Friday, October 28, 2011

Tip mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak


Cara hidup masyarakat masa kini merupakan faktor penyebab berlakunya peningkatan obesiti di kalangan masyarakat kita. Dua faktor utama ialah pengambilan diet yang tidak sihat dan kurang bersenam. Makanan yang tidak sihat seperti burger dan pizza bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan, tetapi juga mempunyai kalori yang tinggi.




Untuk kekal sihat dan cergas kita perlu memilih diet yang lebih sihat seperti mengambil banyak sayuran hijau dan buah-buahan. Faktor lain yang membantu kita lebih sihat ialah dengan bersenam. Kanak-kanak hari ini lebih banyak menghabiskan masa senggang dengan menonton TV dan bermain dengan gadget-gadget elektronik seperti game.


kanak-kanak hari ini banyak terdedah dengan makanan berlemak, minuman berkarbonat dan makanan lain yang tinggi kolesterol. Seeloknya pastikan anak-anak kita menghabiskan sekurangkan-kurangnya satu atau dua jam masa bermain yang melibatkan pergerakan fizikal seperti berbasikal, berlari, berenang dan sebagainya.


Mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak dengan mengamalkan diet sihat

Diet kanak-kanak seharusnya mengandungi komposisi mineral, protein, vitamin dan karbohidrat. Dua perkara utama yang perlu ditekankan ialah apa yang hendak dimakan dan berapakah kuantiti yang sesuai. Pengambilan makanan kanak-kanak setiap hari terdiri dari waktu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Sarapan pagi seharusnya berat dan berzat, contohnya 2 biji telur, cereal, susu, kekacang dan jus buah-buahan. Mengikut kajian, kanak-kanak yang tidak bersarapan kurang fokus ketika belajar dan pencapaian akademik mereka agak rendah berbanding dengan kanak-kanak yang bersarapan.Makan tengahari pula adalah makanan berkhasiat yang mengandungi kurang karbohidrat, lebih fiber dan protein.


Makan tengahari yang bekhasiat akan memberikan tenaga segera yang membolehkan kanak-kanak kekal aktif sepanjang hari, pada masa yang sama ia sepatutnya kurang kalori. Minuman petang pula adalah makanan yang lebih ringan dan sihat seperti buahan, susu dan kekacang. Untuk makan malam, hidangkan makanan yang agak berat tetapi kurang kalori. Sayuran hijau, daging ayam, telur dan ikan adalah makanan yang menyihatkan. Hidangkan bersama nasi tetapi dalam kuantiti yang perlu dihadkan.


Mencegah Obesiti di kalangan kanak-kanak dengan bersenam dan pergerakan fizikal yang aktif

Bersenam bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan, tetapi juga membantu mencergaskan badan. Pastikan anak-anak mempunyai masa bermain sekurang-kurangnya satu atau dua jam sehari. Galakkan anak-anak terlibat dalam sukan seperti berenang, bermain bola sepak, bermain tenis atau badminton atau sekurang-kurangnya berbasikal. Bersenam setiap hari akan meningkatkan stamina, membina semangat dan daya juang dan juga mencegah kenaikan berat badan.


Tip mudah untuk mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak

Elakkan mengambil minuman berkarbonat, sebaliknya minum jus buah yang segar ataupun susu

Galakkan kanak-kanak makan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja

Jangan menggalakkan kanak mengamalkan diet; makan makanan yang berkhasiat berserta bersenam adalah cara yang lebih selamat untuk mengurangkan berat badan

Galakkan kanak-kanak bergerak cergas sepanjang hari dan elakkan aktiviti bermalasan dengan menonton TV dan bermain video game

Perkenalkan istilah makanan baik (makanan berkhasiat) dan makanan jahat (makanan yang tidak sihat) seperti gula-gula, air berkarbonat, burger, pelbagai makanan segera dan junk food.







No comments: