Sunday, June 27, 2010

We @ Genting Highland

Day 1 @ Genting~26//06/2010~

Saya skrg berada di Genting Highlands..huhu..saja bawak anak2 bercuti..tgh ujan kat sini..sejuknya x bleh tahan..ujan start masa saya check in td smpai la nie..lum benti2 lg..nasib baik x menjejaskan percutian kami disini coz walaupun hujan still leh ke theme park indoor dan outdoor..lupa nak citer we stay @ Highland Hotel.Rates utuk satu mlm ialah RM465/-super peak season..saya stay here for 3 days 2 nite..not badlah hotelnya..dekat ngan theme park,restaurant dan mcm2 lglah..saya pernah ke Genting nie 3 kali..pernah stay kat Awana Hotel..hotelnya pun not bad jgk ar..



hari pertama di Genting Highland..sesi bergamba dlm bilik hotel..hehe


Friday, June 25, 2010

Pembuangan Bayi

Sejak akhir2 ni, saya dapat bnyk email pasal pembuangan bayi..sedih dan terkedu saya melihat gambar2 bayi yg tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman ibu sendiri...x de perasaan belas langsung kepada anak yg dikandung selama 9 bulan..selepas melahirkan,sesuka hati pula membuang dan membunuh anak yang dihasilkan daripada perbuatan yang tidak bermoral merata2..menambahkan lagi dosa yg memang sedia ada.

Di akhbar dan media massa skrg ni x habis2 dengan kisah pembuangan bayi...boleh dikatakan setiap hari ada je kisah terbaru...Gejala ini amat serius kerana ia merupakan satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan..dan tidak boleh diterima dalam masyarakat kita. Ada antara bayi yang ditemui yang masih hidup dan ada yang sudah meninggal dunia dan hampir semua yang ditemui berada dalam keadaan yang amat menyedihkan seperti di tong sampah,lubang tandas,sungai,dan masjid. Seperti tiada kesedaran diri, bayi yang tidak berdosa terus menjadi mangsa keadaan. Tidak kira apa pun status bayi tersebut, isu ini perlu dibendung. Pembuangan bayi adalah satu jenayah walaupun terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung luar nikah terpaksa membuang bayi mereka kerana terdesak, malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

terdapat pellbagai sebab mengapa dan kenapa berlakunya peningkatan kes pembuangan anak.
Sebab kes ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu sosial, spiritual atau rohani dan era globilasasi dan pembangunan teknologi.
Faktor sosial merupakan salah satu daripada penyumbang utama berlakunya kes buang bayi ini.
Antaranya, pergaulan bebas tanpa had terutamanya di antara lelaki dan wanita. Selain itu, terikut dengan budaya barat yang yang mengamalkan seks itu adalah sebahagian daripada proses percintaan. Golongan ini juga percaya alat-alat terkini seperti kondom dan pil boleh mengelakkan daripada mengandung jika melakukan hubungan seks.
Di samping itu, ibu bapa tidak mengambil berat tentang anak-anak mereka hingga menyebabkan mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa sebarang pemantauan.
Didikan agama yang kukuh adalah dinding terbaik untuk mengelakkan diri remaja daripada sebarang kes jenayah dan salah laku. Namun, ilmu agama amatlah tipis dalam kalangan remaja pada hari ini hingga menyebabkan kes pembuangan anak tidak menjadi satu kesalahan kepada mereka.
Ilmu agama,kurang ilmu agama menjadi faktor golongan ini tidak dapat menilai halal dan haram.
Era globalisasi dan pembangunan teknologi (ICT)
pada hari secara langsung atau tidak telah menyumbang kepada kes pembuangan anak. Jika kita kaji, kemudahan telefon bimbit telah menyebabkan remaja boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa untuk sebagai titik permulaan kepada kes yang tidak bermoral ini. Kesukaran membuat pemantauan oleh ibubapa terhadap penggunaan internet juga menyumbang kepada gejala kes ini.
Secara tidak langsung, kes pembuangan bayi ini mempengaruhi kesihatan sosial pada hari ini.
Dari sudut perubatan, kadar kematian bayi yang lebih tinggi akan menyebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna. Ini disebabkan kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan sewaktu bersalin.
Selain itu, kes ini turut memberi kesan kepada psikologi dan sosial remaja wanita yang melahirkan bayi tersebut iaitu murung, hilang keyakinan diri, rasa bersalah, resah atau gelisah. Bukan itu sahaja, ia akan mewujudkan masalah emosi dan hubungan interpersonal dengan terputusnya hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
Terlalu banyak kesan psikologi dan sosial kepada masyarakat. Antaranya, kemajuan dan kemakmuran masyarakat di masa hadapan akan terjejas.Pesan Iman Al-Ghazali, jika kamu mahu melihat senario masa depan masyarakat dan negara kamu, lihatkan senario remaja masa kini. Jika mereka hebat maka akan hebatlah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan, tetapi jika remaja kini rosak akhlaknya dan lemah mindanya. Maka akan rosaklah masyarakat dan negara kamu di masa hadapan,psikologi remaja yang terlibat dengan kes tersebut tidak akan tenang dan tenteram.Perasaan bersalah yang datang di kemudian hari akan memberikan tekanan psikologi dan sosial yang berat serta tumpuan kepada kerjaya akan terjelas.
Secara umum, remaja pada hari ini tidak faham dan mengerti secara mendalam erti kasih sayang yang sebenarnya. Justeru itu, jika mereka berkahwin, perkahwinan itu jarang yang kekal lama kerana mereka tidak faham apakah yang dimaksudkan dengan kasih sayang itu.
Maksud kasih sayang sesama manusia ialah menyayangi manusia lain sama seperti kita menyayangi diri sendiri. Selain itu, meletakkan diri kita dalam diri mereka, jika kita jadi bayi tersebut apakah perasaan kita. Dari segi psikologi, cinta remaja tidak diikuti dengan tanggungjawab,
 teori sosial mengenai cinta di bawah umur 13 tahun, percintaan yang berlaku hanyalah berdasarkan kepada kecantikan. Manakala, umur 13 hingga 25 tahun, percintaan yang berlaku ketika ini adalah berdasarkan trend iaitu orang lain bercinta kita nak bercinta dan jemu dengan pasangan masing-masing, akan dicuba pasangan lain.
Sementara itu, bagi golongan berumur 25 tahun ke atas, percintaan yang sering diikuti dengan tanggungjawab.
Dalam membantu masyarakat pada hari ini untuk membendung kes pembuangan bayi, perlu menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan agar kepincangan dalam institusi sosial tidak berlarutan.Golongan dewasa juga perlu menunjukkan teladan yang baik kepada golongan remaja kerana golongan inilah yang banyak terlibat dengan isu pembuangan bayi. Langkah ini adalah bertujuan untuk mengelakkan golongan ini terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Selain itu, kerjasama masyarakat dengan kerajaan turut memainkan peranan dalam usaha mencapai masalah sosial ’sifar’. Walaupun ia mungkin sukar dicapai tetapi melalui kerjasama di antara ibu-bapa,ahli keluarga,masyarakat dan pihak berkuasa mampu menyelesaikan gejala pembuangan bayi ini.InshaAllah..
Kesedaran masyarakat untuk membendung gejala tidak sihat ini,misalnya, kerajaan boleh melaksanakan undang-undang terhadap remaja yang berdua-duaan di tempat yang kondusif untuk seks bebas. Selain itu, masyarakat perlu membantu kerajaan dalam melaksanakan agenda ini. Aktiviti yang mencurigakan perlu dibuat laporan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membanteras mereka yang terlibat.
Ibu bapa adalah orang yg bertanggungjawab sepenuhnya keatas anak remaja anda..perlu  peka dan mengambil berat terhadap perkembangan dan apa yang dilakukan oleh anak remaja anda.Walaupun ibu bapa sekarang banyak menghabiskan masa di pejabat janganlah sampai mengabaikan peranan anda sebagai ibu bapa..selalulah bertanyakan dimana anak anda berada,dengan siapa anak anda berkawan,tidak terlalu manjakan anak2 sehingga meletakkan sepenuh kepercayaan serta kebebasan tanpa dipantau..Selain itu, guru juga perlu memantau kehadiran pelajar dalam kelas. Laporkan kepada ibu bapa jika anak mereka tidak hadir kelas. Ini kerana anak-anak sering melencong ke tempat lain walaupun berpakaian sekolah dari rumah.
Jika ada remaja yang pernah terlibat dengan masalah ini, kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk kembali ke pangkal jalan.Golongan ini perlu bertaubat dan menyesal dengan sepenuhnya. Mereka yang pernah terbabit boleh memberi kesedaran kepada remaja lain mengenai implikasi yang dihadapi. Ingatlah, kesilapan hari ini bukanlah kesilapan yang berkekalan. Mohon ampun dan maaf kepada Allah dan ibu bapa.
Kepada remaja-remaja di luar sana,khususnya remaja wanita,jagalah maruah diri anda dan harga diri. Janganlah sia-siakan masa depan anda hanya kerana nafsu dan godaan lelaki semata2..jadilah remaja yg sentiasa berfikiran kehadapan..janganlah sia-siakan masa remaja anda dengan kegiatan yang tidak mendatangkan keuntungan pada anda malahan mendatangkan kesulitan dan kesengsaraan seumur hidup anda...nauzubillah..serahkanlah mahkota anda yang satu itu pada lelaki yang hanya bergelar "suami" anda..bukan teman lelaki @ tunang anda..wallahualam...
Ya Allah,Ya Rahman Ya Rahim kau lindungilah keluarga dan keturunanku daripada melakukan kemungkaran..kau kuatkanlah keimanan..jauhkanlah mereka daripada godaan iblis yang ingin menghancurkan dan menyesatkan kami Ya Allah..aminn Ya Rabbal Alamin..


bayi yang di buang

p/s : sewaktu saya menaip pasal entry nie,sebak hati saya hingga mengalirkan air mata..saya terkenangkan nasib bayi2 yg menjadi mangsa keadaan..nasib remaja2 yang terjebak..serta ahli keluarga mereka...saya mmg emosional kalau bab2 camni..




Wednesday, June 23, 2010

MORE AWARD AND TAG

Alhamdulilah dapat award lg...kali nie dapat award "KAWAII the cutest blog ever" (comei ye blog saya nie??)hehe..anyway  thanks to my dear ASYA  yang cantik manis nie...thanks alot dik asya sayang, 4 the Kawaii Award...mmmuah...luv u...

kawaiikan awardnyer

1. tulis sebuah entri pasai award ni kat blog korang..

kawaii sungguh award nie..nie award saya yg ke 5 kot...terlupa lak bape awards yg saya dh dapat...



2. ceritakan bagaimana usaha korang untuk menceriakan blog korang..

usaha yang x pernah kenal erti jemu,belum pernah jemu yea...surf cari maklumat camne nak gempakkan lagi blog..masih belum puas dengan widget yg ada..



3. tuliskan 5 perkataan yang menggambarkan diri korang..

~lemah lembut~
~penyayang~
~suka wat lawak~
~tabah~
~bersemangat tinggi~

4. tag kawan2 korang yang patut menerima award ni..

INTAN (My follower)

MEKCHU (My follower)

NOR AZWIN (My follower)

anyway thanks alot ye dik diatas anugerah kecomelan blog akak ko ni..hehehe.. nie pilih kawan2 nak bagi tag dan award nie pun pening...at last suruh my dotter pilih antara2 senarai @ my follower listing...








Tuesday, June 22, 2010

Adik Entry

Adik skrg dh masuk 9 bulan,lagi 3 bulan genaplah setahun...adik dh berdiri lepas2 tangan...manja,pandai merajuk siap guling2kan badan dia...sangat kuat makan,bagi je apa2 makanan smua makan...macam x kenyang2 plak..mak cakap anak lelaki mmg camtu..kuat ckit mkn..hehehe..sonok tgk anak2 suka makan nie..abis bsepah rumah dbuatnya...smuanya nak makan sendiri..satu lagi adik dh tumbuh gigi sebatang bhgn atas...patutlah lately asik mleleh je air liur dia dan asik hisap ibu jari..mulut lak bising..kuarlah bermacam2 bunyi...cian kat adik asik kena buli je ngan kakak..hope gado2 manja nie x berlarutanlah sampai ke besar..semoga adik menjadi anak lelaki mama yang soleh,bijak serta berguna pada bangsa dan agama...aminnn..

SESI SOAL JAWAB

sesi soal jawab
mama bersama kakak...

1 hari belajar nama mama,abah,adik dan nama dia sendiri
jom layan sesi soal jawab with my dotter

-
-
-
-
-
-

Mama : Kakak, nama abah sape?

Kakak : Momad lasidi (Mohd Rasidi)

Mama : pandai..Nama mama pulak sape?

Kakak : Nughul Nadyatul  Ulpa (Nurul Nadiatul Ulfa)

Mama : Nama Adik pulak sape?

Kakak : Momad Lazik Hakimi (Mohd Raziq Hakimi)

Mama : nama kakak?

Kakak : Dhia Parhana Jahra binti Momad Lasidi (Dhia Farhana Zahra binti Mohd Rasidi)
ok,sudah mama..kita bajar ABC plak....letchs go bebeh....*lets

Mama : bila org tnya kakak,nama mama,abah,kakak,adik sape..kakak kena jawab mcm nie ok..faham x?

kakak : Okkey...paham..

itulah saja sesi jawab saya bersama kakak...huhu..kekadang tu dia yang tanya kita macam mana yg kita tnya dia soklan kat atas tu...comei je...


Monday, June 21, 2010

BBQ !!

Mlm Ahad ari tu..kami sekeluarga serta adik beradik saya yg lain berkumpul dirumah mak saya di Rawang..saje nak celebrates hari bapa dan apalagi acara ber BBQ dan  makan2 lah..hehehe..menu -menunya ayam,udang,keledek,hotdog dan kentang..kenyang dan happylah kami mlm tu..kakak sibuk dok ngaco org kipas ayam..excited sgt..layan pic yea..bnyk lg gambo mlslah nak upload..hehe






My Baby in World Cup Outfit- PHOTO CONTEST

Hai frenz,baru td bukak email,and then terperasanlah satu contest daripada BAIBOO.Saya adalah member BAIBOO Malaysia's Young Family Network nie since saya ngandungkan kakak lg...siap ada card member ..jd ahli bnyk benefitnyer..saya pernah attend ANTENATAL course under BAIBOO..dapat bnyk gift..dan voucher...ok pada sesiapa yg berminat leh lah join contest...senang je nak join contestnyer...

Upload one picture of your baby in World Cup Outfit…


HOW?

1. Capture a picture of your baby in World Cup Outfit with either you/your husband or siblings showing how passionate you are about the World Cup in South Africa.

2. Caption your picture telling us:

•Name of your baby

•DOB

•Which team you think will win the World Cup 2010

3. Post your entry in the photo section of the Baiboo Family Service Page 


4. Read carefully the rules and regulations.


PRIZE



3 times – 1 carton with 24 bottles of 400ml Nappikleen detergent – the Antibacterial Liquid Wash for Baby’s diaper & Baby wear (Value RM 100++)




RULES & REGULATIONS

1.This contest is only open to Fan’s of the BaiBoo-Family Service Page

2.To participate you have to upload 1 picture of your baby in World Cup Outfit with either you/your husband or siblings showing how passionate you are about the World Cup in South Africa (Under World Cup outfit we understand anything that is related to South Africa Worldcup 2010 examples National Flags of Countries that are taking part in the World Cup 2010, National Team Wears etc).

3.Caption your picture telling us the name of your baby, DOB, which team you think will win the World Cup 2010.

4.Picture should be from babies age 1 – 36 month

5.Only one picture per member.

6.Picture posted by non group members will be disqualified.

7.If you upload more than one picture all your pictures will be disqualified.

8.Pictures without caption will be disqualified.

9.Attention: Don’t upload any naked pictures of your baby. Neither front nor back. By naked we understand the intimate parts exposed. This censorship is to protect you, your baby and us. Pictures violation this rule will be deleted without exception.

10.The picture and the capture must be published in the photo section of the Baiboo Facebook Group within the contest period.

11.The contest period is from 16th June – 30th of June 2010.

12.3 winning pictures will be selected, announced and published in the BaiBoo Website and in the BaiBoo-Family Service Facebook Page on the 2nd of July 2010, and the winners will be invited to collect the prize from BaiBoo’s office in Kuala Lumpur.

 
How to become a Fan and Upload your picture





Saturday, June 19, 2010

Happy Father's Day



just wanna say happy fathers Day to,
my Dad , Ahmad Badli Zainal Abidin,
 my father in law Mat Nasir
..millions thanks for everyting...may Allah bless both of u always...
and to my
 lovely hubby Mohd Rasidi
 thanks alot yang..u ar the best hubby and father in the world, love u so much..
kepada semua bapa2 Happy Fathers Day...

**Mlm nie plan wat BBQ kat umah mak,adik beradik saya semua balik..jap lagi nak beli brg for BBQ tonite...bestnyer...x sabo nk celebrates mlm nie..**  

Friday, June 18, 2010

Aduhaiiii...BENCI BILANG CINTA


Aduhhhh..saya sekarang dh giler tgk citer sinetron Benci Bilang Cinta kt astro...dh x leh miss plak..suka citer nie coz citer nyer ala2 citer korea...enjoy sgt..
kakak pun suka..kul 6.30 ptg dh duduk depan tv..sebelum rancangan start saya bwk ank2 round2 naik keta,g kedai dan pegi main kt tmn permainan dulu..hehe..layankan dulu kehendak anak2..dh puas hati..x delah duk ngaco mama nengok tv..

Wednesday, June 16, 2010

Dapat Awards lagi dan kena Tag

Yezzaa!!saya terima awards dan kena tag sekaligus..baru hari nie saya berkesempatan nak amik awards dan nak wat entry...Actually saya kena jawab soalan tag yang sama dari dua blogger yg saya sayangi nie..so saya combine jawapan nyer to  All in 1 entry je yea..Thanks to CIK SUE
 yg cantik manis...dan NIZA ..
lets check out guys...

Soalan 1


Adakah anda rasa HOT..?


Jawapan 1
Saya x plak rasa diri saya HOT...tapi memang saya tgh  hot dek kepanasan yg melanda skrg nie...duk dpn kipas je nie....hehehe..  


Soalan 2


Upload wallpaper PC/laptop yg anda gunekan skrg?


Jawapan 2















Soalan 3


Cerita pasal gmbar nih..?


Jawapan 3


For This Wallpaper im using DESKTOP NEXUS. This pic story about "Heart made out of water" its 3D and CG pic..its looks the Heart alive,very nice pic,amazing ,too cool and I love how this looks.

Soalan 4


Kali terakhir makan PIZZA..?


Jawapan 4


Last makan PIZZA hari tu masa saya baru lepas habis pantang anak kedua...balas dendam..masa saya tgh ngandungkan anak kedua saya x suka langsung makan PIZZA,padahal sayalah ratu PIZZA esp.Deli wings...


Soalan 5


Lagu terakhir anda dengar..?


Jawapan 5


Lagu "Twinkle Twinkle Little Star"merupakan lagu kegemaran anak2 saya dlm keta dan kat umah''
Boring je..apa nak buat layankan jelah...hehehe

Soalan 6


Apa yg anda buat selain selesaikan tag nih..?


Jawapan 6


Masak Nasi,goreng sayur,goreng ayam dan apalagi makanlah..sebelum anak2 bangun tido..kita makan dulu...jemput makan...


Soalan 7


Selain nama sendiri anda dipanggil nama ape..?


Jawapan 7


sayang @ yang (hubby), Mama(anak-anak), Nadia  (mak dan Abah), akak (adik beradik), untie nadia (anak sedara belah saya),cik Nurul (anak sedara belah hubby), Yul dan Kak Nurul (sepupu sepapat) nekcu..(cucu sedara) Nurul (kengkawan)...


Soalan 8


Tag lagi 5 orang...


Jawapan 8


1. DANYTA


2. MRS JAMAL

3. TINA

4. ASHYA ZAIN

5.MAYA


Soalan 9

Siapa orang no. 1...?

Jawapan 9

Seorang blogger yang comei lote..baru jadi follower dah kena tag..


Soalan 10

Katekan sesuatu pada orang no. 5...?

Jawapan 10

She is my ex officemate..minat kami sama dlm membuat kek..hope kita akan berkerjasama nnt..inshaAllah


Soalan 11

No.3 ade hubungan ape dengan sape...?


Jawapan 11

Dia merupakan sahabat dan kawan sekolah saya..


Soalan 12


Bagaimana pulak dengan no.2...?


Jawapan 12


Dia adalah salah seorang follower saya..


Soalan 13


Kata2 cinta dengan orang no.4...?


Jawapan 13


Dia juga salah seorang daripada follower saya ...saya sayang semua follower2 saya..general statement


Soalan 14

Berikan 5 fakta yg anda tahu pasal orang yang anda tag
Jawapan 14


1. Seorang yang cute..dan bakal mendirikan rumahtangga dengan insan tersayang..
2. Seorang blogger yg sgt sempoi...
3. Sahabat saya yg baik hati..dan mempunyai semangat yg tinggi
4. Blog dia menarik dan cool..
5. Sgt berminat dalam membuat kek...


ok ini sajala jawapan yg dapat saya berikan kepada yang tag saya hope u all puas ati erk...
to all my follower yg lama @ yang baru terima kasih kerana sudi menjadi kawan dan follower saya...sayang anda semua...

So,apalagi rakan-rakan blogger saya yang saya TAG...hehehe..sudi-sudikanlah menjawab soklan TAG saya nie ye...Hope uols enjoy....mmuahhh...Assalamualaikum..

2nd award yang saya terima nie di beri khas oleh MISZ NIERAH



3rd award from the same bloggers..TAG nyer nnt saya akan wat entry di lain hari....


Tuesday, June 15, 2010

Taman Sebagai Terapi Diri



PENATAAN taman sempurna terletak pada kemampuannya merangsang lima deria iaitu rasa, bau, sentuh, lihat dan dengar menerusi landskap lembut serta kejur.

Bagi mewujudkan elemen rasa di laman, tanaman yang boleh digunakan biasanya mempunyai pucuk boleh makan seperti pokok gajus dan yang menghasilkan buah seperti pisang dan kedondong.
Suasana bercirikan terapi boleh dimanfaatkan sepenuhnya apabila taman digunakan sekali gus membabitkan aktiviti memetik buah dan makan sambil bersantai di taman serta interaksi tidak secara tidak langsung.
Bau-bauan pula memainkan peranan penting di taman walau pun tidak dapat dilihat dan tanaman yang mengeluarkan bau wangi berfungsi menarik pengguna ke laman.
Penggunaan tumbuhan yang mengeluarkan bau selain menimbulkan suasana harmoni ia mampu menimbulkan perasaan ingin tahu atau dorongan gus menerokai laman berkenaan.
Bunga melur, kemboja, kesidang dan bunga mawar antara tanaman yang mengeluarkan bau wangi dan amat sesuai menyerikan taman anda tanpa mengira keluasan kawasan.
Deria sentuh pula membabitkan sentuhan tumbuhan yang secara tidak langsung memberikan ketenangan sepanjang masa bagaikan terapi semula jadi.
Berjalan tanpa kasut di atas rumput atau pasir yang menggambarkan bahawa sentuhan semula jadi namun anda perlu berhati-hati bagi mengelakkan terpijak benda tajam.
Hamparan rumput permaidani yang dijaga rapi dengan kadar siraman betul dan rutin memotong rumput dilakukan pastinya mewujudkan suasana hijau saujana indah mata memandang.
Seterusnya landskap lembut dan kejur pula berupaya merangsang deria pandang khususnya warna kerana mempunyai daya tarikan tersendiri serta memberikan tidak balas emosi.
Unsur air juga mempunyai kuasa paling kuat kerana mampu merangsang pendengaran dan memberi ketenangan jiwa kepada anda seisi keluarga.
Air unsur paling penting di taman sebagai pendingin aktif dalam menyederhanakan kawasan persekitaran selain mengilhamkan kedamaian semula jadi.
Jadikan jambatan kayu sebagai penghubung antara kolam dan taman serta kayu dijadikan kemasan jambatan dalam usaha mengimbangi keindahan asli.
Penggunaan batu-batuan semula jadi dari sungai, hutan dan gunung sesuai diketengahkan sebagai ornamen asli di taman.
Kepelbagaian tekstur, corak dan bentuk batu-batuan berkenaan menginspirasikan situasi lebih hidup di taman ciptaan anda itu.
Kehadiran lampu hiasan juga menyuntik visual penataan cahaya unik selain membantu menerangi taman anda selain menyerlahkan sudut tersorok dan kurang menonjol.

**tips untuk saya nak wat taman mini saya**

Ajar Anak Makan Sayur-sayuran Dan Buah-Buahan

APABILA beberapa ibu berkumpul di dapur, bermacam kaedah menyedia nasi goreng boleh diperhatikan kerana masing-masing ada cara sendiri mengikut selera anak. Ada yang memotong sayur besar-besar bagi mudah anak meletakkannya di tepi pinggan tetapi ada pula menghiris sehalus mungkin supaya ia tidak boleh diasingkan!

Memang diakui bukan mudah hendak menyuruh anak makan sayur kerana apabila anda bertegas ada anak-anak sanggup tidak makan daripada terpaksa memasukkan 'benda hijau' ke dalam mulut mereka.
Sebenarnya bukan kanak-kanak saja yang liat untuk makan sayur kerana orang dewasa juga begitu, terutama lelaki. Malah, ada juga beberapa rakan2 yang memperuntukkan lima minit pertama di depan pinggan membuat saringan teliti pada makanan mereka supaya ia bersih daripada sayur-sayuran, termasuk yang dihiris kecil.
Apa yang membuat ada sesetengah orang begitu 'anti' dengan sayur-sayuran? Menurut pensyarah psikologi Universiti Washington, Dr Ilene Bernstein, lidah sensitif pada pelbagai rasa - manis, masam, pahit dan masin. Apa yang kita rasa itu sebenarnya adalah gabungan isyarat kimia pada lidah. Lidah kita juga diperkenalkan dengan rasa kelima dipanggil umami iaitu rasa lemak seperti pada serbuk perasa monosodium glutamat (MSD).
Katanya, rasa adalah satu 'produk' yang terhasil daripada gabungan bau, rupa dan bunyi makanan itu. Apabila kita makan sayur seperti timun, kita mahukan bunyi yang rangup apabila ia digigit. Apabila kita minum kopi, kita mahu menikmati keharuman kopi berkenaan. Bahkan inilah juga sebabnya apabila kita terhidu bau biskut coklat yang dibakar air, kita secara automatik terliur kerana aroma yang harum itu turut menceritakan rasanya.
Bagaimanapun, penerimaan rasa ini berbeza antara individu, bergantung kepada sifat semula jadinya dan didikan yang diterima. Kecenderungan pada makanan juga tertakluk kepada pelbagai faktor termasuklah genetik, pengalaman dan umur.
Selain itu pengalaman juga memberi pengaruh besar kepada kecenderungan rasa. Manis, masin, pahit dan masam adalah rasa yang dipelajari. Jika sejak kecil kita sudah didedahkan dengan pelbagai rasa sayur-sayuran, maka ia akan lebih mudah diterima berbanding individu yang hanya 'mengenali' rasa sayur apabila dewasa.
Begitu juga dengan kesukaan pada rasa manis dan masin. Kajian menunjukkan semua orang ada kesukaan kepada rasa manis pada tahap berbeza. Kita dilahirkan mempunyai tindak balas automatik yang positif terhadap rasa manis sebaliknya kesukaan pada rasa masin dikatakan mempunyai kaitan dengan kecenderungan ibu pada makanan masin ketika mengandung.

Oleh kerana penerimaan 'rasa terhadap sayur' ini boleh dipelajari, ada beberapa panduan yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pengambilan sayur iaitu:

* Masukkan sayur yang agak disukai ke dalam sajian kegemaran.


* Masak sup sayur, campurkan bahan-bahan yang digemari. Jika sebelum ini anda sudah pun memasukkan beberapa jenis sayur, tambah satu atau dua jenis sayur lain ke dalam sup anda sebagai kelainan.


* Buat salad buah tetapi masukkan hirisan sayur yang berwarna warni supaya ia bukan saja menarik tetapi lebih banyak khasiat.


* Hidangkan sayur sebagai ulam dan pastikan ia dilengkapi sambal belacan atau budu mengikut kesukaan. Sayur mentah nampak lebih cantik dan membuka selera


* Elakkan memasak sayur terlalu lama sehingga ia menjadi lembik dan nampak hodoh. Biasanya selera kita akan terbuka apabila melihat sayur yang dimasak nampak segar dan mempunyai warna menarik. Inilah sebabnya ramai orang lebih rela makan nasi tanpa sayur terutama jika sayur yang dijual itu dimasak terlalu lama hingga lembik atau kelihatan seperti makanan itik!

* Jika anda memasak pizza (yang dibuat sendiri atau membeli pizza sejuk beku) taburkan hirisan kecil sayur-sayuran di atasnya. Antara sayur yang anda boleh gunakan ialah brokoli, batang saderi, lada benggala (hijau, kuning atau merah), bayam, tomato atau sayur sejuk beku seperti kacang, lobak merah dan jagung.

* Buat jus sayur. Jika bimbang rasanya tidak boleh diterima, campurkan dengan buah-buahan untuk menaikkan rasanya.

* Pelbagaikan kaedah memasak sayur; usah terikat kepada tumis atau sup saja. Anda boleh masukkan sayur ke dalam ikan kukus, digoreng seperti bersalut tepung seperti goreng pisang. Jika mengikut istilah makanan Jepun, sayur goreng bersalut tepung ini dipanggil tempura dan ia boleh dimakan bersama sos dan kicap, mengikut selera anda.

* Sesekali masukkan sayur campur ke dalam adunan jemput-jemput ikan bilis atau tambahkan lebih banyak sayur ke dalam cucur udang seperti tauge, lobak merah dan daun bawang untuk cucur udang. Pilih sayur yang tidak mempunyai rasa atau bau kerana ia boleh menjejaskan selera atau keinginan pada individu yang cerewet.

* Gril atau bakar. Barbeku - cucuk daging atau ayam berselang seli dengan sayur (lada benggala, zukini, cendawan, tomato dan bawang) atau gril sayur saja (asparagus) untuk dimakan bersama daging atau ayam panggang.

* Selain membuat sandwic telur atau sardin, masukkan sayur seperti lobak merah yang diracik halus (atau disagat).

* Jangan beri hadiah kepada anak (atau anda sendiri) kerana makan sayur. Kajian menunjukkan jika kita memberi hadiah kerana berjaya makan sesuatu, hadiah itu seolah-olah menjadi satu ancaman dan menyebabkan waktu makan bukan lagi waktu yang menyeronokkan. Lama kelamaan keinginan untuk makan sayur akan terpadam.




* Sensitif dan peka dengan jenis sayur atau kaedah masakan yang tidak digemari keluarga.


* Ajak anak untuk turut sama menyediakan makanan. Keseronokan membantu di dapur dapat merangsang minat anak untuk makan makanan yang disediakan bersama.

** Kami sekeluarga memang gemar sayur-sayuran dan buah-buahan esp.kakak antara sayur-sayuran kegemaran carrot,brocoli,bayam,small corn,timun dan bnyk lg.buah-buahan pulak pisang, mangga,oren,apple,lie,grape,strawbery,kurma dan bnyk lg**

Monday, June 14, 2010

Potty Trainning for my baby


Saya sekarang tgh  train kakak untuk tidak lagi memakai pampers..Memandangkan kakak now dh 2 tahun 5 bulan..dh tiba masa untuk train kakak secara perlahan2 supaya tidak lagi memakai pampers..ada jgk membe2 saya yg x setuju bila saya suarakan hasrat  untuk train kakak..cian kat dialah,kecik lagi lah..susah dia nak bermain2..for me bukan niat kita nak menyeksakan anak,tapi nak ajar anak supaya lebih  berdisiplin..saya rasa mmg dh tiba masanya..kalo x di ajar skrg bila lg?sama je 2 tahun ke,3 tahun ke,4 tahun ke...x kan dh masuk sekolah nnt baru nak train...InshaAllah saya nak masukkan kakak school tahun depan waktu tu dia  dh 3 tahun...so kenalah wat persediaan untuk kakak..sebab tu saya nak potty train dia dan stop kan dia susu botol...juz minum pakai cup..for me itu terpulang pada individu masing2la kan .dan tgk pada situasi anak2 anda..pada saya kakak dh menunjukkan tanda-tanda yg dia x berminat nak pakai pampers lg...lagipun saya duduk dirumah memang ada bnyk masa dan sangat senang nak ajar anak2..

Tanda-tanda yang anak kita sudah boleh di ajar ke toilet ialah:

1)bila dia dh mula cakap "mama pampers kakak dh full wee wee kakak do want wear pampers"

2)bila dia dah pandai bukak sendiri pampers dan dia minta x nak pakai pampers

3)bila dia cakap kakak wee wee @ poo poo..

4)bila dia dh sgt cerewet dan rimas ngan pampers dia..

Apa yg saya praktikkan pada Kakak

Pertama : setiap 1 jam saya akan bawa dia ke toilet for wee wee..(akan di pendekkan masa lg bila dia dh biasa nak ke toilet)

Kedua : selepas je 10 min menyusu @ minum air kosong  saya akan bawa dia ke toilet for wee wee

Ketiga : saya ajar dia perbezaan toilet for wee wee and for poo poo..

Ketiga : sebelum dia nak masuk tido everytime tengahari,ptg dan mlm...makesure kakak wee wee first

nie smua adalah untuk melatih dia secara psikologi....supaya otak dia dah set kalo nak wee wee mst dkt toilet...so saya sentiasa ingt kan pada dia "kakak if u want wee wee @ poo poo u must tell mama"
Kakak dh tau beza antara wee wee dan poo poo..so senang di kenalpasti...

cabaran yang saya hadapi...

1) sabar handle anak yang sedang belajar ke toilet. Semuanya perlu masa. Kita tak boleh expect anak kita akan belajar dan matang terlalu cepat. Biar mereka jadi diri mereka sendiri.

2).kena ingatkan dia selalu  time nak wee wee..

3)bila dia pandai sendiri bukak pampers x sempat ke toilet dh wee wee..apalagi kena ar mop  lantai...

3) Belikan dia buku potty train yang menunjukkan kepelbagaian gambar kanak-kanak yang sedang belajar ke toilet. Tanyakan apa yang dia tahu tentang toilet.

4) berdoa adalah tools yang paling baik dalam  apa jua keadaan.Ya Allah kau berikanlah aku kesabaran dlm mendidik anakku dan kau permudahkan segala urusanku 

Memang mengajar anak memang memerlukan masa dan kesabaran yg tinggi...
Saya yakin, tak lama lagi Kakak sudah tidak memerlukan pampers. saya yakin, kakak akan belajar dan pandai ke toilet. dh pandai nanti kakak dh boleh pegi school..Itu doa mama sayang...

**kepada teman-teman ku sekalian korang ada x pengalaman potty train dengan anak2 korang..bleh share experiance korang kat sini**


 





Sunday, June 13, 2010

Monyet Hisap Puting kopek

nielah monkey yg tgh hisap puting kopek...(warna biru)
tgk gelagat monkey yang tgh tunjuk perangai

Smlm bwk mak mentua pergi berubat..dari Selayang,Sg Buluh,terus ke Kuang..sebenarnya nak ke Selayang..tp ada sikit  miss communication..terus ke Kuang je..kakak dan adik sepanjang perjalanan tido je..penat agaknya..asik berjalan je mama ngan abah korangkan...sesampai saja  kat umah yg dituju tu..org nya x de lak,tinggal anak-anaknya je..tunggu la kitorang....yg mnariknya kat umah org yg mak mentua saya nak berubat nie ialah...seekor monyet dengan puting kopeknya...so cutest..tak taulah saya dan anak2 agak teruja tgk gelagat monyet tu..ermmm first time tgk monyet hisap puting kopek...ingtkan  baby manusia je hisap puting tapi baby monyet pun hisap puting..hehehe..kakak siap ckp "mama monkey tu hisap puting like baby Danish la"(her cousin)..Jap lagi nak ke rumah org kawin (anak buah hubby kat S.Buaya)

Saturday, June 12, 2010

Demam WORLD CUP melanda..

Sekarang kat tv tgh berlangsungnya perlawanan antara tuan rumah
Africa Selatan VS Mexico
hah dh melanda dh Demam World Cup...hubby saya dh terjerit2 Gol!Gol! kt depan tv tu...huhuhu...kul bpe la nak tido tu...bsiap-sedia la wahai para isteri sekalian dgn kerenah suami2 anda yg mcm kanak2 riang tu ye..hehehe..jangan marah ye my dear hubby...tnya hubby dia sokong team mana... hubby kata Team England...wateverla yang..yg penting tidak menggangu tugasan harian dan tdk menjejaskan kualiti di tempat kerja dan kat umah ye...:)ermmm..nak teman hubby tgk bola jap sambil layan minum coffee...gudnite...


 

Friday, June 11, 2010

Masak Yee Mee

Alhamdulillah..kenyang baru je lepas dinner..hari nie saya cuba resipi baru..sebenarnya saya xde idea nak masak apa..memandangkan hubby mmg x mkn nasi dah skrg nie..cuma hari minggu je....memang agak memeningkan kepala saya bila tiba time makan...nak makan apa breakfast,mkn tghari,minum ptg dan mkn mlm..ptg td buka internet surfla resipi2..ermm terjumpa la resipi yee mee, apa lg...kita try la..tgk bahan2 smua stok ada utk bahan2 mmasak yee mee..taraa...inilah hasil yee Mee yg saya masak..berselera ok hubby dan anak2 mkn..rasa terharu sgt bila kakak ckp "sedapnya yee mee mama masak,tima kasih mama masak yee mee kakak"..alahai kakak oiii..mama dgn rasa terharu ucap balik "sama2 kakak".terasa puaskan bila hubby dan anak2 mkn dan suka dgn masakan kita...nie yg terasa berkobar2 utk cuba masak resipi2 baru....

Round-Round Klang dan Shah Alam


pose kakak dan adik dlm keta(gambr atas)
lunch @ McD(gambar bwh)