follower)

anyway thanks alot ye dik diatas anugerah kecomelan blog akak ko ni..hehehe.. nie pilih kawan2 nak bagi tag dan award nie pun pening...at last suruh my dotter pilih antara2 senarai @ my follower listing...








Tuesday, June 22, 2010

Adik Entry

Adik skrg dh masuk 9 bulan,lagi 3 bulan genaplah setahun...adik dh berdiri lepas2 tangan...manja,pandai merajuk siap guling2kan badan dia...sangat kuat makan,bagi je apa2 makanan smua makan...macam x kenyang2 plak..mak cakap anak lelaki mmg camtu..kuat ckit mkn..hehehe..sonok tgk anak2 suka makan nie..abis bsepah rumah dbuatnya...smuanya nak makan sendiri..satu lagi adik dh tumbuh gigi sebatang bhgn atas...patutlah lately asik mleleh je air liur dia dan asik hisap ibu jari..mulut lak bising..kuarlah bermacam2 bunyi...cian kat adik asik kena buli je ngan kakak..hope gado2 manja nie x berlarutanlah sampai ke besar..semoga adik menjadi anak lelaki mama yang soleh,bijak serta berguna pada bangsa dan agama...aminnn..

SESI SOAL JAWAB

sesi soal jawab
mama bersama kakak...

1 hari belajar nama mama,abah,adik dan nama dia sendiri
jom layan sesi soal jawab with my dotter

-
-
-
-
-
-

Mama : Kakak, nama abah sape?

Kakak : Momad lasidi (Mohd Rasidi)

Mama : pandai..Nama mama pulak sape?

Kakak : Nughul Nadyatul  Ulpa (Nurul Nadiatul Ulfa)

Mama : Nama Adik pulak sape?

Kakak : Momad Lazik Hakimi (Mohd Raziq Hakimi)

Mama : nama kakak?

Kakak : Dhia Parhana Jahra binti Momad Lasidi (Dhia Farhana Zahra binti Mohd Rasidi)
ok,sudah mama..kita bajar ABC plak....letchs go bebeh....*lets

Mama : bila org tnya kakak,nama mama,abah,kakak,adik sape..kakak kena jawab mcm nie ok..faham x?

kakak : Okkey...paham..

itulah saja sesi jawab saya bersama kakak...huhu..kekadang tu dia yang tanya kita macam mana yg kita tnya dia soklan kat atas tu...comei je...


Monday, June 21, 2010

BBQ !!

Mlm Ahad ari tu..kami sekeluarga serta adik beradik saya yg lain berkumpul dirumah mak saya di Rawang..saje nak celebrates hari bapa dan apalagi acara ber BBQ dan  makan2 lah..hehehe..menu -menunya ayam,udang,keledek,hotdog dan kentang..kenyang dan happylah kami mlm tu..kakak sibuk dok ngaco org kipas ayam..excited sgt..layan pic yea..bnyk lg gambo mlslah nak upload..hehe






My Baby in World Cup Outfit- PHOTO CONTEST

Hai frenz,baru td bukak email,and then terperasanlah satu contest daripada BAIBOO.Saya adalah member BAIBOO Malaysia's Young Family Network nie since saya ngandungkan kakak lg...siap ada card member ..jd ahli bnyk benefitnyer..saya pernah attend ANTENATAL course under BAIBOO..dapat bnyk gift..dan voucher...ok pada sesiapa yg berminat leh lah join contest...senang je nak join contestnyer...

Upload one picture of your baby in World Cup Outfit…


HOW?

1. Capture a picture of your baby in World Cup Outfit with either you/your husband or siblings showing how passionate you are about the World Cup in South Africa.

2. Caption your picture telling us:

•Name of your baby

•DOB

•Which team you think will win the World Cup 2010

3. Post your entry in the photo section of the Baiboo Family Service Page 


4. Read carefully the rules and regulations.


PRIZE



3 times – 1 carton with 24 bottles of 400ml Nappikleen detergent – the Antibacterial Liquid Wash for Baby’s diaper & Baby wear (Value RM 100++)




RULES & REGULATIONS

1.This contest is only open to Fan’s of the BaiBoo-Family Service Page

2.To participate you have to upload 1 picture of your baby in World Cup Outfit with either you/your husband or siblings showing how passionate you are about the World Cup in South Africa (Under World Cup outfit we understand anything that is related to South Africa Worldcup 2010 examples National Flags of Countries that are taking part in the World Cup 2010, National Team Wears etc).

3.Caption your picture telling us the name of your baby, DOB, which team you think will win the World Cup 2010.

4.Picture should be from babies age 1 – 36 month

5.Only one picture per member.

6.Picture posted by non group members will be disqualified.

7.If you upload more than one picture all your pictures will be disqualified.

8.Pictures without caption will be disqualified.

9.Attention: Don’t upload any naked pictures of your baby. Neither front nor back. By naked we understand the intimate parts exposed. This censorship is to protect you, your baby and us. Pictures violation this rule will be deleted without exception.

10.The picture and the capture must be published in the photo section of the Baiboo Facebook Group within the contest period.

11.The contest period is from 16th June – 30th of June 2010.

12.3 winning pictures will be selected, announced and published in the BaiBoo Website and in the BaiBoo-Family Service Facebook Page on the 2nd of July 2010, and the winners will be invited to collect the prize from BaiBoo’s office in Kuala Lumpur.

 
How to become a Fan and Upload your picture