Tuesday, December 8, 2009

Selamat Pengantin Baru

Sekejap je masa berlalu,x lama lg dah nak masuk tahun baru 2010..Bulan Disember nie mmg sinonimlah ngan majlis2 perkahwinan nie..break school plak tu..bnyak btul dpt jemputan kahwin..huhu..Adik lelaki saya juga akan melangsungkan perkahwinannya pada 12/12/2009.dia dapt org Johor..so we all family menghantar kesana hari jumaat nie..we all stay 2places..separuh stay @ Afamosa Melaka and separuh lg stay @ johor..huhu..bila kenangkan adik i nak kawin..tetiba sebak je hati nie..i & adik-beradik lain mmg sgt rapat..huhu..gembira campur sedih..anyway To my beloved Brother Ahmad Hilmi Firdaus Ahmad Badli..selamat menempuh alam perkahwinan,jadilah ketua keluarga yg adil,bertimbangrasa,saling hormat-menghormati,berkerjasama dan bertolak ansur..binalah rumahtangga atas dasar kasih sayang dan kepercayaan..Selamat Pengantin Baru..Hilmi & Hamidah..luv u all..

Friday, November 20, 2009

Terkenang Kisah Silam....

huh..lama btul i x update blog nie..lately i sgt bz,menguruskan anak2..basuh baju,skrgkan musim ujan bnyk baju dh berhari2 x kering..balik keja terus memerap dalam bilik,main ngan anak2..kkdg tu kesian i tgk Dhia,bila i layan adiknya,dia pandang sambil senyum2..i rasa i dah semakin jauh dengan Dhia..dia dh x berapa nak sgt dgn i..bbalik dia cari ucu(adik i)dan opahnya..time nak tido,dh x nak tido ngan i lg..mnangis2 nak tido dengan opahnya..mungkin dia sgt terasa i kurang layan dia agaknya..mcm merajuk mmbawa diri..kalo ada unclenya dialah mlayan anak i..sian btul ngan anak i..Dhia x lama lg nak masuk 2 tahun..i x nak dia kekurangan kasih sayang dan perhatian dari i dan abahnya..lately abahnya sgt bz dgn urusan kerja..selalu dia tanya gak abahnya..tp skrg dh x kisah..dh biasa kot..weekend pun kena keja..hari minggu tu jelah hari nak bersama2 ngan family..donno wat to say..but(Abg plz jgn bz sgt i and anak2 need u so much):(..btullah kata orang bila kita keseorangan,kebosanan dan kesunyian mulalah kita akan terkenang kisah silam,terbayang2 satu persatu kisah suka duka yg pernah menyentuh perasaan..huh plz Allah buang jauh2 perasaan ini..its so hard..i tak lehlah nak cerita kat sini its so personal..biarlah i simpan jauh2 di sudut hati ini..huh...i need holiday plzzzz...

Wednesday, October 7, 2009

Muhammad Raziq Hakimi Berusia 1 bulan

Diam tak diam my baby dh 1 bulan..6/10 smlm i bwk Raziq g klinik utk cucuk 1 bln..hehe..sebelum di cucuk Raziq ditimbang..beratnya dh naik 3.7kg..bila tiba masa utk dicucuk i x nak tgk..hehe..takut beb..tak tau knapa even Dhia pun i x berani..mak i yg pgg..mnangislah skjp Raziq..kuat jgk..citer tntang Raziq nie sejak lahir sgt kuat minum susu..mak i kata mmg anak lelaki kuat ckit minum susu..Raziq akan mnangis bila dia nak susu and pampers dia basah..yg lain2 sgt senang mnguruskan ank bujang i nie..hope senanglah nak jaga sampai besar..

Tuesday, September 29, 2009

My 2nd baby Muhammad Raziq Hakimi

Gambar-gambar semasa saya di Hospital Bersalin Razif,klang Selangor..baru lepas bersalin..inilah gamba anak bujang saya..Muhammad Raziq Hakimi..my hubby and my lil Dhia.layan gambar jelah yea..

Saturday, September 26, 2009

Salam Aidilfitri(Saya Beraya dalam Pantang)

Salam lebaran,kepada semua rakan taulan di mana sahaja anda berada..lama juga saya menyepikan diri dlam blog ini..hehe..bukan apa saya skrg sgt bz mnguruskan anak kecil saya yg baru nak masuk 3 minggu dan menguruskan diri saya yg dlam proses berpantang..Org tua2 kata proses semasa berpantang lepas bersalin nie sgt penting ianya melibatkan dalaman seorang wanita..dan kesan penjagaan yg baik akan dapat dirasai bila kita dh meningkat 30an ke 40an..kalau x diikut proses berpantang nie,kita para wanita nie akan menyesal seumur hidup..so kalo sygkan rumahtangga dan nak suami sentiasa sygkan kita ikutlah nasihat org tua2 niekan..x rugi..Nak diikutkan nafsu mkanan diHari Raya fuh..x bleh tahan beb..dgn air gas,air tin,lemang,kuah kacang,kuih raya,huhu..bleh amik bau je..dugaan2..hati kena kuat melawan hawa nafsu..Alhamdulilah..saya mmg cukup jaga pmakanan saya..kalo saya rasa nak makan someting saya mst tnya dulu sama ada bleh makan ke tidak makanan tu..ialah takutlah jgk nak main hentam je makan apa2.. Raya tahun ini,saya x dpt beraya sakan..cian jgk kat suami n Dhia..inshaAllah tahun depan kami dpat beraya bersama2..anak lelaki sayapun dh besar masa tu dh masuk 1 tahun..mst sonokkan..

Thursday, September 10, 2009

My New Born Baby..

Alhamdulilah..syukur kepada Allah saya telah selamat melahirkan anak lelaki pada 6.9.2009 hari ahad jam 2.23 pagi seberat 2.05kg..actually my due date is 30.9.09..tp tercepat lak baby kuar..huhu..syukur rezeki dibulan ramadhan dan raya aidilfitri..skrg saya tgh berpantang dirumah mak mentua di Serendah..oklah..setakat nie dulu citer saya..nnt saya akan citer ngan lebih details wif photo..skrg lum ada bnyk masa nk upload gambo..sori erk my frens..sabo nnt aku akan letak gambo..tunggu..

Friday, August 28, 2009

Selamat Hari Kebangsaan

SEGALA puji dan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA hari ini kita rakyat Malaysia masih dapat mengecapi kehidupan yang aman damai dan sejahtera walapun negara ini mempunyai berbagai kaum, agama dan kebudayaan. Alhamdulillah.. Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini. Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu memperjuangkannya. Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini. Selamat hari Merdeka Kepada semua rakyat Malaysia..Tahun ini hari merdeka kita berada dalam bulan ramadhan..Semoga negara kita sentiasa dalam aman damai dan dihindari daripada bala petaka..Amin.. Salam Merdeka dan Selamat berhujung minggu.. Daripada kami sekeluarga..

Wednesday, August 26, 2009

Dhia dah 18 bulan

Alhamdulilah..dah masuk hari ke-5 kita berpuasa..so spanjang i bpuasa syukur sgt i dapt bpuasa penuh..walaupun letih tp alhamdulilah..ahad lepas i dan hubby bwk dhia ke hospt Razif..for 18 Month her injection vaccine.and also i got appointment for my delivery registration with Hosp Razif coz i dah masuk 8 bulan preggy..sampai hosp dlam kul 11.00pg,register and then Dhia kena timbang berat..beratnya x naik banyak sgt about 9.9kg jer..masa last inject 12 bulan..naik 9.1kg..ermm.. Dhia dh masuk 1 tahun 6 bulan nie,pangainyer lain..makin manja ngan i nak berkepit je..kejap2 kang nangis ada je yg x kena..ngan abahnya dh tak nak sgt..maybe dia tahu yg dia nak beradik..makin lasak..waktu bersahur,dhia pun sibuk bangun..huh pastu azab nak tido balik...x dapat mama nak sambung tido..huhu..

Friday, August 21, 2009

Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

RAMADHAN KEMBALI LAGI.PADA MASA INILAH UMAT ISLAM MENJALANI IBADAH PUASA SEBAGAIMANA DITUNTUT OLEH AJARAN ISLAM.BAGI IBU HAMIL,MINGGU PERTAMA MENUNAIKAN IBADAH PUASA PASTI MEMBERI KESAN FIZIKAL MAHUPUN MENTAL MEREKA.SUNGGUHPUN DI DALAM ISLAM IBU HAMIL DIBERI KELONGGARAN UNTUK TIDAK MENUNAIKAN IBADAH PUASA DENGAN SYARAT2 YG TERTENTU,MISALNYA MEMBERI KEMUDARATAN KEPADA IBU ATAU BAYI DALAM KANDUNGAN. Walau bagaimanapun,ibu hamil perlu mendapatkan pemeriksaan daripada doktor yg merawat anda terlebih dahulu.Ketika itulah,doktor akan melihat tahap kesihatan ibu,sejarah kehamilan dan lain2 komplikasi yg mungkin dialami seperti darah tinggi,kencing manis,kekurangan darah atau kehamilan berganda sebelum membenarkan anda meneruskan hasrat untuk berpuasa. Ramai ibu hamil yg bimbang sekiranya puasa memberi risiko dalam kandungan.Tapi secara idealnya,wanita hamil tidak digalakkan berlapar dalam tempoh masa yg panjang.Keadaan sebegitu akan menyebabkan wanita hamil berasa kurang sihat sepanjang hari. Pada peringkat permulaan,sesetengah wanita hamil akan mengalami sakit kepala,pening,tidak selesa,bahagian perut menjadi sedikit berasid dan lesu.Sekiranya anda alami keadaan2 sebegini sepanjang proses berpuasa,pergilah berjumpa dengan doktor dan daptkan pandangan daripadanya. Perkara penting yg perlu diingati sepanjang berpuasa 1-Dapatkan pandangan doktor dan pakar agama mengenai hasrat utk berpuasa 2-Sewaktu bersahur,cuba dapatkan makanan yg seimbang dan berkhasiat yg mmbolehkan ibu hamil bertahan hingga waktu berbuka.Misalnya karbohidrat,kalsium dan jgn lupa makan vitamin2 yg dibekalkan oleh doktor anda. 3-Elakkan bersahur dengan makanan ringan dan makanan tinggi kolestrol yg tidak membekalkan tenaga tambahan sepanjang berpuasa. 4-Elakkan mengambil makanan tinggi kandungan gula dan berkafein seperti kek,teh dan kopi.Makanan dan minuman sebegini boleh menggalakkan ibu hamil mengalami gejala pening kepala,letih dan lesu. 5-Ketika berbuka,anda diharuskan mengambil kurma terlebih dahulu.Hal ini kerana,seharian menjalani ibadah puasa tubuh menjadi letih dan lesu.Kekurangan gula dlm badan,menyebabkan tenaga berkurangan.Lebihkan makan buah-buahan dan kurangkan makanan tinggi kolestrol. 6-Pastikan ibu hamil tdk makan terlalu bnyk ketika berbuka puasa 7-Sekiranya cuaca panas,cubalah berada di dlm rumah sepanjang berpuasa 8-Elakkan bekerja atau melakukan aktiviti lasak hingga kepenatan.Cuba dptkan rehat yg cukup.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Alhamdulilah..sabtu nie umat islam akan mula berpuasa..dengan keadaan penyakit H1N1 yg belum ada tanda2 utk reda dan keadaan cuaca yg berjerebu,membuatkan ibadat puasa kita pada tahun ini penuh dengan dugaan..kita sama2lah berdoa agar kita dan negara kita dijauhkan daripada malapetaka yg lebih besar..kita ambil kesempatan daripada bulan yg mulia ini utk memohon doa kepada Allah agar diberi perlindungan daripada segala malapetaka.. Sempena menyambut bulan puasa ini sama-samlah kita membersihkan hati dan jiwa agar menjadi insan yg lebih mulia dan prihatin..semoga Allah berikan kita kekuatan untuk menempuh apa jua dugaan..Amin.. selamat menjalani ibadah puasa.. Salam Ramadhan daripada, Nurul Nadiatul Ulfa Sekeluarga..

Wednesday, August 12, 2009

My Belated Birthday

Yesterday is my birthday..huhu..birthday yg ke....?huh watever no.la..terasa cam dh tua je..tp pangai still cam bbdk..hope this ulang tahun kelahiran nie..mematangkan lg diri dan dimurahkan rezeki..n i hope all my dream will come true...Thanks to my family,my hubby,my dotter n all my freind yg wish my bepday..di off td my klik wat surprise kek bepday and ada got makan2,kek from secret resipi tu sedap ar..thanks all..(actually smlm bepday i,dlm keriangan meraikannya..ada sesuatu yg membuat hati dan perasaan i begitu tersentuh..kenapa selalu jadi begini?kenapa bila ianya terjadi hati i begitu pilu..bukan sekali,tapi dh berkali.."Dalam kejauhan begini hatiku sudah cukup sedih dan sepi bila dirimu tiada disisi..jgnla selalu menambahkan rasa sedih dihatiku ini..aku terasa diriku tidak penting buatmu dan sgt jauh dari hatimu..huh..:(

Friday, July 31, 2009

Bercuti dirumah mak mentua

Skrg i berada dirumah mak mentua..saja amik cuti and teman hubby g checkup..i cuti dari 28/07 hingga 31/07..lgpun dh lama x balik..Dhia walaupun dh lama x balik but dia still ingt nenek dan rumah neneknya..i akan mula keja on August..huhu..sekejap je dah bulan lapan..skrg kandungan i dah nak masuk 8 bulan..bermakna i akan delivery baby lebih kurang sebulan lebih je lg..my due date maybe 30/09..after raya,x taulah kalo baby nk kuar awal..mungkin masa raya i beranak..hope i akan dapat berpuasa penuh 4 this coming ramadhan..walaupun tgh sarat..InshaAllah..Bulan Lapan nie i bnyak agenda yg i rancangkan..Actually i nk settle down b4 i delivery my second baby..nnt dah beranak mmg x de masa yg terluang..lgpun my brothers nak kawin dalam bulan 12 nnt..bulan 12 belah perempuan..our side bulan 1..inshaAllah i akan tumpang buat Majlis Cukur Jambul untuk anak i nnt..huhu..tentu sibuk mak i kan..mana nak jaga i dlm pantang lg..nak uruskan majlis kawin adik i lg..huhu..mak bawak2 bersabo ok..smuanya under control..hehe..InshaAllah..ok lah nnt kita sambung lg citer..

Tuesday, July 21, 2009

Rambut Baru Dhia

Ahad lepas i and hubby,bawak Dhia to Jusco,Bukit Tinggi Klang..untuk potong rambut Dhia yg sudah panjang..hehe..adalah salon nie i pegi,tnya bleh ke salon nie potongkan rambut anak i niekan..dia kata anak u bleh duk diam ker?..Actually anak i nie mana nak duk diam..bebudaklah katakan..semua nak sibuk..nasib baik masa stylist tu potong rambut dia takde bnyk gerak sgt..so masa anak i gunting rambut,ramaila orang yg lalu lalang dok tgk anak i gunting rambut..agaknya terkezut kot tgk ada budak kecik yg umur 1 tahun 5 bulan g salon...design rambut nie di pilih khas oleh my hubby..huhuhu..jom layan gambo k..

Monday, July 20, 2009

Rambut Baru

Thursday, July 16, 2009

Untuk Renungan Bersama.......

Actually i dapat this article from my email pg td..so i just nak kongsi untuk renungan kita bersama..Selamat Beramal.. Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say : "Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria , ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ." Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." Jadi renungkan lah.... 1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja 2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' . 3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY. 4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN. 5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS . 6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA . 7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?' 8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri. Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia.. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ... kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti... tapi kalau kita asyik dengki mendengki.. nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih.. Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya... "Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

Thursday, July 9, 2009

TIPS MENGHADAPI BOSS YG CEREWET

Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua, boss atau orang yang cerewet, leceh, dan kecoh. Haaa kalau kita dapat boss atau bekerja dengan orang yang jenis macam tu, memang pening kepala kita dibuatnya. Apa tidaknya, semua kerja kita, dia tak puas hati. Ada saja benda yang tak kena. Ada saja benda yang dikomplennya. Boss yang jenis macam tu, dia punya karenah dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya. Jadi, apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang yang macam ni? saya kongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat berhadapan dengan boss yang cerewet atau ‘kepoh’ atau ‘kecoh’ itu….hehe 1. Rileks kan diri dan tenangkan hati Disebabkan kita dah kenal perangai dia, maka toksah la kita dok peningkan dan tensen kan kelapa otak kita dengan perangainya. Boss kita tu memang fe’el dan perangainya camtu. Bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita. Jadi, langkah pertama ialah, JANGAN TENSEN KAN DIRI ANDA, RILEKS, TENANG2 SELALU. Ini SANGAT PENTING. Kerana, kita perlu faham bahawa, kita tak boleh nak buat apa-apa dengan orang macam tu. Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Tak guna kita dok tensen-tensen dengan dia. So, sekali lagi diingatkan, JANGAN TENSEN kan diri anda! 2. Sentiasa bersedia dengan karenah boss Setiap kali berhadapan dengan boss yang cerewet, adalah sangat penting bagi kita untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. BERSIAP SEDIA LAH terutamanya dari segi EMOSI. Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soalan. Itu la, ini la. Pendek kata, penat kita nak menjawabnya. Pada saya, diorang buat camtu sebab diorang ni nakkan kesempurnaan dalam tugasan yang diberikan tu. Tu yang tanya macam2 dan arahkan macam2 tu. Sabor jer lah yer. Apabila boss tanya dan arahkan macam2 tu, anda dengar dan berikan respon positif pada arahannya. Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan saja. Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Cuba FOKUS kan kepada masalah atau permintaan yang dibangkitkannya. Jangan nilai peribadi atau perangainya. Jangan ambik hati sangat tentang cara bercakapnya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak. Percayalah cakap saya, TAK GUNA kalau kita lawan cakap dia. TAK GUNA kalau kita pun nak tunjukkan EGO kita. Sebab, ianya hanya akan merugikan kita saja. Kita ni macam timun dan durian. Kita timun, dan boss kita durian. Kalau boss lenyek kita, kita hancur. Dan kalau kita lenyek boss pun, kita hancur. 3. Buat kerja, lebih daripada apa yang boss arahkan Kalau nak kurangkan bebelan boss, anda kena buat kerja yang diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan. Maksud saya, contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan pukul 5 petang. Cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya pukul 3 petang ker. Ini memberikan tanggapan pada boss bahawa kita ni adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu. Saya ada pengalaman manis dalam hal menyiapkan kerja, lebih daripada apa yang boss harapkan. Sehingga saya telah dipuji oleh boss semasa perhimpunan pagi di depan pekerja-pekerja lain. Aduh kembang hidung saya masa tu. So, tips ketiga ialah, BUAT KERJA LEBIH DARIPADA APA YANG BOSS HARAPKAN! 4. Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja. Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya. Cuba kenali boss anda betul-betul. Pasti ada kelebihannya berbanding dengan diri kita. Terima hakikat bahawa, boss kita memang bagus pada satu-satu segi berbanding dengan kita. So, berlapang dada lah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas. 5. Maafkanlah semua kelemahan dan perangai buruk boss Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya. Kita pun banyak juga perangai buruk. Jadi, kita jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu. Hmmm…saya rasa itu sajalah beberapa tips yang sempat saya coretkan. Bagaimana pula dengan anda? Pernah ada boss atau kerja dengan orang yang cerewet dan banyak karenah? Bagaimana anda berhadapan dengan orang yang cerewet macam tu?

PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA

1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. 2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan. 3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri. 4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya. 5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan. 6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga. 7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu. 8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak. 9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk). 10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat. 11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri. 12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung. 13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga. 14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. 15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut. 16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian. 17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri. 18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga. 19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia. 20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka. 21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian. 22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan. 23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”

Tuesday, July 7, 2009

My New Laptop

Akhirnya dapat jgk saya & hubby memiliki laptop..Actually saya nk sgt laptop nie coz saya ada projek bisnes yg saya nak uruskan..so i perlu sebuah laptop..about my biznez projek nnt i akan citer dgn lebih lanjut..tunggu..its still dlm perancangan..hope semua akan berjalan dengan lancar..InshaAllah..My hubbypun ada projek to do our plan house..Abg,nnt kalo dh nk wat plan rumah baru leh pkai yea yang..hehehe..oklah after this mlm2pun i can still online..huhu..okla nnt i sambung citer lg..

Wednesday, July 1, 2009

EUMORA FACIAL SOAP

EUMORA Bar Rawatan kulit yang mengandungi MOOR yang hebat dan mikroalga yang dihidrat (H-ma), dihasilkan serta 100% diimport dari Eropah Eumora = Moor + H-mA + Ramuan asas dari eropah MOOR Berasal dari Austria,sejenis lumpur yang kaya dengan nutrient.Moor telah terbentuk semenjak zaman ais dan mengandungi sebatian 700 herba organik,unsur surih,hormon tumbuhan, antibiotic semulajadi dan bahan aktif semulajadi. KEBAIKAN MOOR Kaya denga minyak perahan tumbuhan,asid lemak dan lipid,yang wujud secara semulajadi. Meresap dengan mudah ke dalam lapisan kulit,mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit dan mempertingkatkan aliran darah ke kulit Telah melalui kajian klinikal dan didapati bahawa kulit tidak akan mengalami alahan. H-ma factor (mikroalga) Merupakan satu penumpuan ramuan ramuan aktif semulajadi yang unik dan diperah daripada intipati mikroalga dalam bentuk ZARAH NANO Memulih & melindungi kulit secara aktif Menembusi kulit secara mendalam dan menghidrat kulit secara berterusan KESIHATAN KULIT Satu satunya alternatif kepada sabun,penjagaan kulit dan kosmetik ●Tidak perlu lagi menggunakan whitener,cleanser,toner,masker dll ●Hampir 95% ramuan aktif ●Bukan sekadar merawat simptom,malah juga MENYEMBUHKAN KULIT ●Tidak lagi digolongkan sebagai kulit kering,kulit berminyak atau kulit normal ●Penyembuhan dari dalam keluar ●ANTI PENUAAN KEHEBATAN EUMORA *PEMBENTUKAN SEMULA COLLAGEN *MENJADIKAN KULIT LEBIH ANJAL *PEMBAHARUAN SEL *NYAH TOKSIN *MEWUJUDKAN KESERIAN *UNTUK RAWATAN SEGALA MASALAH KULIT ~Eumora~ mengatasi semua peringkat umur (dari bayi sehingga warga emas), untuk semua jantina(lelaki dan wanita),negara,kaum atau pekerjaan. ~Eumora~ adalah kesihatan kulit,ia berkesan dalam pemulihan lapisan kulit yang lebih mendalam ~Eumora~ boleh dipelbagaikan kegunaan,boleh digunakan sebagai shampoo,pencuci muka, krim pencukur,perapi dan juga ubat gigi ~Eumora~ cepat berkesan (3 MINIT!!!) dan berkekalan ~Eumora~ mendapat pengesahan HALAL dan ujian makmal mengesahkan tiada sebarang bahan kimia (Heavy Metal toxicity test) U all pernah dengar tak pasal this produk..Actually I telah disyorkan oleh adik n my frenz pasal sabun nie..bagus kata mereka..i tgh cuba nak gunakan this produk..yg bagus nye produk nie kita x perlu pakai pelembab,krim malam n apa2 krim..so i nak cuba dulu produk nie..kalo ok kt i..i akan citer lebih details kt blog..kalo bgus i ingt nk jd Dealer for this produk.. P/S:kakcik pls give me more info n details about this produk..

Layang-layang

Ahad lepas,hubby ajak main layang2 kat padang rumah i..jam masa tu dalam pukul 5.30..angin skejap ada skejap takde..x best nak main..nntla abg,kita tgk minngu nie..tggu bila angin kuat..baru syok nak main..dapat jgk terbangkan tp rendah je la..Dhia terkejar2 konon nak capai layang2 yg abahnya terbangkan...

My Koleksi Wif Hubby

Koleksi My hubby..perfumed Dashing,roll onn Dashing,bedak dashing..i like this brands "Dashing"..harumannya sungguh menggoda and seksi..botol besar tu khas utk our contact lens..multi porpose..my hubby pakai cermin mata..kadang2 je dia guna lens.. i also guna lens tp jarangla..gel rambut from Shurah.. My koleksi minyak johnson n johnson,shower from lux,Spa Bath Scrub from leesa formula,hair shampoo Rejoice,pencuci muka jenama himalaya and pelembab bibir jenama vaseline..itulah saja sebahagian produk i gunakan..nnt i kuarkan lg entry my produk makeup n pelbagai lg..
Vitamin DHA,Minyak Ikan Perasa Orange Brand Scoot Emulsion dan Minyak ikan tablets.. Produk Mandian Dhia,shampoo brands Disney,bedak wangian honey..sabun mandian shortcakes strawbery, johnson n johnson dan minyak bayi HPA brands.. Barangan diatas adlah koleksi beberapa barangan anak i..hehe..saje i postedkan this entry..kata nak pelbagaikan citer..so for this entry i nk letak pasal my dotter pnya koleksi barangan mandian n produk kesihatan yg i berikan pada Dhia..ermmm..dan juga x lupa my koleksi wif my hubby koleksi..mama dan abah punya brgpun nk tempek jgk...huhu..

Produk Susu Dhia

Susu Mamil Gold 1kg for 1-3 years..Perasa Natural Sejak lahir i berikan Dhia Mamex Gold 0-1 years,dan sekarang Susu Mamil Gold 1-3 years..susu nie ada macam2 perasa like honey,natural,vanilla n choclate..setakat nie i gunakan yg natural n honey.. i suka sgt this tin susu,u see at the covernya,molek jer tmpt ltk sudu..yg pasti mmudahkan n terjamin kebersihan...

Tuesday, June 30, 2009

Dugaan...

Hai..lama gak x updatekan..bila nk update ada jer camera i tertinggal,wire tinggalla..i kalo nk berblog i suka tempek gambo..senang nak citerkan..ermm..Actually baru2 nie banyk perkara yg tak i duga berlaku dalam kehidupan 1 of my colleage..x perlula i citer details kat dlm blog nie..its not gud to postedkan pasal keaiban orgkan..Sebenarnya apa yg berlaku disekeliling kita nie ada hikmah yg tanpa kita sedari yg Allah ingin tunjukkan..mungkin ini buat satu pengajaran pada org sekeliling dan juga pada diri i sendiri..ianya membuatkan i lebih bermuhasabah diri..bila perkara begini berlaku jgnla kita menunding jari menyalahkan sesiapa dan sibuk menceritakan hal keaiban org lain..kita x tau apa yg akan berlaku pada kita masa akan datang..Mungkin Allah juga akan memberikan ujian & dugaan pada kita..so beringatlah sentiasa..as a freind i sgt supportive..tidak menyisih but give her more attention..org tgh sedih n tension kita kena lebih prihatin...ok lah..stakat nie dulu..Pada my colleage tu i hope dia tabah mengharungi dugaan yg berat nie..Berat mata yg memandang berat lg bahu yg memikul..

Wednesday, June 17, 2009

Dhia wit Opah ntah pmainan apa Dhia main i pun x pasti Dhia main gelongsor kot wit uncle