Friday, July 23, 2010

?????????????

Ermm..im lost My Mood..Tgh sedih sgt nie..kekadang rasa diri nie hanya menyusahkan semua orang je...nak cakap salah,tak cakap lagi makan hati...bila cakap kita balik terasa hati....ermmm...entahlah...start from now saya x nak cakap apa2 lagi berkenaan ??????...malas nak story..saya x nak dikatakan menambahkan tekanan...sori kalo rasa saya nie hanya memberi tekanan besar wat u........saya xkan nak desak awak lagi....ermmmm...for get it.............................menciiiiiiiiiiiiii....................betulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllah............

Monday, July 19, 2010

Lindungi Diri Anda dan Keluarga Daripada Denggi




Apa itu Demam Denggi?


Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.


Bagaimanakah penyakit ini merebak?


Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.


Pemindahan penyakit:

•Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.


•Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).


•Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).


•Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.


•Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.


Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.



Apakah penyebab demam denggi?


Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.


Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.


Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?

Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.


Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:

■Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.

•Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.


Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?


Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.


Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .


Apakah gejala denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.


Demam Denggi

Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:

•Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.

•Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.

•Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.

•Kadar kematian amat rendah.


•Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.


•Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.


•Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.


•Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.

Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)


Sindrom Renjatan Denggi


Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:


Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.


Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.


Apakah komplikasi yang mungkin timbul?


Komplikasi demam denggi ialah:

•Demam Denggi Berdarah. (Gejala yang boleh membawa maut)

•Sindrom Renjatan Denggi.


Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?

•Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan.

•Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.


Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?


Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.

•Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.

•Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.


•Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.


Rawatan bukan farmakologi


Rawatan termasuk:

•Meningkatkan pengambilan cecair.

•Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.


Rawatan farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.


Apakah jenis pemantauan yang perlu dibuat?


Apabila sahaja pesakit disahkan mendapat demam denggi adalah menjadi tanggung jawab doktor yang merawat untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kesihatan mengenai perkara ini kerana denggi merupakan penyakit yang perlu dilaporkan. Laporan ini penting supaya tindakan lanjutan seperti di bawah ini dapat dijalankan:



•Kawasan dan persekitaran di mana pesakit disyaki dijangkiti perlu dilakukan pengasapan (fogging) oleh pihak berkuasa.



•Memantau kawasan yang menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya ianya tidak merebak ke tempat lain. Jika tempat pembiakan ditemui pemilik rumah akan didenda.


•Apabila pesakit telah keluar dari hospital, beliau dan ahli keluarganya perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dan bertindak untuk mencegah penyakit ini dari berulang. Ini kerana pesakit yang pernah mengalami denggi jika ia mendapat semula penyakit ini, kesannya adalah amat teruk.


Apakah prognosis bagi demam denggi?


Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal.


Adakah terdapat kaedah saringan tertentu atau suntikan untuk denggi?

Malang sekali, vaksin untuk penyakit denggi masih belum ada. Namun begitu, beberapa kemajuan telah dicapai dalam proses penghasilan vaksin yang mampu melindungi manusia dari keempat-empat jenis virus denggi. Produk berkenaan mungkin boleh didapati di pasaran dalam beberapa tahun lagi.



Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:

•Perlindungan dari gigitan nyamuk.

•Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.

•Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.

•Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.


Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.


Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk


Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:


•Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.


•Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.

•Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk


Hapuskan nyamuk Aedes dewasa


Anda boleh menggunakan penyembur serangga bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah. Melakukan semburan menyeluruh bahagian rumah. Untuk lebih berkesan, semburan perlulah dilakukan ke seluruh bahagian dalam rumah. Anda juga boleh menggunakan ubat nyamuk untuk mengelakkan anda dan keluarga dari digigit nyamuk.



P/S : Semalam pergi ke pasaraya..saya dapatlah risalah tentang pencegahan denggi dan ubat khas untuk membunuh jentik2 semuanya diberi percuma...Saya cukup takutlah wabak2 penyakit yang merbahaya macam nie..Especially kalau kita ada anak2 kecil yang belum kuat antibodinya..so saya sekeluarga memang dah cegah awal2 dulu sebelum berlaku apa2..


Friday, July 16, 2010

THE BESTEST BLOG AWARD

Yeaaah saya dapat awards lagi..bestnyer dapat awards..the Bestest blog..huhu..thanks so much toCT NURKHIJAH 

Bila dah dapat award mestilah kena jawab tag dan kena bagi ucapankan...
1- Anda mesti memuji si pemberi Award

Saya x berapa kenal sgt ngan Khijah nie..kenal di dunia blogging ni je..but for me Khijah seorang yang baik hati cos dia sudi beri saya award nie..hehehe..btul x?semoga dia sentiasa bahagia disamping suami dan anak2 yg tersayang dan dikurniakan kesihatan yg baik serta dimurahkan rezeki...

2. Sila bagi award ni kepada 10 bloggers yang lain.

saya x nak bagi 10,Saya nak bagi kepada semua 100 follower saya..

 
3. Anda mesti memberitahu kepada 100 bloggers anda

kepada semua follower2 saya silalah amik award nie ye..saya sayang korang semua..


4. Bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best,great.

tak taulah..org yang judge kita..pada saya blog saya biasa2 je..saya suka berblogging...suka mencari kawan dan berkongsi suka duka saya di dunia cyber bersama teman2 blogger lain..Bila dapat award nie saya rasa gembira dan bahagia sgt..kepada blogger2 yang rasa blog saya blog yang best terima kasih banyak2..  



Wednesday, July 14, 2010

My Junior Photographer


Baru tadi  saya checklah photos kat H/P N97 saya..Ya Allah saya check2 punyalah bnyk gambo yg saya rasa saya x amik..ntah apa2 gambo dan position tunggang terbalik saya nengok..patutla my phone slow je..selidik punya selidik...ermmm dh kenal pasti rupa2nya.semua nie adalah hasil kerja seni kreatif si kakak...
 siap cakap hah kan kakak take picture hari tu...
-
-
-
-
-
-
-
taraaaaaa nie lah sebahagian gambo yg saya upload.. kat dalam henset ada bnyk lagi...
-
-
-
-
-
baby doll...

laptop dia...
botol air dia sendiri dia amiknya

nie tangan adiknya yg sedang tido dia amiknya

botol susu adik

Jalan-Jalan Makan-Makan

Malam tadi singgah sekejap ke rumah mak mentua..mak mentua saya dh x berapa sihat sangat..biasalah org tuakan rajin btul wat kerja..walaupun sakit2.balik dari rumah mak mentua hubby ajak  makan kat kedai bus stop Sg Choh..Org2 Sg Choh je tau kat mana nak cari kedai nie..hehehe..hubby order satay+sup cendawan+tongkat ali.saya makan nasi goreng kongsi makan ngan kakak..saya ngan kakak minum air suam je..
satay nya sedappp...

comottnye anak mama mkn

adik org sedapp makan,dia lagi sedap tidooo..

nyummm2 sedapnya..rasa nak mkn lagi plak..

Tuesday, July 13, 2010

Ujian PAP SMEAR


keadaan semasa ujian dilakukan.

Hai rakan2 ku sekelian,anda pernah dengarkan ujian PAP SMEAR..anda dah jalani ke belum ujian Pap Smear? Saya baru je jalani ujian buat kali ke-2..pertama kali dulu saya lakukan ujian  selepas 6 bulan  bersalinkan anak pertama saya.dalam tahun 2008.Doktor nasihatkan saya supaya membuat ujian ini 2 tahun sekali.So kepada teman-teman yang belum lagi menjalani ujian ini saya nasihatkan anda supaya segera menjalani ujian Pap Smear nie ok..Esp..kepada wanita2 yang sudah berkahwin @ berkelamin anda wajib membuat ujian nie..semoga kita terselamat daripada penyakit2 yang merbahaya..aminn..


Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.


Bila saya patut melakukan ujian pap smear?

Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.


Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?

Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1). Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :

1. Melakukan seks,

2. Menyembur kawasan vagina,

3. Menggunakan tampon, dan

4. Menggunakan krim vagina.


Apa yang dilakukan semasa pap smear?

1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.

2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.

3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.

4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.

Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan.



Apakah kelebihan lain pap smear?

Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.


Bila boleh mengetahui keputusan pap smear ?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.


Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1. Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.

2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. 


Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.


Di mana saya boleh menjalani pap smear?

Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik perubatan yang menawarkan ujian pap smear.






Monday, July 12, 2010

Kenduri Menyambut Puasa

huhu..saya dan hubby dapat banyak jemputan Kenduri setiap mlm minggu,ada je acara makan2..hehehe...almaklumlah bulan puasa akan datang x lama lagi je nie..so ramailah yg wat kenduri sambut puasa dan doa selamat..bilalah pulak turn saya nak wat kenduri nie..ermm..tunggulah masa saya nak wat house warming nnt..ye kengkawan..Ermm sabtu mlm minggu nie nak ke rumah adik saya kat Shah Alam,tido 1 mlm kat umah dia..dari minggu lepas lagi nak kerumah dia tp bnyk no jemputan kenduri nak pegi so tertangguhlah sampai minggu nie..InshaAllah..pada adikku Hilmi dan isterinya Midah bersedialah menyambut kedatangan kami yea..hehe..


World Cup 2010~ Milik SPAIN


Berakhirlah sudah perlawanan akhir antara Spain vs Netherlands dan
Ramalan Paul benar belaka....dah tak boleh pertikai dah....
Walau hanya di minit 116' masa tambahan.......gol yang dijaringkan Andres Iniesta ini telah membolehkan penyokong Spain senyum sampai ke telinga........gol jaringan Spain 1 - Netherland 0
orait..tamatlah sudah World Cup 2010 South Africa-Jumpa 4 tahun lagi di Brazil 2014 pula (if im not mistaken)





Saturday, July 10, 2010

SEBUAH KISAH UNTUK PARA SUAMI (UNTUK RENUNGAN BERSAMA)

Buat Para Suami-Hargailah Isteri Anda

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.


Satu malam ~~~~

Mat berdoa,“Ya Allah Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu?betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah. “

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain.

Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat.

Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe. Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur……. tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, “Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja”

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,“Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….”

Whatttt???… 9 bulan 10 hari??? …..Beranaaak???…….Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk…!!!

Tiba-tiba~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??”

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,

“Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? Cepat jawab Nab, jawab!!!”

“Laaaaa… buang tabiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Apa punya lawak pagi-pagi buta ni…..”

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh… Nab terkedu beruk, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya hari itu………


Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai untuk anda. Jadi, para suami di luar sana, hargailah isteri anda yer.


P/S:Alhamdulilah saya di kurniakan suami yang sgt rajin membantu kerja-kerja rumah,yg pasti bkn kerana paksaan atau suruhan..semuanya dilakukannya tanpa disuruh..walaupun dia baru pulang dari berkerja,kerja rumah tetap dia bantu..thanks so much sayang..nurul sangat menghargainya..



A STORY WORTH SHARING



4 years ago, an accident took my beloved away and very often I wonder, how does my wife, who is now in the heavenly realm, feel right now? She must be feeling extremely sad for leaving a husband who is incapable to taking care of the house and the kid. 'cos that is the exact feeling that I have, as I feel that I have failed to provide for the physical and emotional needs of my child, and failed to be the dad and mum for my child.

There was one particular day, when I had an emergency at work. Hence, I had to leave home whilst my child was still sleeping. So thinking that there was still rice leftovers, I hastily cooked an egg and left after informing my sleepy child.

With the double roles, I am often exhausted at work as well as when I am home. So after a long day, I came home, totally drained of all energy. So with just a brief hug and kiss for my child, I went straight into the room, skipping dinner. However, when I jumped into my bed with intention of just having a well-deserved sleep, all i heard and felt was broken porcelain and warm liquid! I flipped open my blanket, and there lies the source of the 'problem'... a broken bowl with instant noodles and a mess on the bedsheet and blanket!

Boy, was I mad! I was so furious that I took a clothes hanger, charged straight at my child who was happily playing with his toy, and give him a good spanking! He merely cried but not asking for mercy, except a short explanation:

"Dad, I was hungry and there wasn't anymore leftover rice. But you were not back yet, hence I wanted to cook some instant noodles. But I remembered you reminding me not to touch or use the gas stove without any adults around, hence I turned on the shower and used the hot water from the bathroom to cook the noodles. One is for you and the other is for me. However, I was afraid that the noodles will turn cold, so I hid it under the blanket to keep it warm till you return. But I forgot to remind you 'cos I was playing with my toys...I am sorry Dad..."

At that moment, tears were starting to run down my cheeks...but I didn't want my son to see his dad crying so I dashed into the bathroom and cried with the shower head on to mask my cries. After that episode, I went towards my son to give him a tight hug and applied medication on him, while coaxing him to sleep. Then, it was time to clear up the mess on the bed. When everything was done and well past midnight, I passed my son's room, and saw that he was still crying, not from the pain on his little buttock, but from looking at the photograph of his beloved mummy.

A year has passed since the episode, I have tried, in this period, to focus on giving him both the love of his dad and mum, and to attend to most of his needs. And soon, he is turning seven, and will be graduating from kindergarten. Fortunately, the incident did not leave a lasting impression on his childhood memories and he is still happily growing up.

However, not so long ago, I hit my boy again, with much regret. This time, his kindergarten teacher called, informing me of my son's absence from school. I took off early from work and went home, expecting him to explain. But he wasn't to be found, so I went around our house, calling out his name and eventually found him outside a stationery shop, happily playing computer games. I was fuming, brought him home and whack the hell out of him. He did not retaliate, except to say, 'I am sorry, Dad'. But after much probing, I realized that it was a 'Talent Show' organized by his school and the invite is for every student's mummy. And that was the reason for his absence as he has no mummy.....

Few days after the caning, my son came home to tell me, the kindergarten has recently taught him how to read and write. Since then, he has kept to himself and stayed in his room to practise his writing, which I am sure, would make my wife proud, if she was still around. 'cos he makes me proud too!

Time passes by very quickly, and soon another year has passed. It's winter, and its Christmas time. Everywhere the christmas spirit is in every passer-by...Christmas carols and frantic shoppers....but alas, my son got into another trouble. When I was about to knock off from the day's work, the post office called. Due to the peak season, the post master was also on an edgy mood. He called to tell me that my son has attempted to post several letters with no addressee. Although I did make a promise never to hit my son again, I couldn't help but to hit him as I feel that this child of mine is really beyond control. Once again, as before, he apologized, ' I'm sorry, Dad' and no additional reason to explain. I pushed him towards a corner, went to the post office to collect the letters with no addressee and came home, and angrily questioned my son on his prank, during this time of the year.

His answer, amidst his sobbing, was : The letters were for Mummy.

My eyes grew teary, but I tried to control my emotions and continued to ask him: " But why did u post so many letters, at one time?" My son's reply was: " I have been writing to mummy for a long time, but each time I reach out for the post box, it was too high for me, hence I was not able to post the letters. But recently, when I went back to the postbox, I could reach it and I sent it all at once..."

After hearing this, I was lost. Lost at not knowing what to do, what to say....

I told my son, " Son, mummy is in the heavenly kingdom, so in future, if you have anything to tell her, just burn the letter and it will reach mummy. My son, on hearing this, was much pacified and calm, and soon after, he was sleeping soundly. On promising that I will burn the letters on his behalf, I brought the letters outside, but couldnt help opening the letter before they turn to ash.

And one of the letters broke my heart....

Dear Mummy,

I miss you so much! Today, there was a 'Talent Show' in school, and the school invited all mothers for the show. But you are not around, so I did not want to participate as well. I did not tell Dad about it as I was afraid that Dad would start to cry and miss you all over again. Dad went around looking for me, but in order to hide my sadness, I sat in front of the computer and started playing games at one of the shops. Dad was furious, and he couldnt help it but scolded and hit me, but I did not tell him the real reason. Mummy, everyday I see Dad missing you and whenever he think of you, he is so sad and often hide and cry in his room. I think we both miss you very very much. Too much for our own good I think. But Mummy, I am starting to forget your face. Can you please appear in my dreams so that I can see your face and remember you? I heard that if you fall asleep with the photograph of the person whom you miss, you will see the person in your dreams. But mummy, why havent you appear?

After reading the letter, I cant stop sobbing. 'cos I can never replace the irreplaceable gap left behind by my wife....

For the females with children:

Don't do so much overtime. If you cannot finish the work, it must be some kind of problems within the company, and it is not your sole problem. Feedback to your boss. Endless overtime may not necessary be the answer to the problem. Take care of your health so that you can treasure and take care of your little precious.

For the married men:

Drink less, smoke less, cos nothing can replace your good health, not even business nor clients.

Try thinking this way, are you able to work till your clients are totally dependent on you? or your boss is totally dependent on you? In this society, no one is indispensable.

Take care of your health, so that you can take care of your little precious and your loved ones.

For those singles out there:

Beauty lies in loving yourself first.

With confidence and loving yourself, you will see the beauty in other things around you. You will be able to work better and happier. Don't let your health be affected by your work or your boss, so nothing matters more than your well being.

Tuesday, July 6, 2010

60 Petua Mendapat Pasangan/Jodoh

60 Petua Mendapat Pasangan/Jodoh



1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.


8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.


10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).


14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.


15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.


18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


\20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.


21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.


23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.


24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.


25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.


26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.


28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.


29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.


30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.


31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.


32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.


33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.


34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.


35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.


36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.


37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.


38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.


39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.


40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.


41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.


42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.


43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.


44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.


45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.


47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.


48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.


49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.


50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.


51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.


52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.


53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.


54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.


55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.


56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.


57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.


58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.


59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.


60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


Doa Agar Cepat Mendapat Jodoh
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَحَبِيْبِنَا وَرَسُولِكَ الكَرِيْمِ وَبِأَلْفِ أَلْفٍ لاَحَولَ وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِال العَلِيِّ العَظِيْمِ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ  
Baca doa ini sebanyak 3 kali-Amalkanlah selepas 5 kali waktu sembahyanng.sembahyang istiqarah dan sembahyang tahajjud
ada juga yang menyatakan amalkan surah Yusuf dan surah Yassin.WAllahualam.






7 'C' SEBAB SUAMI BENCI ISTERI (Dr Fadzilah Kamsah)

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini diperolehi menerusi kiriman email. Cam best utk renungan kita bersama :-)


C1. CABAR

Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...


C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak y aje ... Ade isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...


C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 ...


C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ... Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi,dok depan lappy 24 jam...kadang2 tu rumah bersepah2 dek anak2 yang maknyer duk layan lappy je...huhuhu..

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ... Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....


P/S: PERINGATAN BUAT SAYA DAN KAWAN-KAWANKU SEKELIAN

Aktiviti baru kakak

abah saya dan kakak wif moto baru

Petang smlm saya singgah umah mak,saje la lepaks2..sambil2 duduk2 bersantai kat luar umah..kakak lak main2 kt laman umah..atuknya balik dengan moto baru...isk2 moto bapakku dh macam org muda2 lak..hehehe..kata makku mak seganlah nak naik moto tu...atuknya ajak kakak round2..pastu dia lak round2 wif adik dia dengan basikal,dia tolak je..pandai kakak jaga adik..(masa nie dia x bagi mama tolak langsung basikal adiknya)oklah saya biarkan dia tolak basikal adiknya..saya follow dia daripada blkg je.

-
-
-
-
-
-
-


masa nie tunggang langgang bwk..
-
-
-
-
-

-
menjelang mlm lepas sembahyang Magrib..atukknya start nak mengaji dtg kakak dok kacau atuknya mengaji..so atukknya tnyalah kakak nak ngaji tak...kakak nakkk ngaji atuk...so opahnya siapkanlah dia pakaikan tudung,amikkan muqadam rehal..duduklah kakak ngaji ngan atukknya...abah saya menggunakan sistem IQRA bermulalah rutin baru kakak iaitu Mengaji.
-
-
-
-
-
sebelum ngaji baca doa dulu...masa nie kakak mintak atukknya ajar berulang2 kali,sampailah kakak sendiri ckp dh sudah atuk...barulah atukkya benti...*muka bdk excited nak ngaji*

P/S:kakak dh request,mlm2 dia nak ngaji ngan Atuk @ Opah..tnya ngan hubby bleh x kakak start ngaji..hubby dh bagi green light..kata hubby kalo dia dh minat dan nak belajar benda baru biarkanlah...Ingt time saya dan adik2 dulu abah ngajar ngaji sgt tegas takut saya adik-beradik..tp smua cepat pandai..seingat saya blum darjah enam lagi saya dh katam quran

Friday, July 2, 2010

PENYEBARAN SECARA SENGAJA VIRUS HIV + VE

MESTI BACA : Penyebaran secara SENGAJA VIRUS HIV +VE


Atas rasa tanggungjawab, sebaik saja saya terima mesej dalam inbox FB dan email saya terus copy+paste artikel ini untuk manfaat bersama. Sebagai tanda peringatan untuk kita semua bahawa sekarang berlakunya penyebaran VIRUS HIV dengan SENGAJA oleh pihak x bertanggungjawab. Semoga selepas membaca artikel ini, kita akan selalu berhati-hati demi nyawa kita & orang2 yang kita sayangi.

Saya difahamkan, VIRUS HIV +VE telah disebarkan dengan sewenangnya oleh pengidap VIRUS HIV +ve. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ….

Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih :-

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.


2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.



3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi “Welcome to the real world, you are now HIV positive’ . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati.


4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman…jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling kerana mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.
5. Di restoran Burger ****(yang popular, saya takut nak letak kat blog ni), pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos.

Ini berkenaan nyawa anda.Dimana-mana pun ada risikonya..apa2pun kita dinasihatkan sentiasa beringat dan berwaspada..semoga kita terlepas daripada bala dan musibah..Sila ‘foward’ maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja…


P/S:Rasanya dulu saya ada juga bnyk dpt email pasal penyebaran virus HIV nie..tp bnyk dh delete..bnyk gak info..




Thursday, July 1, 2010

Continue Story @ Genting Highland ~ Day 2 & Day 3

27/06/2010~AHAD
Location : Genting Indoor Theme Park/Cable Skyway/Snowworld

huhu..mood berblogging dh kembali pulih..hehehe..dh masuk bln Julai dah baru nk continue story di Genting.Di hari ke 2 saya di Genting,still raining heavily since morning..bertambah2lah kesejukkan...kami mulakan aktiviti menaiki cable skyway..sejarah pasal cable skyway nie,ianya 3.4km Mono Cable Car System yang terpantas di dunia dengan maximum speed of 6 metres per second..nak naik kena cepat2 cos cable nie sentiasa bergerak..walaupun pengunjung nak naik @ turun..so sedikit bahaya ketika itu..weols dhlah dengan stroller adik lg..hehe..but sonok giler and berbaloi2 dengan harga tiket RM 10/-per head..pergi-balik-semasa di atas cable pengunjung di nasihatkan tidak mengayun2kan cable..apabila berada di paras yg tinggi for surelah telinga x bpe nak dengarkan dan pening ckit..saya fobia sekejap bilamasa cable bergerak..huhu..tinggi siot..gayat sekejap..pgg tangan hubby kuat giler..kakak dan adik rilex je..mama yg over2..hehe..pengunjung yg dtg punyalah ramai..beratur panjang giler..tapi tidak memakan masa yang lama
 
view cable skyway from our hotel
dalam cable skyway
-
-
-
-
-
-
-
Lepas naik cable skyway...weols back to indoor theme park..plan nak masuk snowworld ..ala2 berada di overseas yg bermusim salji..masa tahun 2008 saya dtg Genting mmg x leh masuk snowworld nie..cos rulesnyer kanak2,3 tahun ke atas dan tinggi melebihi 76cm..masa tu kakak 7 bulan,mmg x layak langsung..so di tahun 2010 nie datang sekali lagi,saya mencuba nasib lg untuk masuk..Alhamdulilah..kakak melepasi ketinggian 76cm..walaupun usia blum 3 tahun lg..uikk..tinggi betul dh kakak ye..so dengan rasa bangga cewahh..masuklah kami 2 beranak saje..Mr hubby x masuk jaga adik, cos adik lum layak masuk..ermm x berapa besh arr x cukup korum..its oklah..mybe next time kami 4 beranak leh masuk sesama...dlm Snowworld fitting kami diberi baju sejuk,sarung tangan,kasut mengikut saiz..punyalah ramai umat berebut2..daptlah saya dan kakak saiz S..for me bajunyer fit ckit..bila pakai baju kat kakak..hah mak kau!..besar dan  labuh gedabak..pakai lak sarung tangan besar,dah macam penguin je kakak,mama nengok..hehehe..kat dlm mmg dilarang bawak kamera,handset,smoking bagai..ada cameraman khas..kita mintak dia tolong amikkan gambo just beli je gambo kita kalo berkenan..bila masuk kat snowworld nie..mak oiii..sejukkkk...beku rasanya...bila bercakap kuarlah asap dari mulut...kaki tangan semua dh beku..huiii..walaupun pakai baju tebal,x berapa nak tebalpun..still x leh tahan tahap gaban nyer kesejukkan..gigil lah tahan sejuk..kakak mama nengok leh main baling2 snow lg..relax je..seronok sgt..huii..camano lah nak g overseas nie..kena pakai baju 3 lapis tebal gamakknya...hehehe..xperlah pra-snow....perlahan2 biasakan diri..



kakak  excited main snow
-
-
-
-
-

28/06/2010-ISNIN
Location: Hotel Highland/Strawbery Park Farm

Last day kat Genting..time to back home..lepas check out..wajibla bergambo di perkarangan Hotel..hehe..masa nie
hujan dh mula rintik2..orang pun dh x ramai,parkingpun lengang je..ialah hari isninkan ramai org dh balik semalam..
-
-
-
-
-
on the way balik..singgah ke Strawbery Park..Strawbery Park nie merupakan Park baru bina..salah satu tarikan baru jugalah di Genting nie..so weols tidak melepaskan peluang mencuba sendiri memetik Strawbery fresh dari ladang..masuk sini x kena bayaran ye..FOC..tp kalo nk cuba self pick strawbery..ada disediakan bakul dan kita bleh self pick strawbery ikut suka hati..tp masa pick x leh lah mkn strawberynya..kena timbang ikut berapa kg..kalo x silap min 100g..RM 8/-saya punya hasil petikan lebih kurang 200g..dlm RM16/-saya pick lagi satu bakul lebih kurang sama berat..so semuanya RM 32/-dh enuff..kat sini ada jgk jualan sayur-sayuran..so saya beli bnyk sayur-sayuran..separuh bagi kat mak..ermm..sekian sajelah citer panjang lebar saya di bumi Genting ini..ermm..lagi sebulan dh kita nak berpuasakan..x sabarnya..


di ladang Strawbery
dapat kat kakak yg strawbery muda2 dipetiknya

hasil self pick me and kakak..


bergambo sekeluarga