RAMADHAN KEMBALI LAGI.PADA MASA INILAH UMAT ISLAM MENJALANI IBADAH PUASA SEBAGAIMANA DITUNTUT OLEH AJARAN ISLAM.BAGI IBU HAMIL,MINGGU PERTAMA MENUNAIKAN IBADAH PUASA PASTI MEMBERI KESAN FIZIKAL MAHUPUN MENTAL MEREKA.SUNGGUHPUN DI DALAM ISLAM IBU HAMIL DIBERI KELONGGARAN UNTUK TIDAK MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN SYARAT2 YG TERTENTU,MISALNYA MEMBERI KEMUDARATAN KEPADA IBU ATAU BAYI DALAM KANDUNGAN.
Walau bagaimanapun,ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan daripada doktor yg merawat anda terlebih dahulu.Ketika itulah,doktor akan melihat tahap kesihatan ibu,sejarah kehamilan dan lain2 komplikasi yg mungkin dialami seperti darah tinggi,kencing manis,kekurangan darah atau kehamilan berganda sebelum membenarkan anda meneruskan hasrat untuk berpuasa.
Ramai ibu hamil yg bimbang sekiranya puasa memberi risiko dalam kandungan.Tapi secara idealnya,wanita hamil tidak digalakkan berlapar dalam tempoh masa yg panjang.Keadaan sebegitu akan menyebabkan wanita hamil berasa kurang sihat sepanjang hari.
Pada peringkat permulaan,sesetengah wanita hamil akan mengalami sakit kepala,pening,tidak selesa,bahagian perut menjadi sedikit berasid dan lesu.Sekiranya anda alami keadaan2 sebegini sepanjang proses berpuasa,pergilah berjumpa dengan doktor dan daptkan pandangan daripadanya.
Perkara penting yg perlu diingati sepanjang berpuasa
1-Dapatkan pandangan doktor dan pakar agama mengenai hasrat utk berpuasa
2-Sewaktu bersahur,cuba dapatkan makanan yg seimbang dan berkhasiat yg mmbolehkan ibu hamil bertahan hingga waktu berbuka.Misalnya karbohidrat,kalsium dan jgn lupa makan vitamin2 yg dibekalkan oleh doktor anda.
3-Elakkan bersahur dengan makanan ringan dan makanan tinggi kolestrol yg tidak membekalkan tenaga tambahan sepanjang berpuasa.
4-Elakkan mengambil makanan tinggi kandungan gula dan berkafein seperti kek,teh dan kopi.Makanan dan minuman sebegini boleh menggalakkan ibu hamil mengalami gejala pening kepala,letih dan lesu.
5-Ketika berbuka,anda diharuskan mengambil kurma terlebih dahulu.Hal ini kerana,seharian menjalani ibadah puasa tubuh menjadi letih dan lesu.Kekurangan gula dlm badan,menyebabkan tenaga berkurangan.Lebihkan makan buah-buahan dan kurangkan makanan tinggi kolestrol.
6-Pastikan ibu hamil tdk makan terlalu bnyk ketika berbuka puasa
7-Sekiranya cuaca panas,cubalah berada di dlm rumah sepanjang berpuasa
8-Elakkan bekerja atau melakukan aktiviti lasak hingga kepenatan.Cuba dptkan rehat yg cukup.
No comments:
Post a Comment