Thursday, July 9, 2009

TIPS MENGHADAPI BOSS YG CEREWET

Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua, boss atau orang yang cerewet, leceh, dan kecoh. Haaa kalau kita dapat boss atau bekerja dengan orang yang jenis macam tu, memang pening kepala kita dibuatnya. Apa tidaknya, semua kerja kita, dia tak puas hati. Ada saja benda yang tak kena. Ada saja benda yang dikomplennya. Boss yang jenis macam tu, dia punya karenah dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya. Jadi, apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang yang macam ni? saya kongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat berhadapan dengan boss yang cerewet atau ‘kepoh’ atau ‘kecoh’ itu….hehe 1. Rileks kan diri dan tenangkan hati Disebabkan kita dah kenal perangai dia, maka toksah la kita dok peningkan dan tensen kan kelapa otak kita dengan perangainya. Boss kita tu memang fe’el dan perangainya camtu. Bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita. Jadi, langkah pertama ialah, JANGAN TENSEN KAN DIRI ANDA, RILEKS, TENANG2 SELALU. Ini SANGAT PENTING. Kerana, kita perlu faham bahawa, kita tak boleh nak buat apa-apa dengan orang macam tu. Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Tak guna kita dok tensen-tensen dengan dia. So, sekali lagi diingatkan, JANGAN TENSEN kan diri anda! 2. Sentiasa bersedia dengan karenah boss Setiap kali berhadapan dengan boss yang cerewet, adalah sangat penting bagi kita untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. BERSIAP SEDIA LAH terutamanya dari segi EMOSI. Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soalan. Itu la, ini la. Pendek kata, penat kita nak menjawabnya. Pada saya, diorang buat camtu sebab diorang ni nakkan kesempurnaan dalam tugasan yang diberikan tu. Tu yang tanya macam2 dan arahkan macam2 tu. Sabor jer lah yer. Apabila boss tanya dan arahkan macam2 tu, anda dengar dan berikan respon positif pada arahannya. Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan saja. Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Cuba FOKUS kan kepada masalah atau permintaan yang dibangkitkannya. Jangan nilai peribadi atau perangainya. Jangan ambik hati sangat tentang cara bercakapnya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak. Percayalah cakap saya, TAK GUNA kalau kita lawan cakap dia. TAK GUNA kalau kita pun nak tunjukkan EGO kita. Sebab, ianya hanya akan merugikan kita saja. Kita ni macam timun dan durian. Kita timun, dan boss kita durian. Kalau boss lenyek kita, kita hancur. Dan kalau kita lenyek boss pun, kita hancur. 3. Buat kerja, lebih daripada apa yang boss arahkan Kalau nak kurangkan bebelan boss, anda kena buat kerja yang diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan. Maksud saya, contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan pukul 5 petang. Cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya pukul 3 petang ker. Ini memberikan tanggapan pada boss bahawa kita ni adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu. Saya ada pengalaman manis dalam hal menyiapkan kerja, lebih daripada apa yang boss harapkan. Sehingga saya telah dipuji oleh boss semasa perhimpunan pagi di depan pekerja-pekerja lain. Aduh kembang hidung saya masa tu. So, tips ketiga ialah, BUAT KERJA LEBIH DARIPADA APA YANG BOSS HARAPKAN! 4. Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja. Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya. Cuba kenali boss anda betul-betul. Pasti ada kelebihannya berbanding dengan diri kita. Terima hakikat bahawa, boss kita memang bagus pada satu-satu segi berbanding dengan kita. So, berlapang dada lah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas. 5. Maafkanlah semua kelemahan dan perangai buruk boss Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya. Kita pun banyak juga perangai buruk. Jadi, kita jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu. Hmmm…saya rasa itu sajalah beberapa tips yang sempat saya coretkan. Bagaimana pula dengan anda? Pernah ada boss atau kerja dengan orang yang cerewet dan banyak karenah? Bagaimana anda berhadapan dengan orang yang cerewet macam tu?

1 comment:

Anonymous said...

Kalau sakit hati dengan bos, baca kat dia pantun ni (dari buku ‘Alamak, Bosku Seperti Hitler!’) hahaha:

Pagi-pagi, sudah mencemuh,
Si pemandu terus terdiam mengeluh,
Bos ini jenis yang kecoh,
Dapat “Tan Sri”, satu dunia dia heboh.

“Ada pelanggan hendak jumpa”,
Itulah kata si setiausaha,
Bos enggan, mengantuk katanya,
Biarkan pelanggan berjumpa air liur basinya.

Bos memanggil mesyuarat mengejut,
Ada pekerja berjalan bak siput,
Bos pun menengking sampailah semput,
Para pekerja terkentut-kentut.