Tuesday, February 2, 2010

BELAJAR PERCAYAKAN DIRI SENDIRI

1)Anak-anak sejak kecil lagi harus dilatih utk menghadapi masalah hidup secara kenyataan tanpa melarikan diri dari tanggungjawab terhadap apa yg dilakukan mereka. 2)Anak-anak harus dilayan dengan demokrasi yg bersih dari sebarang tekanan,ugutan sama ada dirumah atau di sekolah. Menurut pengamatan helah menipu diri sendiri itu bnyk digunakan oleh anak-anak yg hidup dlm suasana rumahtangga dan sekolah yg menjalankan dasar kekerasan,paksaan dan tidak ada toleransi. 3)Anak-anak harus dilatih tidak melarikan diri dan memeriksa serta mengaku kesalahan diri sediri. 4)Anak-anak harus diberi layanan dengan berdasarkan hakikat bahawa mereka adalah manusia yg berbeza dari segi tubuh badan dan emosi mereka. 5)Tanamkan kepercayaan kepada anak-anak bahawa tidak ada manusia yg tidak pernah melakukan kesalahan dan kesilapan.Berdasrkan hakikat ini,seseorang yg melakukan kesilapan tidak perlu lg menipu diri sendiri atau melarikan diri dari tanggungjawab dgn meletakkan kesalahan keatas org lain. 6)Apabila anak-anak bnyk menggunakan cara menipu diri sendiri,maka seharusnya ibu bapa dan pendidik memeriksa dgn teliti motif-motif yg mendorong anak-anak melakukan tindakan tersebut. Memang tidak diragukan lagi bahawa kepercayaan kepada diri sendiri boleh menjauhkan seseorang itu bertindak menipu diri sendiri,lari dari tanggungjawab atau memesongkan apa yg sebenarnya berlaku pada mereka.juga boleh menjadikan mereka lebih berani dan lebih mampu utk menghadapi diri sendiri apabila berdepan dengan masalah-masalah hidup yg dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Sebenarnya anak-anak yg mendapat kesempatan membuat kejayaan-kejayaan dlm hidup mereka sebenarnya dia dpt membentuk kepercayaan pada diri sendiri apabila mereka dewasa nanti.kepercayaan ini dpt diperkuatkan lagi dengan meletakkan anak-anak tersebut pada tempat yg sesuai dengan kemampuan,kebolehan dan kematangan agar mereka boleh mencapai kejayaan-kejayaan yg wajar.

No comments: