SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah..
Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.
Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya.
Sehubungan dengan itu,
“1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini.
Selamat hari Merdeka Kepada semua rakyat Malaysia..Tahun ini hari merdeka kita berada dalam bulan ramadhan..Semoga negara kita sentiasa dalam aman damai dan dihindari daripada bala petaka..Amin..
Salam Merdeka dan Selamat berhujung minggu..
Daripada kami sekeluarga..
No comments:
Post a Comment