Wednesday, December 28, 2011

Kenangan Manis Penutup kisah tahun 2011



Huh lama seh x update blog...haha..pastu bnyk lak stori yg nk di ceritakan..Mula2 nak citer pasal adik saya yg ke 3 dah pun selamat melangsungkan perkahwinannya pada bln 11 ari tu..Memilih tarikh 11/11/11..sebagai hari pernikahan dan 13/11 hari langsungnya..Alhamdullilah semua majlis berlangung dgn jayanya..Tahniah buat adik tersayang Nurul Shuhada bte Ahmad Badli dan suami Muhammad Abdullah











anak2 dengan 2 pupu mereka

Mak dan abah saya



Majlis Kahwin Adik


Lokasi : Dewan Serendah

Tarikh : 13/11/11







Saturday, December 3, 2011

Hot Baby Photo Contest

my baby photo contest (Dhia Farissa Zahira bte Mohd Rasidi)

Mama saje2 cuba msk baby photo contest kat kasihkusayangku ...facebook..kepada semua yg nk join bleh jgk tarikh akhir contest ni pada 14/12/2011.sape2 yg nak vote my baby dialu-alukan ye..terima kasih

KasihkuSayangku


Contestant: #220

Name : Dhia Farissa Zahira Bt. Mohd Rasidi

Gender : Female

Age : 8 month

DOB : 18 March 2011



Dear Voters,



1. Please become a fan of KasihkuSayangku by pressing the "LIKE" button at



2. Please vote for 2012 New Year Baby by pressing the "LIKE" button if you like the photo

Friday, November 25, 2011

si kenit story

saya dh 8 bulan.......

termenung jauh nmpk........
18.11.genap 8 bulan anak, mama nie.sangat lah lasaknya,x padan dengan kenit.Alhamdulilah mama still  breastfeeding.dan bagi mkn bubur,buah-buahan dan biscuit.Nak cerita tentang perkembangan si kecik ni...mulutnya dh bising sgt.dh ada lah dengar bunyi.mama,baba,dah pandai merangkak,duduk sendiri dan yg terbaru dah pandai nak berdiri beberapa saat dan berpaut dan menari bila dgr lagu..lagi satu yg tak boleh tahan dah pandai mengamuk bila brg kat tangan dia kena amik dik kakak ngan abangnya..kalo dia amik brg kat tgn org x pe plak..hihi..selalu kena pinggir dek kakak ngan abgnya sbb suka kacau org main..bak kata kakak "bdk ni apapun x bleh"....geli hati mama tgk..mengacau org tgh tido..esp.abah,kakak dan abg..apa pun x bleh leh echa ni.....semoga anak mama ni sentiasa sihat dan membesar dengan bijak. mama sayang anak-anak mama...

Friday, October 28, 2011

NAMA-NAMA ALLAH DAN HIKMAHNYA

Sebelum Maghrib  kat Astro OASIS ada di tayangkan bacaan2 zikir,doa kan.so sebelum tiba waktu nak magrib je memang mama tukar channel..bagi korang dengar zikir,doa..dsbgnya..kalo tak tukar dok leka tgk tv kartun je kan..so duk lah dorang dendiam tiga beradik tgk tv sambil ikut berzikir sama..mama leh sembahyang dgn tenang..bila dah habis zikir tu.kakak dan raziq mintak mama nyanyi cam kat tv tu..haha..sudah..mama pun x berapa nak ingat Asmaul Husna ni....x kan lah nak cakap ngan anak2 mamanya x tahukan,so mama googlelah cari maklumat dan cari plak kat you tube nak download kat henset.boleh dijadikan satu amalan berzikir setiap masa..inshaAllah.

1. Allah


"Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2. Ar-Rahman - Maha Pemurah

"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.



3. Ar-Rahim - Maha Penyayang

"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.



4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah

"Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.



5. Al-Quddus - Maha Suci

"Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.


6. As-Salam - Maha Penyelamat

"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.


7. Al-Mu'min - Maha Pengaman

"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga

"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.


9. Al-'Aziz - Maha Mulia/Perkasa

"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.


10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa

"Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.


11. Al-Mutakabbir - Maha Besar

"Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.


12. Al-Khaliq - Maha Pencipta

"Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).


13. Al-Bari' - Maha Perancang

"Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.


14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk

"Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.


15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun

"Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.


16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan

"Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.



17. Al-Wahhab - Maha Pemberi

"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.


18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki

"Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.


19. Al-Fattah - Maha Pembuka

"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.


20. Al-'Aalim - Maha Mengetahui

"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.



21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup

"Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.


22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup

"Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.


23. Al-Khafid - Maha Penghina

"Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.


24. Ar-Rafi' - Maha Tinggi

"Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


25. Al-Mu'iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan

"Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.


26. Al-Muthil - Maha Merendahkan

"Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.


27. As-Sami' - Maha Mendengar

"Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.


28. Al-Basir - Maha Melihat

"Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


29. Al-Hakam - Maha Menghukum

"Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.


30. Al-'Adl - Maha Adil

"Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.


31. Al-Latif - Maha Halusi

"Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.


32. Al-Khabir - Maha Waspada

"Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.


33. Al-Halim - Maha Penyantun

"Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.


34. Al-'Azim - Maha Agong

"Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.


35. Al-Ghafur - Maha Pengampun

"Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.


36. Ash-Shakur - Maha Pengampun

"Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.


37. Al-'Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya

"Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.



38. Al-Kabir - Maha Besar

"Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).


39. Al-Hafiz - Maha Pelindung

"Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.


40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan

"Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.


41. Al-Hasib - Maha Mencukupi

"Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.


42. Aj-Jalil - Maha Luhur

"Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.


43. Al-Karim - Maha Mulia

"Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.


44. Ar-Raqib - Maha Pengawas

"Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....


45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan

"Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.


46. Al-Wasi' - Maha Luas Pemberian-Nya

"Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.


47. Al-Hakim - Maha Bijaksana

"Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.


48. Al-Wadud - Maha Pencinta

"Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.


49. Al-Majid - Maha Mulia

"Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.


50. Al-Ba'ith - Maha Membangkitkan

"Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.


51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan

"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.


52. Al-Haqq - Maha Benar"Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.





53. Al-Wakil - Maha Berserah

"Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.


54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan

"Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.


55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya

"Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.


56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi

"Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.


57. Al-Hamid - Maha Terpuji

"Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.


58. Al-Muhsi - Maha Menghitung

"Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.


59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula

"Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....


60. Al-Mu'id - Maha Mengembalikan

"Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.



61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan

"Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.


62. Al-Mumit - Maha Mematikan

"Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.



63. Al-Hayy - Maha Hidup

"Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.



64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya

"Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.



65. Al-Wajid - Maha Menemukan

"Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.


66. Al-Majid - Maha Mulia

"Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.



67. Al-Wahid - Maha Esa

"Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...



68. As-Samad - Maha Diminta

"Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.



69. Al-Qadir - Maha Kuasa

"Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.



70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan

"Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.



71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan

"Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".



72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan

"Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.



73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan

"Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.



74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan

"Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.



75. Az-Zahir - Maha Menyatakan

"Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak

1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi

(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.



76. Al-Batin - Maha Tersembunyi

"Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.



77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan

"Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini





78. Al-Muta'ali - Maha Suci/Tinggi

"Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.



79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)

"Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.



80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat

"Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.



81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa

"Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.



82. Al-'Afuww - Maha Pemaaf

"Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.



83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi

"Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.



84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan

"Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.



85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

"Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.



86. Al-Muqsit - Maha Mengadili

"Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.



87. Aj-Jami' - Maha Mengumpulkan

"Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.



88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya

"Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.



89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan

"Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.



90. Al-Mani' - Maha Membela/Menolak

"Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.



91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya

"Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.



92. An-Nafi' - Maha Pemberi Manfaat

"Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya

"Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.


94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk

"Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.



95. Al-Badi' - Maha Indah/Tiada Bandingan

"Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


96. Al-Baqi - Maha Kekal

"Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.



97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi

"Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak

500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.



98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana

"Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.


99. As-Sabur - Maha Penyabar

"Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.


(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).


Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.



Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.



Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"



2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.



3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.



4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.



5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.



6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu kepada Nabi Muhammad, para sahabat, Ibu bapa dan keluarga. Samada yang masih hidup ataupun meninggal dunia...

(al-fatihah dan sebagainya).

"Rasulullah s.a.w bersabda ” Banyakkanlah olehmu menyebut Allah di segenap keadaan kerana tidak ada sesuatu amal yang lebih disukai Allah dan tidak ada yang banyak melepaskan hamba drp bencana di dunia dan di akhirat drpd menyebut Allah (berzikir)."




Kek Kukus Buah-buahan

kek buah-buahan yang x sampai 3 hari dh abis..
2 minggu lepas saya berjaya menyiapkan sebiji kek kukus buah-buahan.Sebenarnya dah lama saya nak wat kek ni,tapi asik takde kesempatan je.Alhamdullilah akhirnya dapat juga menjamu hubby,anak2,mak abah,dan kawan2 kat tempat kerja hubby..Rasa happy n teruja nak buat lagi coz saya dapat feedback comment yg baik dari semua yg merasa..anak2 suka makan.Alhamdullilah.So mak mencadangkan saya wat kek buah-buahan ni sbg hantaran kahwin adik saya nanti dan masa kenduri nikah nanti.so zasss..InshaAllah..

P/S:Dhia dah bising2 bila mama nak wat kek lagi.sbb dia sgt excited nak tolong wat kek..oklah sayang..nanti kita tunggu abah ada boleh kita wat kek sama2 :)

Tip mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak


Cara hidup masyarakat masa kini merupakan faktor penyebab berlakunya peningkatan obesiti di kalangan masyarakat kita. Dua faktor utama ialah pengambilan diet yang tidak sihat dan kurang bersenam. Makanan yang tidak sihat seperti burger dan pizza bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan, tetapi juga mempunyai kalori yang tinggi.




Untuk kekal sihat dan cergas kita perlu memilih diet yang lebih sihat seperti mengambil banyak sayuran hijau dan buah-buahan. Faktor lain yang membantu kita lebih sihat ialah dengan bersenam. Kanak-kanak hari ini lebih banyak menghabiskan masa senggang dengan menonton TV dan bermain dengan gadget-gadget elektronik seperti game.


kanak-kanak hari ini banyak terdedah dengan makanan berlemak, minuman berkarbonat dan makanan lain yang tinggi kolesterol. Seeloknya pastikan anak-anak kita menghabiskan sekurangkan-kurangnya satu atau dua jam masa bermain yang melibatkan pergerakan fizikal seperti berbasikal, berlari, berenang dan sebagainya.


Mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak dengan mengamalkan diet sihat

Diet kanak-kanak seharusnya mengandungi komposisi mineral, protein, vitamin dan karbohidrat. Dua perkara utama yang perlu ditekankan ialah apa yang hendak dimakan dan berapakah kuantiti yang sesuai. Pengambilan makanan kanak-kanak setiap hari terdiri dari waktu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Sarapan pagi seharusnya berat dan berzat, contohnya 2 biji telur, cereal, susu, kekacang dan jus buah-buahan. Mengikut kajian, kanak-kanak yang tidak bersarapan kurang fokus ketika belajar dan pencapaian akademik mereka agak rendah berbanding dengan kanak-kanak yang bersarapan.Makan tengahari pula adalah makanan berkhasiat yang mengandungi kurang karbohidrat, lebih fiber dan protein.


Makan tengahari yang bekhasiat akan memberikan tenaga segera yang membolehkan kanak-kanak kekal aktif sepanjang hari, pada masa yang sama ia sepatutnya kurang kalori. Minuman petang pula adalah makanan yang lebih ringan dan sihat seperti buahan, susu dan kekacang. Untuk makan malam, hidangkan makanan yang agak berat tetapi kurang kalori. Sayuran hijau, daging ayam, telur dan ikan adalah makanan yang menyihatkan. Hidangkan bersama nasi tetapi dalam kuantiti yang perlu dihadkan.


Mencegah Obesiti di kalangan kanak-kanak dengan bersenam dan pergerakan fizikal yang aktif

Bersenam bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan, tetapi juga membantu mencergaskan badan. Pastikan anak-anak mempunyai masa bermain sekurang-kurangnya satu atau dua jam sehari. Galakkan anak-anak terlibat dalam sukan seperti berenang, bermain bola sepak, bermain tenis atau badminton atau sekurang-kurangnya berbasikal. Bersenam setiap hari akan meningkatkan stamina, membina semangat dan daya juang dan juga mencegah kenaikan berat badan.


Tip mudah untuk mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak

Elakkan mengambil minuman berkarbonat, sebaliknya minum jus buah yang segar ataupun susu

Galakkan kanak-kanak makan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja

Jangan menggalakkan kanak mengamalkan diet; makan makanan yang berkhasiat berserta bersenam adalah cara yang lebih selamat untuk mengurangkan berat badan

Galakkan kanak-kanak bergerak cergas sepanjang hari dan elakkan aktiviti bermalasan dengan menonton TV dan bermain video game

Perkenalkan istilah makanan baik (makanan berkhasiat) dan makanan jahat (makanan yang tidak sihat) seperti gula-gula, air berkarbonat, burger, pelbagai makanan segera dan junk food.







Aktiviti anak-anak setiap hari minggu.....

Farissa sgt excited

Kids playing together

kickboxer

baby Farissa yg semakin lasak

Dhia & Raziq


jom minum...

let's tea

Tiap2 hari minggu anak2 request ngan mama abah pegi main @ this places.Tesco Bukit Beruntung..Bdk2 yg jaga counter tu sampai dh naik kenal ngan bebudak ni..tapi bknnya bleh main lelama..anak2 cepat boring,kerjanya asik kuar masuk cari abah mama yang duk lepak kat tempat Food court,mintak makan,minum,kakak lak kejap2 nak wee wee..huhu..anak2 mmg x reti nk duk dendiam..ada je kerjanya..saya suka tgk anak2 bermain, gelak ketawa,happy..

Makanan Otak Cemerlang:makanan berkhasiat untuk tingkatkan daya ingatan

Makanan yang baik dan berkhasiat mampu meningkatkan kecerdasan otak, membantu kita berfikir dengan lebih cepat, ingatan yang lebih kuat, serta meningkatkan tumpuan ketika proses pembelajaran dan ulangkaji.



Menurut Pakar Pemakanan Jabatan dan Khidmat Makanan UPM, Prof Dr. Suhaila Mohamed, makanan yang mengandungi nutrient yang baik dapat membantu sepenuhnya perkembangan otak. Makanan seperti ini tidaklah sukar untuk diperolehi, serta harganya pun tidak mahal. Hanya kita yang mesti pandai memilih. Beliau menyenaraikan makanan yang berkhasiat untuk kecerdasan otak dan meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.





Omega 3 dan 6

Pelajar sangat digalakkan mendapatkan khasiat makanan Omega 3 dan 6 ini keranan makanan ini dapat meningkatkan sel otak. Ia terdapat dalam telur dan ikan.


Pisang

Pisang mengandungi potassium, glukos dan vitamin B. Nutrien ini dapat mengimbangi otak pelajar supaya dapat menerima pembelajaran di luar atau di dalam kelas dengan baik.


 Pegaga

Makanan berbentuk ulaman ini mampu mempertingkatkan daya ingatan.



Buah beri, anggur hitam, kurma, buah delima

Buahan ini memperbaiki sel otak sekaligus meningkatkan perkembangan otak dengan cepat.


Kekacang, sayuran dan pati ayam

Makanan ini mempunyai vitamin B yang tinggi untuk membentuk otak yang sihat dan cergas selain membantu meningkatkan kadar penyerapan mesej ke otak . Ini memudahkan pelajar untuk menerima pelajaran


6. Kopi

Kajian menunjukkan individu yang minum kopi, ingatannya lebih baik berbanding individu yang tidak minum kopi. Kopi mengandungi asid aminol yang diperlukan otak . Secawan sehari sudah memadai untuk mempertingkatkan memori.


7. Antara jenis makanan lagi yang boleh meningkatkan fungsi ingatan dan perkembangan otak

· Bijirin dan kekacang (badam, walnut, kacang soya, kacang adas, biji labu, kismis, habbatus sauda)

· Sayur-sayuran (lobak merah, halia)

· Tumbuhan herba (ginkgo biloba)

· Air ( air mineral, zam-zam, madu susu, air soya)

· Daging ayam, telur ayam, ikan tuna











TANDA LEMAHNYA IMAN



Kebanyakan dari kita (kadang-kadang saya juga tak terlepas daripada perasaan2 sebegini)yang imannya selalunya turun naik mengikut keadaan. (kadang-kadang saya juga tak terlepas daripada perasaan2 sebegini).Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan iman kita menjadi lemah mungkin disebabkan kita kurang berdoa dan juga adanya bisikan syaitan. Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menilai dan meneliti kedudukan iman kita, apakah ianya sudah menipis, meningkat atau sebaliknya. Marilah kita menilai iman kita.



Tanda-tanda lemahnya iman

Tidak rasa berdosa bila membuat maksiat atau membuat sebarang dosa samada dosa kecil atau besar

Hati yang keras dan tidak ada keinginan untuk membaca dan mentadabbur al-Quran

Rasa malas dalam mengerjakan ibadah, contohnya melewatkan waktu solat

Mengabaikan sunah nabi

Mood yang selalu berubah dan mudah kecewa dengan perkara remeh

Tiada apa-apa perasaan bila mendengar bacaan al-Quran, contohnya bila mendengar ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang azab akhirat dan juga balasan baik di hari akhirat.

Merasa satu kesukaran bila hendak mengingat Allah atau berzikir. serta tidak merasa satu kelazatan atau nikmat bila berada di majlis mengingati Allah atau berzikir

Tidak merasa diri teruk bila melakukan sesuatu yang melanggar syariat

Mengejar kemasyhuran, pangkat dan kekayaan

Mengajak orang lain berbuat baik tapi diri sendiri tidak melakukan demikian

Merasa suka bila orang lain ditimpa kesusahan

Hanya pentingkan status halal atau haram sahaja dan mengabaikan yang makruh

Memandang rendah pada orang yang melakukan kebajikan yang mudah-mudah seperti mencuci dan membersihkan masjid.

Tidak begitu peduli dengan keadaan umat Islam yang lain

Tidak ada rasa bertanggungjawab dalam menyebarkan syiar Islam

Suka berbalah dan menuduh tanpa bukti

Taksub dan leka dengan hal-hal keduniaan. Contohnya sangat kecewa bila kehilangan sesuatu yang berkait dengan kebendaan dan kekayaan

Bakhil dan takut hartanya berkurang

Merasa diri selalu betul


Ya Allah ya tuhanku.kau tingkatkan dan kau peliharakanlah keimananku ini ya Allah..

Monday, August 15, 2011

Kanak-kanak belajar tanam pokok bunga...

 cari dan korek pasir....
 korek lg....
 dan lg...
 pokok bunga yg nak ditanam


 pokok bunga dh selamat ditanam/tadah air utk siram pokok


 tadaaa...dh siap hasilnya.."kakak sonoklah mama"
Abang yg macho....

Huh..lama x update blog..mood nak blogging x de lor bulan puasa ni...seperti biasa rutin mama bersama 3 kanak2 cergas dan cerdas...Alhamdullilah..hari ni mama ajar Dhia dan Raziq tanam pokok bunga..excited btul anak2..pelajaran dan pengalaman baru wat dorang..nanti mama ajarkan benda baru lg ye..

Monday, July 11, 2011

Apabila anak mengadu sakit perut



APABILA anak mengadu sakit perut, ibu selalunya akan terus mengurut lembut perut anaknya untuk mengetahui punca kesakitan sambil berusaha melegakan kesakitan si kecil. Tidakpun, yang kerap dilakukan oleh seorang ibu adalah menepuk lembut perut anaknya menggunakan hujung jari untuk mengetahui adakah si kecil mengalami kembung.

Jika mengalami sakit perut yang berpanjangan segera berjumpa dengan doktor

Jika anak terus merengek kesakitan, ibu akan menjadi tidak keruan. Saat itu, alangkah bagusnya jika si ibu dapat bertindak seperti seorang doktor untuk mengenalpasti punca sebenar kanak-kanak itu mengalami sakit perut. Mungkin cadangan itu kedengaran lucu atau tidak logik. Tetapi, sebenarnya jika si ibu belajar serba sedikit tentang masalah sakit perut di kalangan kanak-kanak, ia dapat membantu si kecil mendapat rawatan dengan segera apatah lagi jika kesakitannya boleh mengundang bahaya.


Sebagai permulaan, jurucakap Akademi Pediatrik Amerika Syarikat, Laura Jana berkongsi maklumat mengenai punca-punca yang selalunya terjadi apabila seorang kanak-kanak diserang sakit perut.


Sekiranya anak - kembung dan kekejangan di perut, Kemungkinan - disebabkan makan berlebihan atau perut dimasuki angin. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - mengurut lembut perut si anak. Ataupun carilah ubat yang dapat membantu melegakan pedih ulu hati yang dirasai kanak-kanak tersebut.


Sekiranya anak - perut rasa sakit dan keras, malah perut juga terasa memulas,Kemungkinan - si kecil mengalami sembelit. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - perah buah prun atau pear untuk dijadikan jus. Tidakpun lebihkan fiber dalam diet pemakanan mereka.


Sekiranya anak - loya, muntah-muntah, cirit-birit, demam dan berasa kesejukan.Kemungkinan - demam dan sakit perut. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - berikan si kecil minum banyak air atau memberi makanan yang mengandungi banyak air seperti sup untuk mengelakkan kekurangan air dalam badan.


Sekiranya anak - kejang perut, muntah dan sakit perut selepas diberi makan atau minum susu.Kemungkinan - tubuh si kecil tidak dapat menerima bahan makanan daripada laktosa. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - menukar kepada susu bebas laktosa dan keju.Sekiranya anak - sakit perut bersama sakit tekak dan kadang-kala demam.Kemungkinan - wujudnya jangkitan bakteria di tekak. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - doktor memberi antibiotik.


Sekiranya anak - sakit teruk di keliling pusat atau bahagian kanan perut.Kemungkinan - Apendisitis iaitu radang apendiks. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - perlu segera berjumpa doktor di hospital berdekatan.


Sekiranya anak - sakit perut yang dialami kanak-kanak yang disahkan sihat.Kemungkinan - disebabkan tekanan. Cadangan yang mungkin diberikan doktor - cari cara untuk mengurangkan tekanan seperti mengatur semula jadual si kecil yang berkemungkinan terlalu padat. Ataupun, sesi bersama kaunselor mungkin dapat membantu melegakan tekanan.


  Sumber : Utusan Malaysia



..

Tuesday, July 5, 2011

i love my family

My lil sweetpies bergaya ngan pyjamas i love my family yg mama beli secara on9..not bad lah material kainnya..beli size bigger then size dorang yg sebenar..x pe leh pakai lama..so sweet je beli 3 beradik sekali pakai baju yg sama..semoga anak2 mama saling sayangg menyayanggi antara satu sama lain..dan sayanggi keluarga selamaya...itu yg mama harapkan pada anak2 mama sepanjang anak2 mama membesar bersama...jangan bergaduh2 dan saling bantu membantu..teringat kata2 kakak.."kakak sayanggg adik kakak,farissa,raziq,kakak sayangg sangat2.."gud girl...

Wednesday, June 22, 2011

Sayangggg ABAH.....


on monday mama bwk kakak & raziq ke tesco di Rawang,pergi tiga beranak je..hihi..cik baby tinggal kt umh sama opah..cadangnya nk beli hadiah sempena hari bapa...mama bagitau kakak n raziq hari ni hari bapa @ father day so mama bg idea kita bagi abah pokok deduit..hihi..org cina kata pokok manyak ong..hope ada ong la hihi...then mama suruh kakak pilih pasu bunga yg di mata mama sgt2 comel..lasttly kakak pilih pasu bunga warna pink..(obses ngan warna pinklah kakak ni semua brgnya nk warna pink)..so after bayar semua brg terus balik umah,kita akan surprise abah bila abah balik dari kerja nnt..so tunggu lah kakak dan raziq dgn excitednya..x sabor btul kakak..asik tanya bila abah nk balik ni mama..nk tepon abahlah..ehhh..kakak ni kalo tepon abah bknlah surprise namanya sayang oiii..akhirnya bila abah balik..mama ajar kakak n raziq berdiri depan pintu n say surprise...terkezuttt abah hihi..kakak n raziq cium pipi abah n say sayangg abah...so sweet...well done anak2 mama...

pokok bunga yg skrg ni berada di ofis abah.

Saturday, June 18, 2011

New Broadband Modem


                                                            
Baru-baru ni 3com Broadband Modem untuk laptop mama telah habis jangka hayatnya apabila dengan x disengaja dikerjakan oleh kakak n raziq..huhuhu...sayang sangat ngan BM tu...harga masa beli tu mahal lah jgk..dengan sedikit kecuaian mama,habis BM x leh digunakan lg..puas abah betulkan godek2..bukak,tutup,n cuba pasang balik...but..x jgk ok...mama ngan muka sedih  cakap kalo x de BM ni @ internet..x hidup rasanya..bleh ke?ahaks...so smlm abah..g kuar cari new BM..akhirnya berjumpalah dgn maxis BM..thanks my beloved hubby..coz cari kan new BM utk isterimu ini...:) luv u..

Thursday, June 16, 2011

~Meniarap~



Baby Farissa dh berjaya meniarap dlm usia nk masuk 3 bulan..gud girl...bertepuk2 tangan kami sekeluarga mmberi sokongan kepada farissa semasa dia berusaha nak meniarap..

Tuesday, June 7, 2011

~My New Header~

Old Header
New Header

Sebenarnya dh 2 minggu saya letak new header ni,tapi lum wat new entry lagi pasal penukaran header..hihi..Nak citer pasal header yg saya hasilkan sendiri ni...wah..skrg dh semakin advanced ye bab2 grafik2 ni..wah gitu...ala blehlah daripada x tau langsungkan...seronok rasa bila dapat hasilkan backround header for blog sendiri..Alhamdullilah...Maybe lepas ni saya akan tukar header baru 5 bulan sekali ke...ermmm..tgk pada kerajinan sayalah..Gambar yg terdapt pada new header saya adalah penambahan new family member yg baru berusia 2 bulan lebih...Farissa...Welcome to Mama blog my dear baby...

Tuesday, May 31, 2011

Chef masak-memasak x bertauliah..

Hai..hari ni saya nk citer pasal menu yg saya hasilkan untuk lunch n dinner..Btullah kata orgkan.bila kita dah duk umah..jadi housewife lak tu..macam2 kita kena buat..dari pg sampailah ke mlm keje x sudah2..pastu duk fikir menu apalah nk masak ari ni?fening2..but im in love ngan keje2 chef di ruang dapur skrg nie..hihi..mcm2 idea nk masak-memasak ni..apa lagi google punya google terasa nak masak nasi ayam hari ni..senang rupanya nk wat nasi ayam..thanks to google..huh marveles wa ckp lu..anak2 pun suka mkn..ialah kadang2 kena jgk tukar selera,asik mkn nasi putih je..huhu.."mak, anak mak dh pandai masak nasi ayam!!!"...yahoooo..siap tepon mak lagi bgtau dgn bangganya berjaya masak nasi ayam..ngeee..mak saya jawab lak:"hah pandai pun masak.cuma kadang2 tu malas kan"...hah eloklah kita ni sbg wanita especially isteri2 dan bakal2 isteri belajar memasakkan..Saya dulu sebelum kawin mmg jarang masuk dapur yelah lepas habis belajar terus kejer..BZ..cuti2 lak x lekat kat umah..hihi..kata org nak menambat hati suami dan anak2 dengan memasak makanan dari hasil tgn sendiri..lebih berkat...

                                                 inilah hasil Nasi Ayam Special Chef Nadhia

Wednesday, May 25, 2011

Friday, May 20, 2011

Cuaca Panas : Nasihat Kepada Orang Ramai

Panasssss betulkan cuaca skrg ni..dah lepas mandipun stil x hilang bahang kepanasannya..kesian kat anak2lah..anak2 saya mmg saya x pakaikan baju farissa dan Raziq just pakai pampers dan Dhia pakai pantie je..bnykkan bagi dorang minum air dan mkn buah-buahan..
1.Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2.Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:

◦Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.

◦Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).

◦Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

◦Penghidap penyakit sistem pernafasan.

◦Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.


3.Gejala cuaca panas melampau adalah :

◦Sakit kepala

◦Keletihan

◦Lemah tumpuan

◦Pening

◦Lemah otot–otot atau kekejangan

◦Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4.Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu :

◦Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.

◦Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

◦Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan

◦Hadkan aktiviti luar

◦Kerap berehat

◦Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda

◦Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.

◦Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

◦Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.

◦Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.

◦Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

◦Keluar dari kawasan yang panas

◦Tanggalkan pakaian yang ketat

◦Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan

◦Gunakan kipas untuk sejukkan badan

◦Minum air setiap 15 minit

◦Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal







Panduan Kesihatan Untuk Anda

Perasan x sekarang bila pagi2 bukak pintu je..x nmpk pemandangan yg indah..sbb di tutupi oleh jerebu..ermmm,kalo dh rasa cam something wrong kat tekak nie adalah yg x kena..saya dan anak2  mengalami batuk dan sakit tekak 2 tiga hari ni..perit...

Apakah Jerebu?


Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

■Pembakaran Secara Terbuka

■Asap Dari Kilang

■Asap Dari Kenderaan

HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

Nilai IPU

Status

0 - 50 Baik


51 - 100 Sederhana


101 - 200 Tidak Sihat


201 - 300 Sangat Tidak Sihat


301 - 500 Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

i.Kanak-kanak

ii.Orang tua

iii.Mereka yang mengalami penyakit

• asma

• bronkitis

• radang paru-paru

• penyakit paru-paru yang kronik

• jantung

• alahan

iv.Perokok

v.Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan


Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.

• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.

• Mata terasa pedih dan berair.

• Hidung berair dan kerap bersin.

• Kulit badan terasa gatal-gatal.

• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

◦Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

◦mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

◦Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

◦Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

◦Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

◦Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah

◦Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

◦Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

◦Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

◦Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )

◦Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Thursday, May 19, 2011

Penyimbah Asid


Inilah gambaran (fotofit) wajah suspek kes simbah asid yang  dikeluarkan oleh pihak polis.Tertera No Telefon Rakan Cop utk di Hubungi .


Hati-hati dengan Penyimbah Asid guna motosikal di Kuala Lumpur dan Selangor.


Update:

13-5-2011 ~ Seorang wanita berumur 30-an yg memandu kereta dengan cermin tingkap terbuka disimbah sejenis cecair yg menyebabkan kegatalan badan tetapi tidak melecur.Kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 8.45 pagi di seksyen 10,Wangsa Maju,Kuala Lumpur.Suspek yg dilaporkan menaiki motosikal jenis EX5 tidak dapat dipastikan sama ada mempunyai kaitan dengan kes2 sebelum ini.

Dalam berita The Star yg menyatakan bahawa kes penyimbahan asid oleh penjenayah yg menggunakan motosikal kerap berlaku di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur skrg ni..

Semenjak 2 Mac 2011 hingga 7 Mei 2011 dilaporkan lebih 20 org mangsa yg terkena simbahan asid bermula dengan cikgu dan 8 org murid sekolah rendah di SK Bukit Bandaraya di Bangkung,Bangsar dan yg terbaru di Persiaran Titiwangsa yg melibatkan seorang wanita dan anaknya berumur 1 tahun yg berada di rumah.

Lain2 kawasan yg terlibat dengan simbahan asid (Taman Bandaraya,Brickfield,Pudu,Pusat Kuala Lumpur,Titiwangsa dan The Mall)Jalan Tun Sambanthan,Pintu belakang sekolah,Jalan Sultan Abdul Samad,Jalan Conlay,Jalan Pudu Lama dan berhadapan Shopping centre,Jalan Putra.Satu kes di luar Kuala Lumpur/Selangor berlaku di Jalan Mantin, Negeri Sembilan

Dalam berita di Tv3 pula,polis menyatakan bahawa kejadian ini dilakukan oleh penunggang motosikal dan masanya adalah malam pada waktu kerja dan pagi semasa hari minggu.Target adlah wanita.so diharapkan sentiasa kita berwaspada dan hati2 dengan kejadian simbah asid ini ok.

Baby Farissa 2 month

18.5.11~genap farissa 2 bulan seperti biasa tiap2 bulan kena g check up..so ari ni mama g ngan baby je abah x dapat cuti coz dh bnyk cuti sebelumnya..Dhia dan Raziq mama tinggalkan kejap wif opah..huhu..haru biru kalo kakak ngan abang farissa ikut sekali..x terkejar lak mama nnt..appointment kul 10 am..so 9.30 dh  rumah  kul 9.55 sampai kat klinik serendah... berat baby farissa dh naik 4.8 kg..bnyk jgk naiknya dlm masa 2 bulan..x meragam langsung masa menunggu turn nk injection..sepanjang masa bf  dan sleeping beauty..:)dh smpai turn for injection terus2 buka mata dan menangis,cam tau2 je nk kena inject..hihi..masa inject apa lagi melalaknya x ingt..nasib lah kejap je..tuk pengetahuan semua,ini adalah pengalaman saya yg pertama pegang anak masa injection,anak2 saya Dhia dan Raziq dulupun x pernah sekalipun saya pegang dorang masa injection saya duk jauh2 je..mak dan hubby saya yg selalu take turn..saya sgt penakut ok,ntahlah bknnya takutkan injection tu..cuma rasa x sanggup je nk dengar anak2 nangis kesakitan..inipun saya kuatkan hati utk berhadapan ngan situasi ni..Alhamdullilah saya berjaya mengatasi sifat takut saya ini...itupun berkali2 saya motivate diri sendiri k..hihi..pengajaran utk menghadapi ketakutan ialah kena hadapi situasi apa yg kita takutkan itu..inshaAllah kita x kan takut lg selepas itu..sentiasa berani menghadapi risiko..anak2 juga memainkan peranan..membuatkan kita berani demi kepentingan mereka...
farissa 2 month