Thursday, October 28, 2010

Ibu Bapa Adalah Cermin Kepada Anak-Anak

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:


“ Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, masa lapang sebelum datang masa sibuk, masa senang sebelum susah, masa sihat sebelum sakit, masa muda sebelum tua, dan masa hidup sebelum datangnya maut”

Marilah kita bersyukur kepada Allah kerana berada dalam sebuah negara yang aman damai, boleh bekerja mencari rezeki dan boleh beribadat tanpa gangguan. Pada keseluruhannya keamanan adalah terjamin dan hubungan antara satu sama lain adalah baik tanpa mengira kaum, bangsa ataupun agama.”

Berbanding di banyak tempat di dunia ini yang tidak aman, pertumpahan darah sering berlaku walaupun antara sesama bangsa dan seagama. Kita patut insaf dan sedar bahawa kita mempunyai banyak peluang untuk melakukan yang terbaik berbanding contohnya umat Islam di Palestin yang sentiasa dalam kekeliruan dan bencana akibat penindasan rejim haram yang menjadi musuh Allah.

Semoga kita sedar, umur umat akhir zaman ini sepertimana sabda rasulullah dalam sebuah hadisnya ialah antara 60 hingga 70 tahun sahaja. Oleh itu marilah kita pergunakan sewajarnya umur kita yang masih ada, yang muda cara yang muda manakala yang tua sesuai dengan umur yang tua. Keadaan generasi yang akan datang banyak bergantung kepada apa yang kita perlakukan pada hari ini.

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak terutama yang masih kecil, marilah kita isikan umur mereka dengan membina asas yang kukuh yang diperlukan untuk hidup bagi tempoh masa sekurang-kurangnya lima puluh tahun yang akan datang. Bila sampai waktu itu sebahagian dari kita sudah pasti tiada bersama kerana tiada siapa yang boleh menongkat dunia selama-lamanya.

Kalau kita telah berusaha memberi didikan yang baik untuk anak-anak kita, maka bolehlah berharap dan berdoa agar Allah kurniakan kebaikan kepada mereka, berdoa tanpa berusaha tidak menjamin apa-apa.

Firman Allah dalam Al-Quran,

1. “ Sesungguhnya tidak akan mendapat seseorang itu melainkan sekadar usahanya”

2. “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan
mereka sendiri berusaha mengubahnya”


Dalam banyak perkara terutama waktu masih kecil, anak-anak kita tidak faham apa yang kita perbuat atau perkatakan, tetapi kebolehan mereka untuk mendengar dan melihat, banyak mempengaruhi cara berfikir dalam pembentukan tingkahlaku mereka pada masa hadapan atau bila diwasa nanti.

Disamping itu kita hendaklah sentiasa berusaha menjaga makan minum serta pakaian dari perkara-perkara yang meragukan.. Adalah dituntut memperbanyakkan selawat sewaktu menyediakan makanan dan minuman agar kita mendapat keberkatannya.

Di sini diperturunkan ( sekadar contoh ) beberapa perkara yang dianjurkan oleh Islam.


Sewaktu dalam kandungan

1. Suami dan isteri bergaullah secara Islam, pakaian , percakapan dan sebagainya

2. Banyak memperdengarkan bacaan Al-Quran sejak dari dalam kandungan terutama selepas

tiga atau empat bulan iaitu bila roh telah ditiupkan ke jasadnya. Dianjurkan supaya ibu

dan bapa membaca sendiri Al-Quran bukan dengan memperdengarkan kaset atau

sebagainya, kemerduan suara ibubapa akan diingati sampai bila-bila.

3. Ibu-ibu yang mengandung perlu mengelakkan mengunjungi tempat-tempat terlarang

atau berlama ditempatnya.

4. Ibubapa sentiasa melakukan perkara atau amalan yang baik dan menjauhi perkara-perkara

dosa dan mungkar.

5. Sentiasa harmoni sesama suami-isteri, bertutur dengan sopan dalam semua perkara

terutama bila kandungan sudah sampai waktu boleh mendengar.


Sewaktu bayi atau kanak-kanak:

1. Mengazankan dan mengiqamatkan sewaktu anak atau anak-anak dilahirkan.

2. Mendodoikan dan menidurkan mereka dengan bacaan Al-Quran atau sekurang-kurangnya dengan perkara yang dibenarkan Islam.

3. Berselawat dan mengusap ubun-ubunnya serta sentiasa berdoa kebaikan untuknya.

4. Banyak membaca Surah Al Insyiraah sewaktu menidurkannya dan bila-bila sahaja kita

berpeluang bersama dengannya.

5. Bila kepergian samaada sendirian atau berkeluarga , usahakan supaya kita pulang ke

rumah tanpa melewati waktu maghrib.

6. Memelihara penglihatan dan pendengaran mereka dari perkara-perkara yang melalaikan dan perkara-perkara seumpamanya.

7. Bila umur meningkat, dekatkan mereka dengan Al-Quran secara perlahan-lahan. Adalah suatu yang amat dituntut ibubapa sendiri mengajar mereka bukan dengan menyerahkan tugas itu kepada orang lain. Kalaupun tak dapat selalu, sekali sekala bacalah bersama mereka.

8. Solat berjemaah, jika tidak dapat selalu buatlah sekerap mungkin.

8. Bawalah anak-anak mengunjungi tempat-tempat ibadat Islam dan di mana yang sesuai
buatlah ibadat berjemaah serta jangan lupa berdoa bersama mereka..

9. Sekali sekala bawa anak-anak menziarahi orang yang menjadi sahabat atau jiran kita
atau ibubapa kita. Mengekalkan silaturrahim sebegini amatlah dituntut oleh Islam.

10. Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang tidak dianjurkan agama Islam.

11. Tunjukkan sikap toleransi antara ibubapa dalam apa perkara sekalipun dan jangan sekali-kali meninggikan suara terutama ibu kerana pengaruh ibu cukup kuat dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Sentiasa berusaha menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

12. Sebanyak mungkin amalkan makan bersama demi mengelakkan sikap individualistik
dan dalam waktu yang sama tidak membazir serta dapat menjimatkan makanan

13. Bila memasuki alam persekolahan eloklah dimulakan dengan pendidikan secara Islam.

14. Sentiasa memberi nasihat supaya menjaga tingkahlaku dan adab sopan.

15. Sebelum melepaskan mereka keluar rumah, usaplah kepala anak-anak dengan doa yang baik-baik dan berpesan supaya berhati-hati dalam semua perkara, jika masih belajar,doakan supaya sentiasa rajin dan istiqamah dalam pelajaran mereka.

16. Banyakkan solat tahajjud dan seumpamanya dan pohonlah Redha Allah terhadap apa yang kita kerjakan.

Walaupun kini kita sedia maklum, kebanyakan kita tidak mampu untuk melakukan semua perkara-perkara tersebut kerana terlalu sibuk dengan urusan harian, tetapi kita kena ingat, usaha yang baik atau kelalaian pada hari ini akan hanya dapat dilihat kesannya sepuluh atau lima belas tahun kemudian, bila anak-anak itu diwasa nanti. Waktu itu nasi sudah menjadi bubur dan kita tidak berupaya berbuat apa-apa lagi.
Dalam melakukan sebarang tindakan, kadang-kadang kita tersilap memberi keutamaan. Apa yang kita lakukan adakah semuanya mengikut landasan yang dibenarkan Islam. Kadang-kadang kerana terlalu sibuk kita terlupa bahawa anak kita tidak pergi ke sekolah. Kita terlupa mengadakan keperluan mereka. Kita juga tidak pernah menyiasat dengan siapa mereka berkawan. Kita juga ada masanya tidak sedar mereka tidak sampai ke sekolah, atau lewat pulang ke rumah kerana melencong ke tempat lain. Juga kita tidak tahu adakah mereka solat atau berpuasa secukupnya dan lain-lain lagi.
Sesungguhnya sebahagian besar kelakuan anak-anak adalah cermin kepada kehidupan kita masa lalu.

Mari kita lihat sekadar beberapa contoh carahidup ibubapa yang negatif dan tidak baik yang boleh mempengaruhi perangai anak-anak kemudian hari nanti.

1. Pakaian yang tidak kemas dan ambil mudah tentang aurat

2. Tiada perasaan hormat dan bercakap kasar antara suami isteri, lebih malang kalau sampai ke peringkat bertengkar, bergaduh atau sebagainya. Anak-anak akan terbiasa dengan keadaan begitu.

3. Tidak berbahasa secara lembut, tidak ada panggilan sopan satu sama lain, hanya
memanggil dengan nama sahaja. Dalam susunan ahli keluarga sepatutnya ada status
quo supaya ada rasa hormat antara yang muda dengan yang tua dan sebaliknya.

4. Cucu melihat sikap ibubapa yang tidak hormat pada datuk dan nenek atau mengabaikan mereka.

5. Tidak menghormati waktu solat atau suka melewatkannya.

6. Suka keluar malam tanpa urusan atau suka pulang lewat.

7. Tidak tertib sewaktu makan iaitu gopoh dan tidak berdoa atau terdapat makanan yang
tidak halal, tidak baik atau meragukan..

8. Suka pergi ke tempat-tempat yang tidak sesuai

9. Boros berbelanja dan sentiasa akur sahaja kemahuan anak-anak.
Walaupun ianya penting, kadang-kadang perlu dilewatkan sedikit supaya anak-anak tahu
bahawa kita berhati-hati dalam mengawal perbelanjaan.

10. Tidak berhati-hati dalam memilih kawan dan tidak menjaga batas pergaulan.

11. Suka berahsia walaupun perkara tersebut perlu dikongsi bersama, manakala
pada waktu yang lain celupar sedangkan ia sepatutnya menjadi rahsia.

12. Ibu atau bapa mempertahankan anak-anak walaupun mereka melakukan kesalahan.

13. Tidak mengambil berat jiran yang sakit atau meninggal dunia. Tidak menziarahi jiran
yang sakit, tidak berdoa untuknya atau tidak menyembahyangkan jenazah walaupun kita
ada kelapangan.

14. Kedekut untuk bersedekah atau selalu mengungkit-ungkit berkaitannya.

Cukuplah sekadar beberapa contoh untuk kita fikirkan dan ambil tindakan memperbaikinya. Kita boleh mendapat banyak lagi perkara yang boleh membantu menyemarakkan syiar Islam dengan terdapatnya banyak buku-buku agama dan kitab-kitab di pasaran.
Marilah sama-sama kita berusaha selagi mempunyai masa lapang, badan masih sihat, umur masih muda, semasa masih ada harta dan tentunya sebelum maut mendatangi kita.
Apabila telah berusaha bolehlah kita berdoa dan berharap yang terbaik untuk anak-anak atau ahli keluarga supaya generasi yang akan datang tidak mencaci atau memperlecehkan kita. Kita hanya berusaha dan Allah sahajalah penentu segala sesuatu.

Sebagai penutup catatan kali ini, mari kita renungkan maksud dari beberapa Firman Allah dalam Al-Quran.

1. “ Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka ‘’

2. “ Neraka itu antara bahan bakarnya adalah manusia ”

Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;




Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Tips Supaya Anak Mendengar Kata

Antara perkara yang sangat sulit dalam ilmu keibubapaan adalah memastikan anak-anak kita mendengar apa yang kita perkatakan dan seterusnya melaksanakan apa yang kita minta.

Jika anda mempraktikkan beberapa tips-tips penting ini, perkara yang sulit ini akan menjadi mudah bagi anda. Insya Allah.


Berfikir Sebelum Anda Bercakap

Anda memberitahu anak anda untuk keluar bersiar-siar sekarang tapi anda telah lewat 20 minit untuk bersiap. Anda meminta anak anda mengemas ruang tamu tapi anda membiarkan keadaan rumah tidak terurus sebelum masuk tidur/semalaman. Anda memberi amaran kepada anak anda untuk membatalkan rombongannya sekiranya dia bercakap kasar kepada anda sekali lagi sedangkan anda selalu meninggikan suara dan bercakap kasar kepadanya. Kejadian-kejadian yang berlaku di atas akan melahirkan anak yang mempunyai ”selective hearing”. Oleh itu, ambil masa seminit untuk berfikir sebelum anda mengeluarkan arahan. Pastikan arahan anda jelas dan bermakna buat mereka.

Gunakan Perbicaraan yang jelas

Jangan menggunakan bahasa tersirat semasa berkomunikasi dengan anak anda: “Ia akan lebih baik jika kamu…” atau “Tidakkah kamu fikir kamu harus…”. Jangan buat permintaan yang tidak lengkap dan tidak jelas: “Kamu harus bersiap sedia untuk pergi nanti”. Jangan mengeluarkan kenyataan yang kabur: “Kamu tahu lebih baik daripada itu…”Sebaliknya, anda harus jelas dan spesifik dalam kata-kata anda. Nyatakan permintaan anda dengan cara yang tidak akan menimbulkan salah faham. “Letak kasut dan baju sejuk kamu, dan masuk ke dalam kereta” atau “Gantung pakaian kamu dan susun buku di atas rak buku” atau “Duduk sini dan senyap”


Kawal emosi anda

Apabila anda hilang sabar dan meninggikan suara, secara logik, hasilnya ialah anak anda akan memberikan sepenuh perhatian kepada anda. Tetapi kebenaran adalah sebaliknya. Anak-anak akan diam apabila anda marah tetapi mereka akan terlepas butir-butir perkataan anda semasa itu.Kajian menunjukkan bahawa konumikasi kita selalu diperlihatkan melalui penampilan kita (bahasa badan, nada suara dsb). Anak-anak akan fokus kepada emosi anda dan tidak memahami perkataan anda. Oleh itu, pastikan suara anda terang dan tenang, dan percakapan anda jelas dan spesifik untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Untuk merealisasikan perkara ini, jangan lupa untuk berfikir sebelum bertindak, tentukan apa yang anda mahu dan jadikan kata-kata anda penyampaian yang berkesan.


Dekati anak anda secara peribadi

Walaupun mudah bagi anda untuk berteriak dari dua kamar untuk bercakap, ia sangat kurang efektif. Anak-anak akan memberikan respon lebih baik kepada ibu bapa mereka yang bersemuka dengan mereka. Selain itu, ketika mereka berdiri dekat, anda dapat menentukan apakah anak anda memberikan perhatian kepada anda atau tidak, tanpa perlu menjangka tindak balasnya dari dengusan-dengusan yang jauh. Bersemuka dengan anak menuntut lebih masa daripada anda, tapi akan menyelamatkan anda dari marah kerana terpaksa mengulangi permintaan anda berulang kali. Ia akan mengambil masa untuk menguasai tips-tips ini. Hanya dengan membaca artikel ini tidak akan mengubah gaya anda. Anda perlu untuk mengingatkan diri sendiri tentang apa yang ingin anda lakukan, dan pastikan tujuan anda segar dalam ingatan anda. Adalah penting untuk anda memberi masa kepada diri anda untuk menguasai idea-idea ini dan maafkan diri anda jika anda melakukan kesilapan. Tidak ada di antara kita yang tahu bagaimana menjadi ibu bapa yang baik sejak lahir. Ini pekerjaan yang bukan mudah, namun dengan beberapa tips di atas cukup membantu, berdoa dan tawakallah pada Allah, anda akan berhasil! Insya Allah. Jika anak tetap tidak mendengarkan, ingatkan dia bahawa menderhakai ibu bapa adalah seperti dia tidak mentaati Allah. Tapi jangan gunakan selalu, kerana setelah selalu diulang-ulang ia menjadi seperti kebiasaan, dan kesannya akan berkurang/hilang.

25 petua nak anak anda pandai bercakap banyak Bahasa

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu

dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris
seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.
2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik satu Parent One Language. Maknanya sorang kenalah
cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua-dua bahasa, InsyaAllah.

3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.

4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban
sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku-buku dan lain-lain.
sumber untuk mengajar.

5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan
gambar atau imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.

6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir
dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.

7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.

8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.

9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa
Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.

10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.

11. Dapatkan sokongan suami atau isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang-sorang . Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa
atau mertua anda untuk sama-sama membantu. Kadang-kadang mereka ini lagi fasih dari kita.

12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.

13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.

14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber-sumber yang telah anda bayar. Pilih rancangan-rancangan di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain2.Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.

15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka
bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik-teknik pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia
orang boleh beri lebih tumpuan.

16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. lepas tu terangkanlah kepada mereka dan kemudian anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan
kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.

17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!

18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula-mula saja  dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka
menggunakan dua bahasa.

19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.

20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.

21. Kalau anak anda sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.

22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kadang-kadang kita ni tak sempurna. atau kadang-kadang benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.

23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni suapaya ada imej atau gambar. Senang sahaja nak buat.Beli je kad2 untuk buat nota yang
bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.

24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam
yang di gunakan setengah orang. Ini boleh membantu anda berfikir bahasa Inggeris.

25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat-tempat yang sesuai seperti
letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat
apa yang perlu disebut.

Monday, October 25, 2010

Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah

Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan.

Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.
Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran.
Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini.
Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri.
Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda.
Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?
Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang.
Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB, dan O.

Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging

Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak

Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga

Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat

Snek: Jus anggur / kopi

Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba

Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau

Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


Diet Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.


Ciri khas golongan darah B:

Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.

Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.

Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak

Snek: Jus anggur

Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba

Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba

Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba



Diet Untuk Golongan Darah 'AB'

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.

Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.
Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.

Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif

Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap

Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan


Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju

Snek: Yogurt

Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba

Snek: Kek keju dan teh herba

Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi


Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.


Ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain

Mudah mengadaptasi berbagai makanan

Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik

Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran

Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang

Snek: Teh herba

Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal

Snek: Sepotong kuih

Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

Friday, October 22, 2010

Strategi Berhadapan Dengan Anak Yang Suka Bertanya

Soalan: Assalamualaikum Puan. Anak lelaki saya berusia empat tahun, baru masuk tadika. Masalah saya ialah dia sangat suka bertanya soalan. Saya sendiri agak pendiam dan sering terasa rimas dengan soalan-soalannya, lebih-lebih lagi jika saya tiada jawapannya. Apa pandangan puan?

Jawapan: Waalaikumsalam wbt. Sesetengah ibu-bapa kurang selesa jika anak mereka suka bertanya soalan. Mereka terasa tercabar, lebih-lebih lagi jika tidak mampu menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh si anak.

Pada pandangan saya, anak yang suka bertanya soalan adalah satu kurniaan Ilahi yang sangat istimewa. Anak-anak sebegini jika dilayani berpotensi menjadi remaja dan seterusnya orang dewasa yang bijak berfikir dan petah berbicara. Saya maksudkan di sini bukan sembang kosong yang tiada makna, tetapi secara ilmiah dan padat isinya. Sekaligus mencerminkan ketajaman minda.
Sebenarnya mendidik anak yang petah berbicara bukanlah di luar jangkauan kebanyakan ibu bapa. Terutama jika anak tersebut jelas minat bercakap dan suka bertanya sejak kecil lagi.
Anak yang petah berbicara ada dua kelebihan: bijak memilih kata-kata dan pintar berfikir.


Bijak Memilih Kata-Kata

Lazimnya kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah olahan soalan dan ayatnya masih kurang teratur. Perhatikan perbualan antara Man (empat tahun) dan ibunya di bawah sewaktu dalam perjalanan balik dari tadika.

Contoh:

Man: (melihat ke langit) Ibu, cikgu kata awan tu air. Kenapa awan tak jatuh?
Ibu: Hmm ... menarik soalan tu. Ibu agak mungkin sebab awan terlalu ringan, jadi hanya terapung sahaja di angkasa.
Man: Betul ke ibu?
Ibu: (tersenyum) Ibu tak pasti sebenarnya. Sampai rumah nanti kita Google sama-sama, OK?

Perhatikan:

1) Ibu tidak malu mengaku dirinya tidak tahu

2) Ibu sengaja menyebut "terapung" dan "angkasa" – menambah perbendaharaan kata-kata anaknya sekaligus mengembangkan pemikiran si anak dan membimbingnya supaya bijak memilih kata-kata

3) Ibu tersenyum – tidak membidas atau meremehkan soalan yang diajukan anaknya


Pintar Berfikir

Sampai di rumah, ibu membantu Man membuat carian "why clouds float" ("mengapa awan terapung") menerusi Google dan menyambung diskusi.
Ibu: Man, kalau Man tuangkan air yang penuh dalam cawan, ke mana air tu tumpah?
Man: Ke tanah?
Ibu: Kenapa tidak tumpah ke atas? Kenapa air tu tak terapung di udara macam awan?
Man: Man tak tau ... (berfikir)
Ibu: Awan sebenarnya adalah titik-titik air yang sangat halus. Titik-titik air ini tersebar di angkasa. Bila dah tersebar, ia jadi ringan, udara di angkasa boleh tampung. Tak seperti air yang penuh dalam cawan.

Mungkin anda tertanya: Mampukah anak berusia empat tahun memahami diskusi seperti ini?

Jawapannya: Boleh, jika anak tersebut sudah dibiasakan dilayan begini. Jika tidak 100%, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya. Apa yang dilakukan oleh ibu di atas ialah melatih anaknya berfikir secara kritikal.

Bercakap Santapan Minda

Bandingkan gaya interaksi di atas dengan yang berikut:

Man: (melihat ke langit) Ibu, kenapa awan tak jatuh?
Ibu: (acuh tak acuh) Mana ibu tahu. Tanya cikgu kat sekolah!
Interaksi kedua terbantut di situ sahaja kerana ibu langsung tidak menunjukkan minat terhadap soalan Man.

Kualiti pemikiran anak-anak sebahagian besar bergantung kepada kesediaan dan kesabaran ibu bapa melayani sifat ingin tahu yang membara dalam jiwa setiap anak.
Si anak meningkat keyakinan dirinya bila ibu bapa berusaha sedaya upaya mencari jawapan untuk soalan-soalan yang ditanyakan. Tidak seperti anak yang soalan-soalannya tidak diendahkan, merasa dirinya kurang pintar dan tidak layak diberi jawapan.
Setiap soalan yang diajukan anak kecil membuka peluang keemasan untuk ibu bapa mengembang dan menajamkan mindanya. Setiap interaksi antara ibu bapa dan anak adalah santapan minda untuk anak tersebut.

Internet Dan Pengaruhnya

Gaya hidup Internet merubah segalanya. Ledakan informasi bermakna anak anda dihujani dengan maklumat yang seringkali kurang tepat dan mengelirukan. Paling serius jika ia membabitkan aqidah dan kefahaman terhadap prinsip-prinsip Islam. Pun begitu, Internet boleh menjadi sumber maklumat dan rujukan paling berharga jika anak anda tahu cara menggunakannya. Point saya di sini ialah, anak-anak yang tidak diendahkan soalan-soalannya kurang mahir berfikir secara kritikal dan lebih mudah terpengaruh dengan elemen-elemen negatif di luar sana.
Mustahil ibubapa boleh menjawab dengan tepat semua soalan yang diutarakan anak-anak. Yang perlu dibuat ialah membimbing anak-anak supaya tidak mudah menelan bulat-bulat apa jua maklumat yang diterima.
Segelintir ibu bapa pula berpendapat bahawa tugas menjawab soalan anak-anak harus dipikul oleh guru. Hari ini, sistem sekolah amat menitikberatkan peperiksaan. Sekolah tidak menggalakkan anak-anak bercakap mahupun bertanya soalan kerana ianya dilihat sebagai mengganggu kelancaran guru mengajar.
Sistem sekolah yang "exam-oriented" sebegini sebenarnya bercanggah dengan naluri ingin tahu setiap kanak-kanak. Ini salah satu sebab ramai anak-anak yang hilang minat belajar di sekolah. Kepintaran anak-anak diukur berdasarkan pencapaian akademik.
Guru wajib menghabiskan silibus yang ditetapkan. Ditambah pula dengan pelbagai isu disiplin yang meningkatkan tahap tekanan guru, tidak hairanlah jika guru kesuntukan masa dan jarang sekali berpeluang melayani sifat ingin tahu kanak-kanak.
Ini bermakna, jika anda impikan anak yang pintar berfikir dan petah berbicara, andalah yang perlu bersikap proaktif dan membimbingnya tanpa jemu! Setiap soalan yang sarat dengan "mengapa", "kenapa", dan "bagaimana" yang terpacul dari mulut anak anda seharusnya diraikan dan diberikan respons sebaik yang anda termampu.

P/S:huhu..saya juga salah seorang ibu yg mempunyai anak yg petah berbicara dan bijak memilih kata2..ada bnyk soalan yg ditanya dan kadang2 saya x tau nak jawab apa dan malas nk menjawabnya..masyaallah..rupa-rupanya ianya adalah slh satu cara dia utk pintar berfikir dan petah berbicara.. inshaAllah lepas ni saya akan lebih peka dengan apa yg anak saya ingin katakan.....
 
terima kasih kepada info blog yg bermanfaat ini : iluvislam

Wednesday, October 20, 2010

Nak holiday...

huhu..dh plan ngan hubby nak cuti2 malaysia,nak pegi PD..niat nak bwk anak2 mandi manda kat pantai..hehe tulah wat lg planning last2 minutes..konon nak booking hotel..plan kat Tiara Beach Resorts..tmpt tu happening ckit tuk bebudak...hah amik ko semua hotel full hse...mana taknya tgh cuti Deepavali cuti panjang lak tu..camne?but its ok,my beloved kids..mama dan abah akan cari tempat yg happening tuk kita bergembira..hehehe..nak g mana erkk?no idea......

say no to "CIGARETES"

SyukurAlhamdulillah...ada cerita gembira yg saya nak kongsi disini...hubby saya dah berhenti merokok yeahhhh...hehehe..saya sgt ggembira dengan keputusan hubby bila dia berazam bersunguh2 nak berhenti merokok..selalulah jgk saya nie memberi kata2 nasihat tapi dia cuma cakap ok2...x benti jgkpun..tp saya cukup terharula bila dia ckp dia betul2 nak benti mrokokkan kali nie...kita sbgai isteri beri dia kata2 semangat jelakan..yg penting nawaitu dan keazaman hubby...walaupun dia macam risau,ialah takutlah..berhenti secara mendadak jekan..takut2 ada effect lain,cam naik badan,sesak nafas ke,but so far saya tnya dia ok je setakat nie..makan pun cam biasa je...semoga niat hubby utk benti merokok nie di berkati oleh Allah..aminnn..

lamanyer blogku sepi...............

Assalamualaikum...huhu..lamanyer saya x update blog...hubby pun dok perli lama x update yang,masih citer raya lg..ntah x tau knpa saya hilang mood utk berblogging..tp x bermakna saya nk berhenti terus...hehe..rutin harian saya sbagai mama berjalan seperti biasa,keletihan menjaga anak2 yg sangat2lah lasak membataskan saya untuk lama mengadap lappy..Raziq skrg kejenya asik nak memanjat and then lompat..kakak pun join venture jgk...bila adiknya dh start memnjat..huh..seriau kita dibuatnya..muka tu dh lebam2 sana sini...
memnjat jadi fav raziq...