Thursday, May 5, 2011

Mei Special for All Mothers

Alhamdullilah syukur kehadrat ilahi,saya masih lg di beri kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mak dan Mak Mertua saya...Semoga mak dan mak mertua sentiasa sihat dan dilimpahi rahmat Allah hendaknya...Ya Allah kau kurniakan pada mereka kesihatan,kegembiraan,ketenangan dan kau lindungilah mereka daripada segala malapetaka...aminnn..Mak kami sayang mak!Selamat menyambut hari ibu..kepada yg masih mempunyai ibu hargailah,kasihani dan sayangilah ibu anda selagi mereka masih hidup..hilang ibu tiada galang gantinya..tp kita akan rasa sgt kehilangan bila mereka tiada lg di dunia ini. kerana kasih sayang dan pengorbanan mereka tiada siapa dapat menandinginya even suami kita pun..still x sama...
~luahan hati dari seorang teman yg x punya ibu dan ayah..punya suami..selalu nasihatkan saya supaya hargai dan berbakti pada ibu bapa selagi mereka masih hidup~supaya kita x menyesal seumur hidup...

Wednesday, May 4, 2011

photoshoot anak beranak

Hai..hari nie saje2 je ajak anak2 bergambo suke suki..ahaks..x de keje btul erk..pada mr hubby,jgn mare ye tak dapat nk join sekaki..maybe we can do it again next time..Saya dan hubby memang ada berhajat nak wat satu sesi photoshoot outdoor satu family nnt,menggunakan profesional cameraman..tapi kena tunggu baby farissa besar ckitla..

tis is our lovely pic...


hehehe..masa bergambo ni..mood kakak sukalah bergambo ala2 princess..mood Raziq lak..x nak sgt bergambar..org suruh pandang camera ntah manalah dia pndang bape kalilah take shoot..mood farissa x bnyk ragam ikut je rentak mamanya yg over ni..hihi..mood mama lak happy cos dapat spent time ngan anak2 macam ni selalu..to all my babies Dhia,Raziq n Farissa mama love u all so much u ar my precious ever.... 
i love tis moments....

Saturday, April 23, 2011

Uztaz Amirul dah bertunang...

Pagi tadi tgklah rancangan Nasi Lemak Kopi O di tv 9..ada rancangan khas pertunangan antara Ashraf Muslim dan Tunangnya Noor Dayana..wah siaran langsung plak tu...Noor Dayana nie adalah anak kepada pengasas pengamal Pusat Perubatan Islam Darul syifa'..Medic graduate..dan Ashraf Muslim pun pengamal perubatan islam dan jgk rakan kongsi Pusat Perubatan tersebut.. huhu..x taulah la plak..actually saya suka jgk dengan Ashraf Muslim ni..artis yg mempunyai personaliti yg baik..anyway Tahniah wat Ashraf dan tunang tercinta..katanya bakal bernikah tahun ni pada  1 syawal di Mekah..wah2 bertuahnya..semoga hasrat murni itu akan tercapailah hendaknya..

Mood nak memasak dh kembali


haha..tetiba rajin yea hari ni..mood memasak saya dh kembali..menu tghari nie "nasi lemak" dan masak sekali bubur pengat pisang utk minum ptg..so x payah terkejar2 nak masak berkali2..jimat masa..yummmieee..jemput makan semua...

Thursday, April 21, 2011

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Yeyehhhh...bestlah pesta buku akan berlangsung x lama je lagi ni..saya pun dah abis pantang tu...ermmm rasa nak pegila..mesti bnyk buku2 yg menarik...nak cari buku tuk koleksi sendiri dan anak2 kalo ada yg menarik..so apa lagi jom kita serbu ramai-ramai...di Dewan Tun Dr Ismail PWTC Kuala Lumpur 22 /4/2011-1/5/2011...jadikan membaca dan buku sebagai sebahagian dari hidup anda....

Wednesday, April 20, 2011

Tips Menarik Untuk Suami:- Jaga Hati Isteri Anda


Berikut adalah antara pedoman untuk suami ketika melayan dan menghadapi kerenah isteri sebagai satu cara mewujudkan keharmonian rumah tangga:

Jangan buat tidak peduli ketika isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaflah dengan ikhlas. Kalau perlu pujuk, pujuk dengan mesra. Ini kerana hati perempuan agak sensitif dan sesetengahnya mahu dipujuk.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati dan jangan sesekali bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Ada ketikanya isteri sedar mengenai perubahan fizikal dan naluri suami.

Kalau tidak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik mahu menengking dan menyalahkannya saja. Jauhi perbuatan tidak bermoral seperti memukul isteri.

Kalau isteri nampak tidak sihat, cepat-cepatlah merawatnya dan jika serius bawa jumpa doktor. Tunjukkanlah anda mengambil berat mengenai dirinya.

Apabila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas- luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersimpan telinga kiri. Sambil itu minda suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak dan prihatin.

Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan emak anda kecuali masakan dan cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

Kalau pasangan sudah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Jangan sekali-kali lepas tangan dan suami duduk tersandar depan TV atau relaks. Tidak salah jika suami turut menjemur kain dan menyapu sampah.

Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri dan jangan habiskan semua kerana kemungkinan si isteri belum makan lagi kecuali isteri memberitahu lebih awal dia sudah atau tidak mahu makan.

Kalau ada kawan dan kenalan mahu bertandang ke rumah, sebaik-baiknya beritahu isteri terlebih dulu, untuk membuat persiapan seperti memasak, mengemas rumah dan menghias diri. Ini akan mengelakkan isteri berasa malu apabila tetamu datang mengejut.

Jangan sekali-kali menyakat dan menyindir isteri mengenai saiz dan bentuk badannya yang semakin gejuk atau semakin melidi. Ada ketikanya perempuan cukup sensitif apabila ditanya mengenai perkara itu.

Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga sebelah isteri walaupun anda cuma bermain wayang dan membodek mereka. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

Jangan kedekut dengan isteri serta belanja untuk keperluan rumah tangga. Jangan pula si suami lebih mementingkan adik beradik. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Jika boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda.

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Apabila anda membuka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. Apabila mengambil sesuatu barang, simpan semula di tempat asal. Jika anda merokok, jangan merokok dalam rumah dan bilik air.

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia memerlukan bantuan anda dengan kerja rumah dan menjaga anak, apa lagi jika isteri sama-sama bekerja. Jangan tunjuk rajin hanya jika ada tetamu atau mentua bertandang ke rumah.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami bermegah ada kuasa veto, pendapat isteri harus diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Ketepikan ego yang keterlaluan.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan membuat apa yang isteri tidak suka. Kalau sekali suami buat baik dengan isteri, isteri mungkin balas sepuluh kali.

senyum tak perlu kata apa-apa:)

Senyum tak perlu kata apa-apa......:)senyum boleh wat wajah kita berseri...senyumlah dari hati duniamu juga turut berseri..menyejukkan mata org yg memandang..ahaaa..tapi jgn sebarang senyum..nnt ada plak yg perasan..apa yg penting hubby saya suka bila saya pandang dia sambil memberi senyuman yg palingg manis..kata dia "abg suka tgk syg senyum kat abg..syurgalah tempat sayang nanti...aminnn..so kenkawan berilah senyuman yg palingg manis khas buat suami-suami anda x perlulah kata apa2..tgk apa reaksi suami anda pulak ye...