Friday, July 31, 2009

Bercuti dirumah mak mentua

Skrg i berada dirumah mak mentua..saja amik cuti and teman hubby g checkup..i cuti dari 28/07 hingga 31/07..lgpun dh lama x balik..Dhia walaupun dh lama x balik but dia still ingt nenek dan rumah neneknya..i akan mula keja on August..huhu..sekejap je dah bulan lapan..skrg kandungan i dah nak masuk 8 bulan..bermakna i akan delivery baby lebih kurang sebulan lebih je lg..my due date maybe 30/09..after raya,x taulah kalo baby nk kuar awal..mungkin masa raya i beranak..hope i akan dapat berpuasa penuh 4 this coming ramadhan..walaupun tgh sarat..InshaAllah..Bulan Lapan nie i bnyak agenda yg i rancangkan..Actually i nk settle down b4 i delivery my second baby..nnt dah beranak mmg x de masa yg terluang..lgpun my brothers nak kawin dalam bulan 12 nnt..bulan 12 belah perempuan..our side bulan 1..inshaAllah i akan tumpang buat Majlis Cukur Jambul untuk anak i nnt..huhu..tentu sibuk mak i kan..mana nak jaga i dlm pantang lg..nak uruskan majlis kawin adik i lg..huhu..mak bawak2 bersabo ok..smuanya under control..hehe..InshaAllah..ok lah nnt kita sambung lg citer..

Tuesday, July 21, 2009

Rambut Baru Dhia

Ahad lepas i and hubby,bawak Dhia to Jusco,Bukit Tinggi Klang..untuk potong rambut Dhia yg sudah panjang..hehe..adalah salon nie i pegi,tnya bleh ke salon nie potongkan rambut anak i niekan..dia kata anak u bleh duk diam ker?..Actually anak i nie mana nak duk diam..bebudaklah katakan..semua nak sibuk..nasib baik masa stylist tu potong rambut dia takde bnyk gerak sgt..so masa anak i gunting rambut,ramaila orang yg lalu lalang dok tgk anak i gunting rambut..agaknya terkezut kot tgk ada budak kecik yg umur 1 tahun 5 bulan g salon...design rambut nie di pilih khas oleh my hubby..huhuhu..jom layan gambo k..

Monday, July 20, 2009

Thursday, July 16, 2009

Untuk Renungan Bersama.......

Actually i dapat this article from my email pg td..so i just nak kongsi untuk renungan kita bersama..Selamat Beramal.. Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say : "Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ." Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." Jadi renungkan lah.... 1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja 2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' . 3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY. 4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN. 5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS . 6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA . 7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?' 8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri. Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... "Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Thursday, July 9, 2009

TIPS MENGHADAPI BOSS YG CEREWET

Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua, boss atau orang yang cerewet, leceh, dan kecoh. Haaa kalau kita dapat boss atau bekerja dengan orang yang jenis macam tu, memang pening kepala kita dibuatnya. Apa tidaknya, semua kerja kita, dia tak puas hati. Ada saja benda yang tak kena. Ada saja benda yang dikomplennya. Boss yang jenis macam tu, dia punya karenah dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya. Jadi, apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang yang macam ni? saya kongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat berhadapan dengan boss yang cerewet atau ‘kepoh’ atau ‘kecoh’ itu….hehe 1. Rileks kan diri dan tenangkan hati Disebabkan kita dah kenal perangai dia, maka toksah la kita dok peningkan dan tensen kan kelapa otak kita dengan perangainya. Boss kita tu memang fe’el dan perangainya camtu. Bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita. Jadi, langkah pertama ialah, JANGAN TENSEN KAN DIRI ANDA, RILEKS, TENANG2 SELALU. Ini SANGAT PENTING. Kerana, kita perlu faham bahawa, kita tak boleh nak buat apa-apa dengan orang macam tu. Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Tak guna kita dok tensen-tensen dengan dia. So, sekali lagi diingatkan, JANGAN TENSEN kan diri anda! 2. Sentiasa bersedia dengan karenah boss Setiap kali berhadapan dengan boss yang cerewet, adalah sangat penting bagi kita untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. BERSIAP SEDIA LAH terutamanya dari segi EMOSI. Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soalan. Itu la, ini la. Pendek kata, penat kita nak menjawabnya. Pada saya, diorang buat camtu sebab diorang ni nakkan kesempurnaan dalam tugasan yang diberikan tu. Tu yang tanya macam2 dan arahkan macam2 tu. Sabor jer lah yer. Apabila boss tanya dan arahkan macam2 tu, anda dengar dan berikan respon positif pada arahannya. Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan saja. Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Cuba FOKUS kan kepada masalah atau permintaan yang dibangkitkannya. Jangan nilai peribadi atau perangainya. Jangan ambik hati sangat tentang cara bercakapnya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak. Percayalah cakap saya, TAK GUNA kalau kita lawan cakap dia. TAK GUNA kalau kita pun nak tunjukkan EGO kita. Sebab, ianya hanya akan merugikan kita saja. Kita ni macam timun dan durian. Kita timun, dan boss kita durian. Kalau boss lenyek kita, kita hancur. Dan kalau kita lenyek boss pun, kita hancur. 3. Buat kerja, lebih daripada apa yang boss arahkan Kalau nak kurangkan bebelan boss, anda kena buat kerja yang diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan. Maksud saya, contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan pukul 5 petang. Cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya pukul 3 petang ker. Ini memberikan tanggapan pada boss bahawa kita ni adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu. Saya ada pengalaman manis dalam hal menyiapkan kerja, lebih daripada apa yang boss harapkan. Sehingga saya telah dipuji oleh boss semasa perhimpunan pagi di depan pekerja-pekerja lain. Aduh kembang hidung saya masa tu. So, tips ketiga ialah, BUAT KERJA LEBIH DARIPADA APA YANG BOSS HARAPKAN! 4. Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja. Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya. Cuba kenali boss anda betul-betul. Pasti ada kelebihannya berbanding dengan diri kita. Terima hakikat bahawa, boss kita memang bagus pada satu-satu segi berbanding dengan kita. So, berlapang dada lah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas. 5. Maafkanlah semua kelemahan dan perangai buruk boss Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya. Kita pun banyak juga perangai buruk. Jadi, kita jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu. Hmmm…saya rasa itu sajalah beberapa tips yang sempat saya coretkan. Bagaimana pula dengan anda? Pernah ada boss atau kerja dengan orang yang cerewet dan banyak karenah? Bagaimana anda berhadapan dengan orang yang cerewet macam tu?

PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. 2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. 3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya. 5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. 9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). 10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. 12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. 13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. 14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. 16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. 18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. 19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia. 20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. 23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”

Tuesday, July 7, 2009

My New Laptop

Akhirnya dapat jgk saya & hubby memiliki laptop..Actually saya nk sgt laptop nie coz saya ada projek bisnes yg saya nak uruskan..so i perlu sebuah laptop..about my biznez projek nnt i akan citer dgn lebih lanjut..tunggu..its still dlm perancangan..hope semua akan berjalan dengan lancar..InshaAllah..My hubbypun ada projek to do our plan house..Abg,nnt kalo dh nk wat plan rumah baru leh pkai yea yang..hehehe..oklah after this mlm2pun i can still online..huhu..okla nnt i sambung citer lg..

Wednesday, July 1, 2009

EUMORA FACIAL SOAP

EUMORA Bar Rawatan kulit yang mengandungi MOOR yang hebat dan mikroalga yang dihidrat (H-ma), dihasilkan serta 100% diimport dari Eropah Eumora = Moor + H-mA + Ramuan asas dari eropah MOOR Berasal dari Austria,sejenis lumpur yang kaya dengan nutrient.Moor telah terbentuk semenjak zaman ais dan mengandungi sebatian 700 herba organik,unsur surih,hormon tumbuhan, antibiotic semulajadi dan bahan aktif semulajadi. KEBAIKAN MOOR Kaya denga minyak perahan tumbuhan,asid lemak dan lipid,yang wujud secara semulajadi. Meresap dengan mudah ke dalam lapisan kulit,mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit dan mempertingkatkan aliran darah ke kulit Telah melalui kajian klinikal dan didapati bahawa kulit tidak akan mengalami alahan. H-ma factor (mikroalga) Merupakan satu penumpuan ramuan ramuan aktif semulajadi yang unik dan diperah daripada intipati mikroalga dalam bentuk ZARAH NANO Memulih & melindungi kulit secara aktif Menembusi kulit secara mendalam dan menghidrat kulit secara berterusan KESIHATAN KULIT Satu satunya alternatif kepada sabun,penjagaan kulit dan kosmetik ●Tidak perlu lagi menggunakan whitener,cleanser,toner,masker dll ●Hampir 95% ramuan aktif ●Bukan sekadar merawat simptom,malah juga MENYEMBUHKAN KULIT ●Tidak lagi digolongkan sebagai kulit kering,kulit berminyak atau kulit normal ●Penyembuhan dari dalam keluar ●ANTI PENUAAN KEHEBATAN EUMORA *PEMBENTUKAN SEMULA COLLAGEN *MENJADIKAN KULIT LEBIH ANJAL *PEMBAHARUAN SEL *NYAH TOKSIN *MEWUJUDKAN KESERIAN *UNTUK RAWATAN SEGALA MASALAH KULIT ~Eumora~ mengatasi semua peringkat umur (dari bayi sehingga warga emas), untuk semua jantina(lelaki dan wanita),negara,kaum atau pekerjaan. ~Eumora~ adalah kesihatan kulit,ia berkesan dalam pemulihan lapisan kulit yang lebih mendalam ~Eumora~ boleh dipelbagaikan kegunaan,boleh digunakan sebagai shampoo,pencuci muka, krim pencukur,perapi dan juga ubat gigi ~Eumora~ cepat berkesan (3 MINIT!!!) dan berkekalan ~Eumora~ mendapat pengesahan HALAL dan ujian makmal mengesahkan tiada sebarang bahan kimia (Heavy Metal toxicity test) U all pernah dengar tak pasal this produk..Actually I telah disyorkan oleh adik n my frenz pasal sabun nie..bagus kata mereka..i tgh cuba nak gunakan this produk..yg bagus nye produk nie kita x perlu pakai pelembab,krim malam n apa2 krim..so i nak cuba dulu produk nie..kalo ok kt i..i akan citer lebih details kt blog..kalo bgus i ingt nk jd Dealer for this produk.. P/S:kakcik pls give me more info n details about this produk..

Layang-layang

Ahad lepas,hubby ajak main layang2 kat padang rumah i..jam masa tu dalam pukul 5.30..angin skejap ada skejap takde..x best nak main..nntla abg,kita tgk minngu nie..tggu bila angin kuat..baru syok nak main..dapat jgk terbangkan tp rendah je la..Dhia terkejar2 konon nak capai layang2 yg abahnya terbangkan...

My Koleksi Wif Hubby

Koleksi My hubby..perfumed Dashing,roll onn Dashing,bedak dashing..i like this brands "Dashing"..harumannya sungguh menggoda and seksi..botol besar tu khas utk our contact lens..multi porpose..my hubby pakai cermin mata..kadang2 je dia guna lens.. i also guna lens tp jarangla..gel rambut from Shurah.. My koleksi minyak johnson n johnson,shower from lux,Spa Bath Scrub from leesa formula,hair shampoo Rejoice,pencuci muka jenama himalaya and pelembab bibir jenama vaseline..itulah saja sebahagian produk i gunakan..nnt i kuarkan lg entry my produk makeup n pelbagai lg..
Vitamin DHA,Minyak Ikan Perasa Orange Brand Scoot Emulsion dan Minyak ikan tablets.. Produk Mandian Dhia,shampoo brands Disney,bedak wangian honey..sabun mandian shortcakes strawbery, johnson n johnson dan minyak bayi HPA brands.. Barangan diatas adlah koleksi beberapa barangan anak i..hehe..saje i postedkan this entry..kata nak pelbagaikan citer..so for this entry i nk letak pasal my dotter pnya koleksi barangan mandian n produk kesihatan yg i berikan pada Dhia..ermmm..dan juga x lupa my koleksi wif my hubby koleksi..mama dan abah punya brgpun nk tempek jgk...huhu..

Produk Susu Dhia

Susu Mamil Gold 1kg for 1-3 years..Perasa Natural Sejak lahir i berikan Dhia Mamex Gold 0-1 years,dan sekarang Susu Mamil Gold 1-3 years..susu nie ada macam2 perasa like honey,natural,vanilla n choclate..setakat nie i gunakan yg natural n honey.. i suka sgt this tin susu,u see at the covernya,molek jer tmpt ltk sudu..yg pasti mmudahkan n terjamin kebersihan...