Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

Meroyan dan Bentan selepas bersalin....

hai..tetiba lak terasa nak share tips dan panduan tentang penyakit yg sangat bahaya di kalangan wanita dan lelaki..kepada wanita yg pernah melahirkan anak dan menjalani pantang mesti pernah dengar 2 perkataan ni kan..2 perkataan yg sgt menggerunkan bila kita dengar..tingkah laku yg harus kita jaga sepanjang tempoh 44 hari berpantang..selama saya berpantang 2 perkataan nie selalu berkumandang di bibir mak saya..hihi..

MEROYAN

Satu perkara yg kita tak pernah fikirkan mengenai kelahiran cahayamata ialah berapa tinggi harapan yg kita letakkan dari kelahiran tersebut.Selain pengetahuan mengenai kecemerlangan teknologi dlm rawatan perbidanan,kita cuma mempunyai sedikit tanggapan mengenai ketibaan bayi baru yg bakal mewarnai & menceriakan hidup berkeluarga. Ramai yg mungkin menghadiri


kelas2 prakelahiran (antenatal) sbg persediaan ketika & selepas bersalin.Namun masih ada lagi ruang kosong yg tak diketahui & tak pernah diambil tahu oleh bakal ibu & juga suami mengenai apa yg berlaku seterusnya terutama selepas pantang.

Melalui kelas2 sebegini, kita lazimnya diajar mengenai betapa pentingnya penyusuan ibu, rawatan & penjagaan bayi & kesihatan ibu, diet seimbang & segala yg berkaitan dgn hal2 kelahiran & selepas bersalin. Tetapi jarang sekali si ibu & pasangan diberitahu mengenai kedudukan dari segi perubatan si ibu yg berkaitan dgn proses kelahiran.

Kehadiran cahayamata merupakan detik membahagiakan setiap pasangan namun tidak ramai yg membincangkan tentang kesan emosi yg dihadapi oleh si ibu selepas melahirkan terutama semasa dlm pantang & selepas pantang. Malah,ramai yg tidak tahu bhw jangkamasa berpantang adalah penting utk menentukan sama ada ibu akan kembali normal spt sebelumnya atau si ibu akan menderita akibat gangguan jiwa seumur hidup.

Apa dia angin meroyan? Masyarakat Melayu mengaitkan penyakit angin meroyan atau gila meroyan kpd ibu yg mengalaminya sewaktu atau selepas dlm pantang.Biasanya mereka yg mengalami penyakit angin meroyan menjadi hilang ingatan & berkelakuan aneh. Dlm istilah perubatan ia dikenali sbg 'postnatal depression' atau masalah kesugulan selepas bersalin yg bersangkutan dgn
kesan emosi & kejiwaan.

-Postnatal Depression, Maternity Blues & Puerperal Psychosis-

*********************************************************************
Ia bukan saja dihidap oleh wanita biasa tetapi juga wanita profesional.Sering berlaku kekeliruan di antara 'postnatal depression, maternity blues & puerperal psychosis'. Ada juga yg menganggap postnatal depression disebabkan oleh tindakan hormon atau yg berkaitan dgnnya. Ia juga dipandang sbg sesuatu perlakuan luar biasa yg menybbkan seseorg itu tidak
boleh menjalankan kewajipan sbg seorg ibu.

Sebenarnya terdpt 3 jenis kesugulan/kemurungan yg dihidapi oleh ibu selepas bersalin iaitu maternity blues, puerperal psychosis & postnatal depression.Ketiga2nya kelihatan hampir sama tetapi sebenarnya berbeza. Wanita selepas bersalin mungkin boleh mengalami salah satu dpdnya atau tiada langsung.

'Maternity blues' adalah serangan singkat yg berlaku beberapa hari selepas bersalin terutama ketika emosi wanita tersebut dlm keadaan kacau.Kebanyakan ibu mengalami keadaan ini hanya utk seketika & ia dianggap normal & tidak memerlukan rawatan. Boleh dikatakan hampir kebanyakan ibu dlm pantang mengalami maternity blues. Terutama jika ibu dlm keadaan runsing & memikirkan yg bukan2. Manakala puerperal psychosis berlaku sebaliknya. Dlm 500 org wanita yg bersalin hanya seorg yg terdpt serangan
puerperal psychosis.

Tetapi sama spt maternity blues ia boleh dicetuskan oleh pergolakan biologi yg amat besar sebaik saja selepas melahirkan anak iaitu ketika jumlah hormon oestrogen & progesterone yg bertambah sebyk 200 (berkali ganda ketika mengandung) kembali kpd jumlah normal selama beberapa hari.Puerperal psychosis adalah gangguan sakit otak utama yg memerlukan rawatan
hospital.

-Awasi Mood-

**************
Dlm kebanyakan kes, perubahan mood merupakan pokok penting mengenal puerperal psychosis. Seringkali perubahan ini membawa kpd ingatan yg tidak waras & gangguan perasaan. Ibu yg menghidap penyakit ini mungkin percaya bhw dia & bayinya adalah mangsa kpd cubaan satu pembunuhan. Dia sering diganggu oleh suara2 mengugut yg sebenarnya muncul dlm khayalannya. Tidak dinafikan ini merupakan pengalaman getir bagi diri si ibu & keluarganya.Namun begitu penyakit ini boleh dirawat melalui pengambilan pil2 tertentu atas nasihat doktor & si ibu mungkin boleh pulih spt sediakala.

Postnatal depression ternyata berbeza dpd kedua2 penyakit di atas. Ia jarang berlaku tetapi 50 kali lebih byk menyerang si ibu berbanding dgn puerperal psychosis. Ia boleh berlaku bila2 masa dlm jangka masa sebulan atau 2 bulan selepas melahirkan atau ketika si ibu masih dlm rawatan.

Wanita yg mengalaminya seringkali menghadapi masalah sukar tidur & sentiasa kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri & sakit hati. Mereka bukan saja menjauhi seks malah membenci suaminya. Malang kebanyakan ibu yg mengalami postnatal depression tidak menyedarinya sbg satu penyakit.Begitu juga dgn suami & ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit postnatal depression tetapi semulajadi.Akibatnya penyakit tersebut berlarutan tanpa sebrg rawatan.

Situasi akan menjadi lebih buruk jika suami tidak memahami keadaan isteri yg mengalami postnatal depression. Mereka mungkin bertindak menjauhkan diri dpd isteri dgn pulang lewat atau mencari kekasih baru. Alasannya kerana tiada ketenteraman di rumah disbbkan isteri suka marah2 & berleter tanpa sebab. Ini akan mengakibatkan isteri lebih tertekan & menghadapi gangguan jiwa yg lebih hebat.

Masalahnya postnatal depression lebih teruk dpd masalah kesugulan yg lain tetapi ia kurang difahami. Ibu yg mengalaminya berjaga malam di kala anak sedang lena tidur. Malah dia tidak menikmati rasa rehat sekalipun bayi tidak dlm pangkuannya. Tiada langsung rasa kegembiraan menimang cahayamata sebaliknya merasa hanya kerja yg sukar, memenatkan & membosankan.

-Sokongan Emosi Orang Terdekat-

**************************************
Tidak byk kajian yg dilakukan ke atas punca2 berlakunya kesugulan ibu selepas bersalin. Walaupun ada kajian yg mengatakan perubahan hormon merupakan punca berlakunya postnatal depression namun ia hanyalah faktor kecil di samping beberapa faktor penyebab yg lain. Seseorg ibu yg cenderung berasa kecewa, sentiasa muram & bimbang juga menjadi punca berlakunya postnatal depression.

Begitu juga wanita yg belum bersedia menimang cahayamata tetapi terpaksa memilikinya juga cenderung mengalami masalah ini. Waktu dlm pantang, ibu mudah rasa tertekan kerana kehadiran bayi memerlukan ibu berjaga malam. Ada waktunya keletihan menjadikan ibu mudah tertekan. Oleh itu, penting bagi bakal ibu mendpt sokongan moral & emosi yg kuat dpd seseorg khususnya
org terdekat spt suami & pada saat2 menimang cahayamata & selepas bersalin.Ini kerana sokongan & bantuan suami adalah penawar yg paling mujarab ke arah kestabilan emosi siisteri.

Harus difahami bahawa ibu yg mengalami postnatal depression biasanya disbbkan rasa kecewa kerana menyedari keadaan selepas menjadi ibu tidak spt yg diharapkan. Sebelum mempunyai anak mereka membayangkan bahawa kehidupan selepas mempunyai anak tentunya lebih indah kerana dikelilingi oleh anak yg sihat & comel. Kebanyakannya terpengaruh dgn cerita2 di majalah tentang
kehidupan bahagia dikelilingi anak, menjadi ibu yg sukses & mempunyai suami yg memahami & membantu tugas2 rumah.

Malangnya apabila mereka mengalami sendiri dlm dunia kenyataan, keadaan berlainan. Apa yg dibayangkan & digambarkan melalui majalah menjadi sebaliknya. Mereka tidak melaluinya dgn mudah. Ini merupakan satu kejutan yg mengganggu emosi & fikiran tersebut. Mereka tidak dpt mengawal emosi ketegangan ini akan mudah mengalami postnatal depression.

Bagi bakal ibu, persediaan paling penting sebelum menimang cahayamata adalah persediaan emosi & mental yg kuat. Selain dpd pengetahuan mengenai perawatan bayi, bakal ibu juga perlu tahu mengenai kesihatan diri sebelum & selepas bersalin di samping bersedia utk menerima kemungkinan buruk selepas kelahiran.

Meletak harapan yg tinggi tanpa persediaan jiwa & rohani yg kukuh akan hanya akan membawa kekecewaan yg memungkinkan anda mengalami postnatal depression



BENTAN

Bentan bermaksud berbalik sakit. Ertinya, jika seseorang itu sakit tetapi tidak menjalani rawatan yang betul atau menyalahi pantang, orang itu akan mendapat bentan.


Sakit yang pada awalnya sudah semakin sembuh akan menjadi bertambah buruk dan melarat.
Sebagai contoh, wanita yang baru melahirkan anak perlu berpantang. Wanita yang mengalami keguguran janin juga perlu menjalani pantang sama seperti orang bersalin. Antara gejala bentan pada wanita yang baru melahirkan atau keguguran ialah sakit pada ari-ari, keluar darah atau nanah dari saluran peranakan ataupun berlaku buasir.

Sekiranya wanita itu tidak memakan ubat ramuan seperti jamu dan herba, tidak bertungku dan berbengkung serta tidak memakai pilis, wanita itu akan melarat sakitnya.
Luka dalam tubuh wanita itu memerlukan ubat dan rawatan yang betul.

Dikatakan, sekiranya wanita tidak memakai pilis, pada masa akan datang darah putihnya akan naik ke mata.
Itulah punca wanita itu boleh mendapat serangan sakit kepala (migraine) dan mengalami pandangan berpinar serta rabun.
Pilis ialah sejenis ramuan serbuk herba yang dicampur dengan sedikit air, kemudian ditampal pada dahi wanita yang dalam pantang.
Wanita selepas bersalin atau keguguran perlu menjalani tempoh berpantang selama 44 hari.
Semasa berpantang, segala pergerakan dan makan minum wanita baru bersalin atau keguguran juga perlu dijaga.
Berpantang bertujuan mengelakkan bentan.
Mengikut adat resam orang Melayu, kenduri patut diadakan pada hari ke 45.
Semasa majlis kenduri itu, wanita itu akan dimandikan air sintok limau dan dilangirkan (dibersihkan) badan dan rambut. Upacara itu menandakan berakhirnya tempoh berpantang.
Bentan juga sering dikaitkan dengan adat istiadat Melayu seperti berkhatan atau bersunat.
Anak-anak lelaki yang baru selesai berkhatan dilarang terlalu banyak bergerak apatah lagi berlari-lari. Sekiranya pantang ini dilanggar, anak-anak ini akan bentan.
Luka pada kulit yang disunat itu akan menjadi teruk dan berdarah semula. Akibatnya, sakit akan berpanjangan.
Dalam sejarah Melayu, ada diriwayatkan Sultan Alaudin sakit.
Setelah semakin sihat, baginda telah santap nasi susu lalu bentan. Sultan Alauddin kembali gering.
Melalui hikayat ini, dapat difahami bahawa konsep bentan telah lama difahami masyarakat Melayu. Sultan Alaudin sebenarnya tidak boleh makan minum sebarangan setelah beransur baik daripada sakit. Disebabkan 'salah makan', sakit yang dialami sebelum ini berulang kembali.
Sebenarnya, 'salah makan' paling sering dikaitkan dengan penyakit kerana bagi masyarakat Melayu, makanan boleh menjadi racun atau penawar. Prinsip pertama perubatan Melayu ialah: setiap keuzuran ada sebab dan musabab. Sebab musabab atau punca, bermula daripada manusia sendiri seperti jangkitan kuman, bakteria, virus dan pemakanan.
'Salah makan' merupakan punca utama mengapa manusia mengalami keuzuran. Berpegang pada prinsip yang sama juga, 'salah makan' juga menjadi punca utama kenapa kita mengalami bentan.
Dari sudut sains, bentan dianggap seperti infection, allergic atau side effect, kesan daripada sesuatu pembedahan atau ubat yang dimakan ketika sakit.
Konsep bentan hanya difahami sepenuhnya oleh orang Melayu yang berpegang pada adat, nilai dan budaya Melayu. Sekiranya kita mengikut pantang larang ketika sakit, insyaallah kita tidak akan mengalami bentan.
Itulah kepercayaan orang Melayu kita.


Semoga kita dijauhi daripada perkara2 yg memudaratkan....



pic from google

Tuesday, November 9, 2010

Jika JANTUNG Anda Berdebar Dengan Laju....

1. Jika jantung anda berdebar dan diikuti dengan dahi berpeluh


2. Jika anda kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Jika sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4. Jika semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jika kena panas, badan akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jika tapak tangan anda semakin basah


MAKA ikutilah nasihat-nasihat ini :

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang boleh merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3.Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi marjerin

6.Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, dan potato chip

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit. Selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah, tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Anda jiga boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dan sebagainya

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai ,kerana ia dicampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Monday, July 19, 2010

Lindungi Diri Anda dan Keluarga Daripada Denggi




Apa itu Demam Denggi?


Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?


Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.


Pemindahan penyakit:

•Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.


•Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).


•Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).


•Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.


•Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.


Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.



Apakah penyebab demam denggi?


Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.


Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.


Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.


Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

■Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.

•Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.


Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?


Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.


Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .


Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.


Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

•Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

•Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

•Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

•Kadar kematian amat rendah.


•Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.


•Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.


•Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.


•Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)


Sindrom Renjatan Denggi


Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:


Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.


Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.


Apakah komplikasi yang mungkin timbul?


Komplikasi demam denggi ialah:

•Demam Denggi Berdarah. (Gejala yang boleh membawa maut)

•Sindrom Renjatan Denggi.


Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

•Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.

•Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.


Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?


Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

•Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

•Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.


•Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.


Rawatan bukan farmakologi


Rawatan termasuk:

•Meningkatkan pengambilan cecair.

•Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.


Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.


Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?


Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:



•Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.



•Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.


•Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.


Apakah prognosis bagi demam denggi?


Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.


Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.



Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

•Perlindungan dari gigitan nyamuk.

•Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.

•Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.

•Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.


Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.


Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk


Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:


•Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.


•Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

•Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk


Hapuskan nyamuk Aedes dewasa


Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.



P/S : Semalam pergi ke pasaraya..saya dapatlah risalah tentang pencegahan denggi dan ubat khas untuk membunuh jentik2 semuanya diberi percuma...Saya cukup takutlah wabak2 penyakit yang merbahaya macam nie..Especially kalau kita ada anak2 kecil yang belum kuat antibodinya..so saya sekeluarga memang dah cegah awal2 dulu sebelum berlaku apa2..


Tuesday, July 13, 2010

Ujian PAP SMEAR


keadaan semasa ujian dilakukan.

Hai rakan2 ku sekelian,anda pernah dengarkan ujian PAP SMEAR..anda dah jalani ke belum ujian Pap Smear? Saya baru je jalani ujian buat kali ke-2..pertama kali dulu saya lakukan ujian  selepas 6 bulan  bersalinkan anak pertama saya.dalam tahun 2008.Doktor nasihatkan saya supaya membuat ujian ini 2 tahun sekali.So kepada teman-teman yang belum lagi menjalani ujian ini saya nasihatkan anda supaya segera menjalani ujian Pap Smear nie ok..Esp..kepada wanita2 yang sudah berkahwin @ berkelamin anda wajib membuat ujian nie..semoga kita terselamat daripada penyakit2 yang merbahaya..aminn..


Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.


Bila saya patut melakukan ujian pap smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.


Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :

1. Melakukan seks,

2. Menyembur kawasan vagina,

3. Menggunakan tampon, dan

4. Menggunakan krim vagina.


Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.

2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.

3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.

4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.

Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.



Apakah kelebihan lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.


Bila boleh mengetahui keputusan pap smear ?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.


Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1. Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.

2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. 


Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.


Di mana saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik perubatan yang menawarkan ujian pap smear.