APAKAH ANDA SUDAH TERBIASA DENGAN AKTIVITI MEMBELI-BELAH SECARA ONLINE?SAYA JUGA SGT BERMINAT DENGAN AKTIVITI INI,IALAH SEMUA BENDA BOLEH DIPEROLEHI HANYA DI HUJUNG JARIKAN.. SAMPAI TERUS KE PINTU RUMAH PULAK TU..MEMANDANGKAN SAYA JUGA BARU BERJINAK-BERJINAK DALAM AKTIVITI NIE,SO SAYA NAK KONGSIKAN TIPS INI BERSAMA-SAMA. MUNGKIN TIP DIBAWAH INI SESUAI UNTUK ANDA...
Tip-tip ini juga sesuai buat mereka yg sudah biasa berbelanja secara on-line agar proses pembelian anda berjalan dengan lancar dan mudah.
Bagi sesetengah orang,membeli belah secara online,terutama ketika bercuti,merupakan cara paling praktikal dan mudah untuk mendapatkan hampir semua barang yg diperlukan.Membeli-belah secara online mungkin masih baru dikalangan masyarakat kita tetapi di negara-negara barat,masyarakat mereka lebih gemar membeli-belah secara online kerana ianya cepat,dan mudah dan barang-barang dihantar kerumah.Menurut Federal Trade Commission(FTC).sebuah pengguna di Amerika Syarikat,sebelum pelanggan mulai 'surfing'di internet pelanggan harus tahu bagaimana 'menjaga' komputer dan informasi peribadi mereka.Tip-tip berikut diharapkan dapat meyakinkan anda untuk menutup peluang para penjahat internet untuk merosakkan kenikmatan berbelanja online anda.
1.GUNAKAN SOFTWARE ANTI-VIRUS DAN FIREWALL PERSONAL
Rajinkanlah mengemaskininya.Software anti-virus dapat membantu menapis komunikasi yang muncul dari sejumlah file bermasalah.Carilah software anti-virus yang:
a) mengenali virus terkini sama seperti mengenali virus-virus lama.
b)dapat secara efektif mengurangkan segala kerosakan
c)mengemaskini secara outomatik
pastikan anda mengemaskini software antivirus protection secara teratur.Firewall menghalang akses yang tidak dikenali 'hinggap' ke komputer anda.Apabila anda mempunyai koleksi broadband,sangat penting untuk mengaktifkan firewall untuk memblok komunikasi dari sumber-sumber yang tidak jelas
2.PASTIKAN BROWSER WEB DAN SISTEM OPERASI ANDA UP TO DATE
Web browser security setting anda semestinya cukup tinggi untuk mengesan download yang tidak jelas,contohnya,setting "Medium" untuk Internet Explorer.Sistem operasi anda (seperti Windows atau linux)mungkin menawarkan software untuk menutup lubang di browser web atau sistem operasi yang boleh diexploitasi oleh spyware,hacker atau phisher.
3. JANGAN MENDEDAHKAN INFORMASI TENTANG KEWANGAN ANDA DALAM E-MAIL
Email bukanlah alat yang selamat untuk informasi kewangan seperti kad kredit,memeriksa akaun simpanan dan lain2 aktiviti berkaitan dengan kewangan.
4.BERHATI-HATILAH DAN SELALU BERWASPADA KETIKA MEMBUKA SETIAP ATTACHMENT
Jangan buka email berisi attachment ,bahkan apabila email itu kelihatan seperti berasal daripada teman baik atau rakan sekerja anda kecuali anda telah menantikan email tersebut dan tahu apa ada dalam attachment,sertakan pesan yang menerangkan file apa yang anda sertakan disitu.Ingat,jangan klik link dalam iklan-iklan pop-up.Mereka dapat memindahkan file-file berbahaya di dalam komputer anda secara automatik.
Semoga tips ini dapat dimanfaatkan bersama..
Sumber info daripada BIJAK URUS WANG
No comments:
Post a Comment